Thursday, May 28, 2009
puisi buat ATIQAH
andai bisa ku merubah bintang di langit,
pasti ku ukir nama Mu, Tuhan ku di setiap penjurunya
bercahaya penuh teruja,
menyuluh dan menyinar,
malam mereka yang terus gelap
jauh dan terus jauh,
dari sinar hidayah-Mu
andai bisa ku mencipta satu lagi lautan,
penuh dengan ikan dan karang,
nescaya akan ku biar buihnya keemasan,
disaluti kasih dan sayang,
dari muslimah, insan teristimewa,
sebagai bukti pada dunia,
bahawa dikau punya bicara,
punya kuasa,
mengubah mereka yang hanya mencinta,
mengharap dari manusia.
namun aku hanya insan biasa,
tetap leka dan alpa,
bahawa aku hanya seorang hamba,
lemah dan tidak lagi berdaya,
tanpa Dia yang Maha Kuasa,
yang mencipta dunia,
6 hari tanpa siapa,
tanpa perlu Dia berharap,
pada makhluk yang tidak tahu adab biadap,
agar terus menjaga dan mentadbir ciptaanNya,
dengan senang lenang dan bersahaja
percaya-lah wahai insan bernama Atiqah,
malu ku pada mu semakin bertambah,
daku tahu daku bersalah,
atas dosa dan silap langkah
yang telah kau curah,
tanpa mengira penat dan lelah,
berpesan dan mentarbiyah,
insan bodoh dan hina,
seperti aku yang tidak empunya
hati dan perasaan sebagai hamba
menghenti dan menghalang setiap perkara,
yang dikau harap dan pinta
agar aku merubah segala
teruslah berjuang,
muslimah dari utara,
kerna ku di sini terus mendoa
agar kau terus bercahaya,
kembali ceria dalam membawa,
cinta ilahi ke hati manusia.
-hamba ALLAH-
*************************
terima kasih sahabat,
atas puisi yang kau lakarkan ini..
izinkan aku..
abadikan puisi mu disini..
agar aku,
aku terus bersemangat meneruskan perjuangan.
himmah ISLAM.
agar aku,
makin banyak merefleksi diri..
muhasabah hati..mensucikan hati yang disinggahi debu2 hitam..
agar aku,menjadi baik..bertambah baik, dan semakin baik..dari hari ke hari..
sesungguhnya sahabatku,
perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini..
terlalu panjang dan payah untuk ditempuh..
tugas aku masih banyak disini.
tugas aku terlalu lelah, kerana aku terkadang lemah..tersilap tingkah..
maaf..andai aku tak sempurna..
kerana aku hanya seorang HAMBA yang HINA.
namun aku,
tetap punya azzam kuat..
untuk menggapai bintang harapan di langit biru.
impianku yang satu.
teman,
inilah jalanku..
jalan yang pernah ditempuhi oleh para NABI dan Rasul terdahulu..
jika kau mahu mengikutiku..
maka aku sedia menjemputmu..
beserta di dalam barisan kami..
"ahlan wasahlan..tafaddal mashkuura duhai sahabat..."
sahabatku,
doakan aku sentiasa..
moga aku,
kuat...
bertemankan HIDAYAH dan RAHMAT ALLAH.
salam jihad.
ATIQAH HUMAIRA.
"adapun yang menyebabkan seseorang mewarisi PENYAKIT KELUPAAN itu antaranya: banyak melakukan maksiat.. banyak membuat dosa.. dan BANYAK BERSEDIH TERHADAP PERKARA2 DUNIAWI.. dan banyak menyibukkan diri dengan menghubungkan diri dengan dunia.. telahpun kami sebutkan bahawa tidak sepatutnya bagi seorang yang mempunyai akal yang waras untuk bersedih terhadap perkara2 duniawi.. kerana ianya langsung TIDAK MEMBAWA MUDARAT DAN TIDAK JUGA MEMBERI MANFAAT.. bahkan bersedih terhadap perkara dunia tak akan menghilangkan kegelapan dalam hati.. bersedih terhadap akhirat juga tak menghilangkan cahaya yang ada dalam hati.. dan kesannya akan jelas kelihatan melalui solat.. jadi kesedihan dunia itu akan menghalang seseorang daripada banyak jenis daripada kebaikan.. kesedihan untuk akhirat pula lebih akan membawa kita kepada kebaikan.. dan menyibukkan diri dengan melakukan solat supaya ianya menjadi solat yang khusyuk serta menyibukkan diri pada urusan2 ilmu.. itulah yang akan dapat menafikan kesedihan daripada dalam diri kita.." ~imam al-zarnuji~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment