Menyoroti detik2 pertama ketika ku terjebak dlm dunia tarbawi ini,
begitu pahit, namun mugkinkah manis pada akhirnya??
Aku berterima kasih pada Allah dgn sebanyak-banyaknya, kerana walau apa jua yg ku tempuhi,
ALLAH telah mengeluarkan aku dr jahiliyyah yg hitam pekat menuju ke satu jalanlurus yg bercahaya.
pencerahan ini,
menuntut pengobanan..
dimana aku harus korbankan kepentingan diri,
korbankan perasaan sendiri,
korbankan masa2 yg berjalan tanpa henti,
masa tidur, masa lapang, masa studi..segalanya dikorbankan..
jua bekorban tenaga,dan wang ringgit.
namun SEMUA ini indah.
pengorbanan ini indah..
kerana segalanya menuju ALLAH.
ALLAH penguasa yg tak siapa SETANDING dgnnya.
justeru,
LETIH itu indah.
MISKIN itu indah.
SAKIT itu indah.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.(61:10-13)
org "biasa" mungkin memikirkan aku bodoh,
kerana bersusah payah,
berhempas pulas,
mengorbankan diri untuk org lain,
mengorbankan diri untuk kepentingan org lain..
namun sesungguhnya,
INILAH TANGGUNGJAWABKU.
walau sepayah mana jua,
aku harus kuat.
memaksa diri untuk kuat,
walau hakikatnya,
aku sedang longlai.
kerana aku yakin,
ALLAH mengira tiap gerak hatiku,
gerak hati yg berbicara dgn ALLAH,
"wahai ALLAH tuhanku yg maha HEBAT,
aku sedang lemah, jiwaku sakit..
maka kuatkanlah hatiku ya ALLAH, kerana perjalanan ini masih jauh,
aku mohon dgn sangat...."
aku yakin ALLAH mengira tiap titis air mataku,
pabila ku merasakan lagit dunia seakan menghempapku,
masalah bertalu2,menusuk kalbu
menikam malar2 darahku.
namun aku yakin AllAH menghitung segalanya ini..
KESUSAHAN INI SEMUA UNTUK ALLAH.
pening kepala ini untuk ALLAH.
penat ini untuk ALLAH.
AIR MATA YG TAK PERNAH PUTUS INI JUA UNTUK ALLAH.
moga SEMUA INI IKHLAS KERANANYA.
MENJADI BEKALAN DAN BAHAN PAMER DI HADAPAN ALLAH..
hingga kau mampu berkata,
"inilah ALLAH, BUKTI CINTAKU padamu, bukti ketaatanku padamu, maka terimalah aku!"
moga ALLAH MENERIMA AKU DGN REDHANYA.
MOGA ALLAH SYG AKU DGN CINTANYA.
MOGA ALLAH MENJAGA AKU DLM PENGAWASANNYA.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) Dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah: "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (9:128-129)
aku masih MUDA JAGUNG dalam medan ALLAH ini.
banyak yang harus ku belajar.
banyak perkara yang aku tidak tahu.
walau apa jua,
aku harus terus memerhati. belajar. memahami.
moga AKU akn tsabat,
tidak tersungkur duduk di pertengahan jalan.
umat ISLAM sudah parah.
kerja aku masih banyak.
namun jika aku lemah,
bagaimana aku mahu membantu umat..
bagaimana aku buktikan bahwa aku menyayangi mereka?
adakah aku berpura2..
hipokrit semlama ini?
"OH ATIQAH, TIDAK SAMA SEKALI!!!!!!!"
justeru,
TABAHKAN diri dgn suasana baru,
dgn sahabat baru dan dengan mehnah baru.
walau dimana ku berada,
dicampak di lautan mana sekalipun, aku harus mencari pulau,
memulakan kehidupan.
jgn pernah berputus asa dan lemah!
jgn MERAJUK di jalan tarbiyyah.
jgn MERAJUK di jalan dakwah ini.
jgn merajuk lalu melarikan diri.
dan xmuncul2 kembali.
JANGAN SEKALI-KALI, JANGAN!!!!!!!!
Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (39:53)
mengimbau kasihku pada seorg ukhti,
dia berbisik halus padaku,
"TIQAH KENA KUAT. KALAU TIQAH LEMAH, KAMI LAGI LEMAH.."
aku berterima kasih pada ukhti yg seorg itu.
kerana membangkitkan semangatku,
menyedarkan aku..bahawa kau xharus tenggelam dgn perasaan sendiri.
aku xharus terlalu mudah bersedih dan kecewa.
terima kasih ukhti.
tarbiyyah banyak mengajarku,
untuk sabar.
lemah lembut trhadap manusia.
berani.
berprinsip.
dimana suatu masa dulu,
aku pengecut,lemah,manja.
mudah berkecil hati.mudah merajuk.
dgn hal2 remeh, hal2 ukhuwwah.
namun sekrg,
aku harus berpegang pada ini:
" DAIE BUKAN MANJA"
"DAIE BUKAN SENSITIF!"
di jalan ini,'menuntut aku berdepan dgn pelbagai jenis manusia,
ada yg panas baran,
ada yg kasar,
ada yg sensitif,
ada yg hati batu,
ada yg pentingkan diri.
namun,aku harus seperti aku.
lakukan sesuatu sehabis baik,
menjaga hati.
namun, aku juga manusia biasa.
ada cela tersendiri.
justeru,
memaafkan yg melukakan hati,
meminta maaf kpd yg dilukai.
lembut pada yg kasar. kasar pada yg zalim.
moga SEGALANYA DIPANDU ALLAH.
"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (48:1-4)
No comments:
Post a Comment