Wednesday, May 13, 2009

berbahagialah dgn cinta itu..




Ingin aku ceritakan sebuah kisah ….Ikutilah terus alunan jiwa dari cerita cintaku buat kamu semua ….agar semua terus membaca!

Nama ku KamaL dan yang ingin ku kisahkan ini juga bernama Kamal ~ Muhammad kamaL Shonaniri. Seorang anak muda yang dilahirkan di Kairo pada 1918. Anak ke7 dari 13 adik beradik. Bekerja sebagai pharmacist.

Peribadi KamaL menonjol sejak kecil iaitu kecenderungannya kepada agama dan kecenderungan itu telah mengantarkannya kepada Jamaah Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh AlBanna. Tidak hairanlah jika benih yang subur ini diletak dibumi yang baik, dibajai dan dipupuk, maka ia bersemi, tumbuh membesar, mendaun dan mengeluarkan pesona buah yang ranum.

Namun menjadi sunnahtullah perjalanan dakwahdan tarbiyah tidak di dihamparkan oleh karpet merah dan tabiat jalan ini pastinya di warnai dengan keringat, darah dan airmata dan KamaL telah ditangkap oleh regim Jamal Abdul Naseer dan dihukum mati yang kemudiannya diringanklan kepada 25 tahun penjara.

Kekejaman penyiksaan dalam penjara telah menyebabkan pendengarannya kurang normal. Namun KamaL lebih kerap berhubung dengan Allah dan kerap berdoa mati syahid dan menganggap apa yang berlaku pada dirinya sebagai buhul untuk terus memperkuatkan keimanan nya kepada Allah.

Sangatlah wajar apabila Ustadz Mustafa Masyhur menyatakan bahawa KamaL menjadi contoh kesabaran, ketabahan untuk sahabat2nya yang bersama berada dalam penjara taghut. Bahkan ustadz Mustafa Masyhur yang bertahun tahun berada bersamanya menyaksikan bagaimana keteguhan hatinya untuk tetap memakai pakaian nipis penjara walau pun suasana sekeliling amat sejuk dan mencengkam lantaran didorong oleh semangat untuk melepaskan diri daripada sifat bergantung kepada duniawi.

Setelah 5 tahun berada dalam penjara KamaL dihantar ke hospital Liman taroh akibat tindakan kejam yang ditanggungnya. Disinilah beliau bertemu dengan sayyid Qutb. Sesungguhnya perjumpaan itu adalah perjumpaan barakah kerana didalam pertemuan itu KamaL menyatakan hajatnya untuk menyunting Aminah Qutb adik kepada Sayyid Qutb . Hajatnya itu disambut gembira oleh Sayyid Qutb namun belum pun sempat hajat itu disampaikan kepada Aminah Qutb, KamaL dihantar semula kepenjara.

Demi cinta Aminah kepada perjuangan Islam, Aminah menerima lamaran itu walaupun beliau tahu KamaL masih ada berbaki 20 tahun lagi menghabiskan ujiannya dipenjara. Subhanallah.

Aminah Qutb tanpa berlengah mengunjungi penjara bersama beberapa anggota keluarganya. Pernikahan berlangsung didalam penjara. maka rasmilah dua hati yang cintakan perjuangan ini sebagai suami isteri sekalipun mereka tidak bersama! Sungguh Cinta apakah ini? Subhanallah.

Hubungan hati dan ruh mereka terus mekar meskipun mereka dipisahkan oleh tembok besi dan berjauhan. Kunjungan dan surat serta puisi2 cinta daripada Aminah benar benar menjadi hiburan imani untuk KamaL.

Sewaktu menziarahi suaminya kali ini Aminah tidak sedap hati. Setelah menempuh jalan yang jauh dari Qairo ke Qana seterusnya kepenjara terungkaplah satu kisah sedih. Dalam suasana terharu dan hiba KamaL mendekati isterinya lalu berkata:

Isteriku Aminah …kamu memang tahu, seperti yang telah aku katakan sejak dulu, sejak pernikahan kita, bahawa keadaan aku dipenjara ini tidak jelas. adakah akan berakhir 20 tahun lagi atau hayat ku akan berakhir disini? Aku tidak sanggup melihat penderitaan yang kamu alami. Punya suami tapi tidak dapat bersamanya mengecap kebahagiaan. Mulai saat ini aku serahkan kepada mu untuk menentukan sikap dan buat keputusan yang sebaik baiknya untuk masa depanmu. Buatlah keputusan yang menguntungkan mu. Aku tidak mahu menganggu masa depan mu. Aku tidak mahu mengadai prinsip perjuanganku untuk terlepas dari penjara ini sedangkan aku boleh, jika aku mahu. tapi tidak mungkin aku menerima tawaran itu meskipun jasadku akan dipotong potong. Fikirkanlah dengan baik dan buatlah keputusanmu dan aku terima dengan redha…

Sebaik Aminah ingin memberi jawapannya. beliau dihalau kerana waktu lawatan telah tamat. Kesedihan Aminah sudah dijangkakan kerana tidak dapat menjawab pertanyaan suaminya. Apabila pulang Aminah menanggis tidak henti henti setelah menahan tanggis kesekian lama. tidak terbendung sedih hatinya sejak dipenjara lagi. Lahirlah rangkap rangkap syair cinta Imani yang puitis:

Aduhai suamiku …Adinda akan tetap hidup bersama jihad … kerana jihad adalah pintu syurga … suamiku adinda akan tetap sentiasa disampingmu mengharungi jalan ini …

Syair ini telah dihantar kepada KamaL dan KamaL benar benar merasai nikmat pertolongan Allah melalui teman hidup yang solihah yang mempunyai jiwa srikandi yang hebat ditengah tengah kemelut penyiksaan musuh yang kejam.

Akhirnya KamaL dibebaskan setelah presiden Jamal Abdul Naseer menemui nerakanya.

Kebebasannya itu tidak bermakna bahawa perjuangannya telah berakhir. Kehidupan yang mendapat sakinah bersama isterinya tidaklah menghentikannya dari terus berjihad dan berdakwah. Malah dalam suasana baru ini terus mendorong semangatnya. Dia sempat menunaikan haji dan berjihad diafghanistan dan beliaulah antara yang dapat menyatukan kelompok mujahidin ke Afghan dan membawa Dr Abdullah Azzam ke bumi Afghanistan.

Sekembali dari bumi Jihad Afghan, sekali lagi beliau ditangkap dan selepas 2 bulan dipenjara KamaL menemui cita cita besarnya yang kerap diucapkannya didalam doa iaitu mati syahid. beliau digantung secara kejam didalam penjara dengan selembar kain dan kemudian dituduh membunuh diri oleh Pemerintah Mesir.

Berakhirlah sebuah Episod cinta yang telah dilalui pejuang terdahulu. Bagaimana kita? … apakah benar apa yang kita ucapkan wahai Mujahid/Mujahidah dakwah ….

Tertitis jua airmata lelaki ni …

Bahagialah engkau wahai KamaL dihiburkan dengan kicauan burung2 hijau yang dijanjikan pada mu

… akan ku susuri jejakmu sedaya aku!

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar :)

No comments: