Sunday, May 24, 2009
untukmu, ATIQAH HUMAIRA
wahai jiwa yang sedih,
daku datang membawa berita
dari selatan jauhnya,
mengharung sejuk dan basah,
nikmat hujan dari tuhan yang maha esa
untuk dirimu yang sudah meluntur semangatnya..
wahai jiwa yang sedih,
ketahuilah kamu akn sesungguhnya,
KESEDIHAN ITU ADALAH RACUN
YANG HANYA TAHU MENGHAKIS KEYAKINAN,
MELUKAI KETAATAN, MEROBEK SABAR,
MENAMBAH BARAN,
SEDANG DIRI HANYUT MELAYAN PERASAAN.
wahai jiwa yang sedih,
titisan air mata itu
hanyalah sia-sia andai,
ianya untuk makhluk yang tidak mampu membantu,
tidak juga memudaratkan dirimu,
INGATLAH PADA TUHANMU YANG MAHA SATU,
padanya perlu kau doa selalu,
moga hidup yang penuh ranjau dan liku,
dapat kau tempuh satu persatu.
wahai jiwa yangs sedih,
daku tahu niatmu suci,
dari lahirmu yang murni,
tulus ikhlas tanpa segan memberi kasih dan sayang dari ilahi,
kerana dirimu mengerti
insan yang cuba merubah diri,
pasti akn memberi kembali,
ujian dan keperitan penuh berduri kerana diri ini masih sukar menjauhi
sifat KEJAHILAN dan KEBATILAN dalam diri.
wahai jiwa yang sedih,
berita ini, berita gembira dari dalam diri,
yang memohon maaf ikhlas dari hati
diatas kesilapan yang tidak ku sedari,
telah dalam melukai SEMANGAT dan JIWA yang BERANI,
demi menghalang daku
dari kembali ke jalan songsang penuh berahi duniawi,
jangan lagi dikau tangisi,
kejahilann diri yang hina ini,
kerana air mata yang jatuh ke pipi,
TAKKAN DAPAT KU BALASI, HANYA DENGAN MAAF YANG KU KIRIM INI,
senyumlah kembali,
wahai jiwa yang telah ku racuni,
moga dapat ku melihat sekali lagi,
kemegahan dan kelembutan muslimah sejati,
yang tidak gentar dalam menasihati,
dengan tertib dan himah sendiri,
persis aishah isteri nabi,
persis adawiyyah yang mati merindui ILAHI..
SENYUMLAH KEMBALI ATIQAH HUMAIRA,
moga sembuh luka,
dalam di dada..
ikhlas dari jauh,
beribu batu,
maafkan aku,
wahai insan berjiwa ibu.
(puisi SYAHDU dari seorang teman yang jauh)
*******************************************************************************
buat temanku,
AKU SENTIASA MEMAAFKAN DIRIMU..
usah risau,
kerana aku yakin, ALLAH MEMBANTUKU.
Dan aku yakin, ALLAH membantumu, jua.
selagi kau JAGA ALLAH, ALLAH AKN JAGA DIRIMU,
selagi kau berusaha raih KASIH ALLAH, maka ALLAH NESCAYA MEMELUKMU..
SEMAKIN KAU DEKAT PADANYA, MAKIN DIE MENDEKAT DAN TERUS RAPAT..
ingatlah selalu nasihatku ini duhai teman.
temanku,
usah kau risau..
AIR MATA INI,
amat mahal bagiku..kerana ia akan menjadi saksi perjuanganku,
betapa SUSAHNYA MENTARBIYYAH..
inilah yag PARA RASUL KITA ALAMI DULU..
biarlah.. dan biarlah air mata ini..terus mengalir..
aku rela begitu.
temanku,
ku mendoakan dirimu terus terusan diterjah CAHAYA ILAHI,
moga kau kuat melawan JAHILIYYAH di sekitarmu,,,
MOGA GELARAN INSAN SOLEH,
menjadi panggilan TUHAN buat dirimu.
kuatlah bermujahadah,
tingglkan yang sia2 buat dirimu,
ku mendoakan dirimu,selalu.
insyaALLAH.
(AL KAHFI:28-31)
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment