Tuesday, May 26, 2009
Mencipta Kenangan,Belajar dari Kenangan, agar memahami ERTI SEBUAH KETENANGAN.
kenangan di bumi Brunei Darussalam (sisters Umarians)
subhanaALLAH.
manisnya saat itu.
Kenangan menyapa lembut, dipeluput mata..
ayoh, atiqah..
pandanglah ke dlm hati mu..
di luar sana..
ramai hamba ALLAH yang taat dan rajin,
sedang berlumba2 meraih REDHA..
mereka berkejar-kejaran,
sering BERHEMPAS PULAS melakukan kebaikan.
mereka hebat,
ya, kau juga hebat..
andai kau seperti mereka.
andai kau kuat HATI sperti mereka.
andai semangatmu MEMBARA seperti semangat mereka.
andai keyakinanMu TEGUH seperti keyakinan mereka.
ALLAH BERSAMA MEREKA.
DAN TENTU JUA,
ALLAH BERSAMAMU.
SETIAP UJIAN YANG MELANDA,
ADALAH TAPISAN ALLAH,
KERANA ALLAH MAHU MEMBERSIHKAN DIRIMU,
DAN MENAIKKAN DARJATMU ke beberapa tingkatan lagi. yakinlah!
dan ingatlah..
seekor monyet yang berada tinggi di atas pokok kelapa,
TETAP DAN HARUS BERPAUT PADA POKOK juga,bila datangnya ANGIN KUAT,
bila angin sepoi2, dia berpaut sikit,
bila ANGIN TIMUR DAN BARAT MENGONCANG, makin si monyet memegang, menggenggam, memeluk pokok kelapa dgn lebih kuat.bertambah kuat, kerana takutkan JATUH.
begitulah jua dgn diri manusia,
berada di dunia yang tinggi indah, namun, bila setitis ujian ALLAH menimpa, berpautlah cuma,
bila ujian makin BERAT menimpa, bahkan bertalu2 menumbuk jiwa..maka makinlah manusia itu BERPAUT ERAT KEJAP pada ALLAH.
sememangnya MANUSIA yang LEMAH memerlukan ALLAH dan sokongan ALLAH untuk terus hidup aman.
kerana tiada yang BOLEH MEMBANTU menghilangkan ujian tersebut.
melainkan ALLAH.
ALLAH YANG ESA.
ALLAH TEMPAT KEMBALI SESUATU URUSAN.
ALLAH YANG BERKUASA ATAS TIAP SESUATU.
jadi, HANYA KEPADA ALLAH TEMPAT PENGGANTUNGAN DIRI MANUSIA yang sebenar...
kerana ALLAH lah yang MENYUSUN SEGALA URUSAN HIDUP MANUSIA.
barpautlah jiwamu pada ALLAH, nescaya dirimu akan selamat.
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.
Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.
(Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
(42:30-36)
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment