Wednesday, May 6, 2009

raudah adalah taman syurga..



ade sebuah rumah Islam di Auckland.
Namenye, Raudhah.
Raudhah itu maksudnye, taman..
dan penetap di raudhah ini,
mengganggapnye IBARAT taman syurga.

sungguh,tepat dgn namanye!
menjadi taman indah buat JIWA2 HAMBA.

AKU,
hanya tetamu RAUDHAH.

tetapi,
rumah ini begitu istimewa di hatiku.
kerana apa?
kerana aku tenang di sini.

di raudhah,
aku senang menangis,
senang muhasabah diri...

disini,
aku jumpe kasih syg insan,
bernama UKHUWWAH.

disini,
roh rumah ini..
sememangnye ROH RUMAH ISLAM.
roh yg dihidupkan dgn solat jemaah, qiammullail.
bacaan kalam suci ALQURAN,
bacaan matsurat,
dan segalanya yg baik...


rumah ini...
bagiku,
sentiasa bercahaya dgn cahayaNya.
Cahaya Allah yg turun dr langit...
mewarnai udara2 di sini...
kerana..rumah ini...
rumah yg subur dgn ASMA ALLAH
ASMA ALLAH disegenap penjuru...

rumah ini...
walau hakikatnye bukan rumah ku,
tp aku SEPERTI MEMILIKINYA...
aku punya ROH disini..

rumah ini..
rumah yg ceria..
rumah yg cantik...
plg menarik...
kerana apa?????
kerana kisah ttg 4 org penetap di sini.

kak nana, kak huda, kak nisa dan kak salwa...
akhawat yg begitu baik.
dan aku syg mereka kerana ALLAH..

mereka penuh kasih syg,
penuh kelembutan
penuh cinta...
serta berwajah ceria sentiasa..

mereka melayanku dgn baik...
sentiasa baik.
selalu baik..
dan mungkin selamanya baik...
kerana mungkin mereka mmg FAHAM..
FAHAM HAKIKAT UKHUWAAH.
FAHAM HAKIKAT KASIH SYG KERANA ALLAH.
BERKORBAN KERANA ALLAH.
BAIK KERANA ALLAH.
ya, itulah mereka...

sesuatu yg takkan ku lupakan...
pernah dahulu,
ketika ku sakit,
aku pening,
hampir pitam...
xmampu berjalan balik ke UNI HOSTEL...

lantas aku ke sini...
mereka melayanku tak kalah seperti seorg ibu dgn anaknya.

ketika sejuk,
ku diselimutkan.

ketika lapar,
mereka memasak bubur sup untukku..
makan minumku dijaga rapi..

pakainku dicuci..
rambutku disikat..
segalanya2 rapi..

dan kini,
aku disini lagi...
punya masalah sendiri.
memikirkan masalah sendiri.
walau aku xpernah menceritakan apa2 pada mereka.
namun,AKU tetap BAHAGIA DISINI.

walau aku menangis sendirian,
tp aku tenang disini.
kerana hanya melihat mereka dan wajah mereka..
membuatku tenang semula.
membuatku kuat dan bersemangat kembali.
ya, JALAN ini masih jauh.
masih payah untuk ku redahi.
jadi,
aku harus tabah.

ya ALLAH,
aku bersyukur,
kerana engkau menemukan aku dgn RAUDHAH.
menemukan,
dan menjalinkan cinta aku bersama penetap dsini.

ENGKAU sememangnya HEBAT,
dan PENGASIH ya ALLAH..
keindahanMu terpancar pada keindahan hamba2mU,
kelembutannya terserlah pada kelembutan hamba2 mu...
cintaMu padaku,
ku rasakan disini.KETIKA INI.
DI RAUDHAH.

terima kasih ALLAH atas nikmat ini...
terselit bahagia dlm DUKA ini.
terima kasih buat kak nana, kak huda, kak nisa, dan kak salwa...
terima kasih atas segalanya..
segala jasa baik kalian,
segala kasih syg kalian....
hanya ALLAH mampu membalasnya.

kak nana (NANO),
seperti ibuku sendiri..
dialah ibuku di raudhah ini..
ibu yg penyayang.

kak huda (DADA),
dialah ibarat abgku...
ibarat abang yg selalu mengusik adiknya..
"membuli" aku selalu...
namun,
aku gembira...
menghibur hati yg lara..

kak salwa (AWE)
ibarat kakakku..
dia yg pendiam, namun ligat memasak..
dgn celotehnye tersendiri..

kak nisa (ACHA)
ibarat adikku...kerana..
dialah yg comel..
innocent, tp..penuh HIKMAH..
sungguh menenangkan...

ALHAMDULILLAH...
benarlah raudah ini ibarat sebuah taman syurga..
dimana aku sering duduk2,
berborak,
ketawa,
dan bermain disini..

sungguh besar nikmatmu buat aku,
HAMBAMU...

ya RAHMAN,
ampunilah segala dosa2 ku,
kerana aku adalah hamba yg selalu lalai,
terleka dgn dunia yg MENIPU.
YA RAHEEM,
ampunilah jua dosa2 mereka yg sentiasa membantuku,
tika susah dan tenang..
permudahkanlah urusan mereka...
dan sayangilah mereka seprti ENGKAU menyayangiku..

ya MALIK,
ANDAI AKU PUNYA SEBUAH RUMAH DISINI NNT,
KU amat mengHARAPKAN RUMAHKU itu...
SEPERTI RAUDHAH..
RUMAH ISLAM YG PUNYA ROH ISTIMEWA.
moga RUMAHKU nnt,
sentiasa BERMANFAAT untuk jiwa2 yg mencari KASIHMu!
AMEEN.

ameen.

*akhlak mereka patut di contohi*

Renungan:

Ku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring dgnku & menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. hulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan krn aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya...(Imam Syafie)

No comments: