Tuesday, May 19, 2009
Baitul Muslim
article ini di"copy paste" dr blog adik beradikku, aishah suki yg comel.
http://nurjihadah.wordpress.com/
jzkk aishah.
Haih..ape mimpi laa kali ni post entry pasal baitul muslim pulak ni? Takpelah kan, ha, nak share satu hadis Nabi
Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)
Moga bermanfaat..Ha, ingat tu. Urm..ok, Dah alang-alang tu, meh la nak crite siket pasal baitul muslim..
Apa itu baitul Muslim dan peranannya?
Baitul muslim bermaksud rumah tangga muslim. Ianya dibina daripada dua individu muslim yang FAHAM islam untuk melahirkan anak-anak yang juge FAHAM islam. Tarbiyah di dalam Baitul muslim sangat penting kerana di situlah sekolah pertama anak-anak islam ini. Maka, tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anak) ini di rumah merupakan antara crucial stage dalam rangka membentuk keFAHAMAN anak-anak ini. Daripada anak-anak ini, maka akan terhasillah pula masyarakat yang FAHAM islam. dan akan sama-sama memberi keFAHAMan tentang islam pula kepada orang lain. Seterusnya, daripada masyarakat yang FAHAM tentang islam ini, akan terbinalah pula negara yang FAHAM tentang syariat islam yang sebenarnya. Ianya tidaka akan hanya terhenti disitu, bahkan akan terus berkembang keseluruhpelosok dunia membentuk empayar islam sehinggalah islam itu menjadi ustaziatul alam atau pemegang kepada tamadun dunia. Wah, ni pehaman sendiri, sile jangan quote definition ini ye (sebab ini bukan academic writing ok=] ).
So?
Hmm..pada dasarnya, sekadar ingin memberi pandangan, bahawa membina baitul muslim itu bukan mudah. Prosesnya bukanlah bermula selepas akad nikah, tetapi bertahun-tahun sebelum daripada itu lagi. Kita ambil contoh Imam Syafie..(urm..betulkan saya kalau saya silap tentang contoh ni), beliau merupakan tokoh islam yang sangat terkemuka dizamannya dan sangat hebat baik dari segi ilmunya mahupun sumbangannya. Nak kate hebatnya Imam Syafie ni, beliau boleh hafal kitab muata’ tu dalam masa 3 malam je. Hhm..pendek kate memang hebatlah imam Syafie ni. Bahkan, sehingga ke hari ini, saya yakin, belum ada lagi yang mampu menggantikan tempat beliau. Ketika ditanya kepada bapa beliau, apakah rahsianya mendidik anaknya sehingga menjadi sebegitu genius? Lantas beliau menjawab, “Aku menyediakan diriku 20 tahun sebelum kelahirannya” (urm..lebih kurang begitulah). Ha, maksudnya, bapa imam Syafie ni menjaga dari semua aspek, daripada pembinaan dirinya sendiri, sehinggalah saat memilih isteri dan mendirikan rumah tangga sebelum lahirnya Imam Syafie yang hebat tue.
KITE bagaimana?
Ha, kite pule bagaimana? Sejauh mana kite telah menyediakan diri kita sebagai individu muslim yang FAHAM sebelum melangkah ke tangga yang satu lagi, Baitul Muslim? Dan betul ke kite dah betul-betul FAHAM? jengjengjeng…
Hmm..kenape saya tulis entry ni?
Entahlah..mungkin sebab baru-baru ni, saya dengar a few ‘ura-ura’ ade orang2 nak melangkah ke anak tangga itu.. Urm..adekah entry saye ni kedengaran negatif? Jealous? Opps, no no no.. let me clarify,ok. I’m very3 happy for them ok. Saya sokong sangat2 bila ada individu-individu di sekeliling saya yang akan melanglah ke alam itu. Tentulah, ianya merupakan salah satu tangga daripada ’sifir pembinaan ummat’ kan.. Cumenye, saya rase seakan-akan saya akan kehilangan ‘adik-beradik’ saya… (Entahlah, aseef kalau pemikiran saya seolah-olah skeptikal terhadap hal ni). Tapi perasaan itulah yang menerjah ke dalam diri di saat mendengar berita-berita gembira itu…Ya, perasaan yang sama tatkala Naqibah saya dulu melangkah ke Baitul Muslim. Gembira itu memang gembira, tapi perasaan ‘kehilangan’ itu tetap juga dirasa.. Dan kini, tiba pula masanya ‘adik-beradik’ sendiri juga akan meninggalkan saya…
*aishah,tqa juge rase kehilangan itu...tapi takpe, just doakan kebahagiaan adik beradik kite, ye?*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment