Wednesday, March 31, 2010

ya Allah..perkenankanlah...

ya Allah..perkenankanlah...
Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu suatu kebaikan,
pekerjaan yang baik, meninggalkan kemungkaran,
mencintai orang yang lemah, dan agar Engkau mengampuniku
serta memberi curahan rahmat kepadaku.

Bila Engkau menghendaki cubaan bagi hamba-Mu,
maka selamatkanlah aku untuk dapat kembali menghadap-Mu
dalam selamat dan tidak menjadi korban dari cubaan tersebut.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu
agar menumbuhkan rasa cinta kepada-Mu dalam dadaku,
kecintaan terhadap orang yang mencinta-Mu
dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan aku
kepada cinta-Mu.

Ya Allah,
peliharalah aku dalam keislaman ini
baik ketika berdiri, duduk atau berbaring.
Dan janganlah Kau legakan hati musuh-musuh
yang dengki itu atas bencana yang menimpa kami.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu
seluruh kebaikan yang ada pada kekuasaan-Mu
dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan
yang ada pada kekuasaan-Mu.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
dari kelemahan dan kemalasan, dari sikap pengecut dan bakhil.
Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur
dan dari fitnah waktu hidup ataupun ketika mati…

Ameen ya Rabb...

Thursday, March 25, 2010

saya sudah bertunang




Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti




Sunday, March 14, 2010

cari hingga jumpa....ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbkh

cukuplah jika ikhlas..walau dengan hanya satu rakaat solat

cukuplah jika ikhlas...walau dengan hanya satu ucapan salam

cukuplah jika ikhlas..walau dengan hanya sebuah senyuman..

cukuplah jika ikhlas...

cukuplah jika ikhlas...

mencari ikhlas itu susah...SUSAH dan teramat SUSAH.

APA ITU IKHLAS???



Keikhlasan adalah suatu yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan atau kepentingan, mudah untuk dikatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan, KERANA begitu ramai manusia yang MAHU melakukan amalan untuk mendapat keredaan Allah swt, NAMUN sukar untuk melahirkan keikhlasan itu.

Ianya sukar sekiranya didalam kehidupan ini, kita sentiasa mencari kepentingan- kepentingan peribadi,mungkin saja berupa pujian dan penghormatan, atau kita sentiasa mencari kemegahan, mencari populuriti sebaliknya, kita tidak terfikir untuk mencari ikhlas di mata ALLAH.


WALHAL, AMALAN YANG IKHLAS SAHAJA YANG AKAN DITERIMA ALLAH, 
WALAU SEKECIL-KECIL BENDA..

hati.
ikhlas itu pada hati..
dalam hati ada niat..

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).


Maksudnya:



“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:



Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada

niat

, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Amal Yang Ikhlas itu bagaimana?





Amal yang ikhlas islah amal yang didasarkan pada niat kerana ALLAH bukan kerana manusia atau lainnya, dan disusuli dengan amalan atau perlakuan yang baik sahaja yang akan diterima Allah dan diberikan ganjaran.


Dalam sebuah kisah..Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lalu berkata:



“Ya Rasulullah! Ada seoranng lelaki yang bersedekah dan ia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya”. Rasulullah SAW tidak dapat menjawab apa-apa sehinggalah diturunkan ayat ini:



“Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal yang soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.”

wa na uzubillahi minzalik.

sekarang, perhatikan niat masing-masing. dan mari kita lihat pula, apakah 

Sebab-sebab Yang Merosakkan Amal kita



1. Perasaan sombong

Perasaan ini merosak dan memusnahkan keikhlasan amal meskipun kelihatan elok dan sempurna pada zahirnya.

2. Perasaan riya’

Saidina Umar pernah berkata kepada Mu’az bin Jabal yang sedang menangis, “Kenapa engkau menangis?”. Jawabnya, “Kerana ada hadith yang aku telah dengar daripada Rasulullah yang menyatakan bahawa sedikit saja riya’ itu adalah syirik.”



Oleh itu ikhlas ialah memaksudkan taat kepada Allah dan tidak memerlukan apa-apa yang lain.



Riya’ pula ada dua jenis:



1. Memaksudkan taat kerana manusia.


2. Memaksudkannya kerana manusia dan kerana Allah sekaligus.



Kedua-dua jenis riya’ di atas akan memusnahkan amal.



Amal yang dicampuri riya’ bukanlah amal yang bersih, malah amal itu menipu diri, mengotorkan jiwa dan menghampakan harapan. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menamakan riya’ sejenis syirik yang paling halus sebagaimana sabdanya:



“Yang amat aku takuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil (halus)”.



Kemudian ditanya mengenainya, lalu baginda Sallallahu’alaihiwasallam berkata, “Itulah riya".



Riya’ itu biasa wujud pada amal, iaitu amal yang dikerjakan kerana manusia. Atau pun, meninggalkan sesuatu amal kerana manusia. Dalam hal ini, Fudhail Ibn Iyad telah berkata:



“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”





Jelaslah bahawa amal yang dikerjakan dengan riya’ dan amal yang dilakukan bercampur antara kerana Allah dengan kepentingan dunia adalah amal yang bersifat sekutu, sedangkan Allah tidak mahu menerima amal seperti itu. Imam Ghazali telah berkata:



“Bahawa sekutu pada amal yang menghilangkan pahala ialah dengan berperasaan riya’. Adapun sekutu dengan yang lainnya tidaklah menghilangkan pahala sama sekali. Hal ini samalah seperti urusan haji yang dikerjakan dengan maksud berniaga dan urusan perang yang dimaksudkan untuk mempertahankan agama di samping mendapatkan rampasan harta benda. Orang yang mengerjakan haji dengan maksud yang tersebut akan mendapat pahala menurut kadar niatnya, manakala orang yang berperang itu pula akan mendapatkan pahalanya walaupun akan berkurangan daripada yang sepatutnya.”



Al-Syeikh ‘Izzuddin Ibn ‘Abdal-Salam pernah ditanya orang tentang kelakuan orang yang bersembahyang yang memanjangkan rukun sembahyangnya kerana manusia. Maka jawabnya:



“Saya mengharapkan bahawa tidaklah dihapuskan pahalanya jika perbuatan sekutunya itu (iaitu memanjangkan rukunnya kerana manusia) pada sifat amal itu saja. Tetapi jika sekutunya itu didapati pada asal atau dasar amal, iaitu niat sembahyangnya kerana Allah dan kerana manusia, maka teranglah ia tidak akan diterima sembahyangnya.”

astaghfirullah..
astaghfirullah..
wa astaghfirullah..

cukuplah ...
cukuplah jika ikhlas..walau dengan hanya satu rakaat solat


Ps: 
kepada sahabat seperjuagan, jazakumullahu jaza' kepada semua yang concern ttg keadaan diri dan perubahan wajah yang selalu pucat akhir-akhir ini..

kadang, manusia itu perlu masa untuk muhasabah diri dan uzlah..mencari semula diri..agar tak terus hanyut bersama amalan-amalan kosong tak berisi.SEMUA ini bagaikan debu berterbangan saja bila di tiup angin..

banyak yang harus diteliti..banyak juga yang harus direnungi...
ada masa sesoerg itu perlu "berhenti" SEBENTAR sebelum meneruskan perjalanan.
kerana traffic light juga ada SENGGA MASAnya..
jika merah, berhentilah seketika, kemudian bila sudah bewarna HIJAU..teruskan PERJALANAN.

apa guna melakukan sesuatu dengan hanya TERPAKSA atau BERPURA-PURA?

apa guna mengubah diri, atau membaiki diri, namun kerana MANUSIA?

wallahualam.

faqir ila ALLAH,

atiqah auckland.

Wednesday, March 3, 2010

Manisnya khusyuk


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu risau kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. jadi,dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebihwara', lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya: “Wahai Aba Abdur-rahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh waspada dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, sYurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat, ku cuba fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersholat selama 30 tahun.”

Setelah Isam mendengar, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

........

dan solat aku bagaimana?

Kerana sebiji epal.....






Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh di luar pagar sebuah kebun buah-buahan.

Melihat epal yang merah ranum itu jatuh bergolek di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa dia berfikir panjang, epal itu dipungut dan dimakan dengan lazatnya. Akan tetapi baru setengah buah epal itu di makan, dia teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka dia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu dengan tujuan untuk hendak menemui pemiliknya agar menghalalkan buah yang telah dimakannya. 

Di kebun itu dia bertemu dengan seorang lelaki. Maka dia lantas berkata,

 “Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap kamu menghalalkannya”. 

Orang itu menjawab, 
“Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan merawat dan mengurusi kebunnya”.

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, 
“Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah kumakan ini.” 

Pengurus kebun itu memberitahukan,
 “Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam”.

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu,
 
 “Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, walaupun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita dalam sabdanya : “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka dia lebih layak menjadi umpan api neraka”

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setibanya dia di sana, dia terus mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit memberi salam dengan sopan, dan berkata,
” Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh di luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah aku makan itu ?”

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya. Lalu dia membalas,
 “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” 

Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut dia tidak mampu memenuhinya. Maka  dia bertanya,
“Apa syarat itu tuan ?” 

 Orang itu menjawab, 
“Engkau harus mengawini putriku !”

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata,
 “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu ?”

Tetapi pemilik kebun itu tidak menjawab pertanyaan Tsabit. Dia malah menambahkan, katanya, 
 “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir sejenak, apakah perempuan seperti itu patut dia sunting sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya?

 Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi,
 “Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan yakin, 
“Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan  perjanjian dengan Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkawinan usai, Tsabit dipersilakan masuk untuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk ke bilik pengantin, dia berfikir samaada akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga.

 Maka akhirnya, diapun mengucapkan salam ,”Assalamu’alaikum…”
Tak disangka sama sekali bahawa wanita yang ada dihadapannya dan yang kini telah rasmi menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia menghulurkan tangan untuk menyambut tangannya . Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi istrinya itu menyambut huluran tangannya.

Tsabit sungguh terkejuts melihat aksi ini. Dia bermonolog:

“Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamku dengan baik. Jika demikian bererti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahwa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula”

Tsabit berpikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?
Setelah Tsabit duduk di samping istrinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa ?” 

 Wanita itu kemudian berkata,
 “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”.

Tsabit bertanya lagi,
 “Ayahmu juga mengatakan bahwa engkau tuli. Mengapa?”

Wanita itu menjawab, 
 “Ayahku benar, karena aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak mendapat redha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahwa aku bisu dan lumpuh, bukan ?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. 

Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya.

 Selanjutnya wanita itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh karena kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemarahan Allah Ta’ala”.

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat solehah dan wanita yang memelihara dirinya.

 Dengan bangga dia berkata tentang istrinya, 
“Ketika kulihat wajahnya Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”.

Tsabit dan istrinya yang solehah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia. 

Itulah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.

aku adalah aku





aku adalah aku …
kuharap engkau menyedarii siapa aku …
kwujudan aku..


aku adalah aku…

aku adalah manusia yang lemah …
aku adalah manusia biasa..
aku adalah manusia yang miskin
aku bukanlah manusia yang sempurna

aku adalah manusia yang lemah …
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Qowiyy – Maha Kuat

aku adalah manusia biasa
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Segalanya

aku adalah manusia yang miskin
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Kaya …

aku adalah manusia yang hanya mampu berusaha dan berdoa
berusaha dan berdoa sebagai hamba dari Yang Maha Pengasih dan Penyayang

aku adalah manusia yang dipenuhi salah dan dosa
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Mengampuni Kesalahan dan Dosa

aku bukanlah manusia yang sempurna
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Sempurna …

aku adalah aku apa adanya
bukan seperti dia, mereka, ataupun kamu…
beginilah diri ini apa adanya …
penuh khilaf
penuh dosa
penuh kealpaan

tapi, kerana aku adalah hamba dari Yang Maha Membalas Kebaikan…
maka akua kan berusaha menjadi hamba yang berbuat baik di setiap nafas

tapi, kerana aku adalah hamba dari Yang Maha Mengampuni Dosa
maka aku tak kan bosan untuk selalu kembali kepada-Nya …

tidak peduli …
apa kata orang …
aku adalah aku , bukan mereka …
aku adalah hamba Allah yang Maha Melihat, Mendengar, Membalas segala yang kulakukan
aku adalah seorang anak yang berusaha menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi kedua orangtuaku
aku adalah seorang yang akan terus menjadi pembelajar dan masih terus ingin belajar …

dan aku adalah …

seorang manusia biasa, dengan segala kekurangan yang ada …
tapi dengan sebuah harapan yang Luar biasa …
menjadi kekasih Allah Yang Maha Pengasih di dunia dan akhirat … Amin.




cahaya mata

 

Anak merupakan permata hati bagi kedua ibubapanya. Kehadiran anak-anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang insan yang bergelar suami isteri. Justeru itulah orang Melayu mengungkapkan anak sebagai ‘cahayamata’ yang sudah tentu melambangkan kekudusan perasaan dan ikatan jiwa antara ibubapa dan anaknya.

cahaya mata..itu akulah..

cahaya mata ibu dan ayah..sayang mereka, OH..

Apa yang paling menyesal?


 sahabat dan sahabiyahku,

Manusia adalah makhluk yang ada awalnya dan tidak ada akhirnya (ada hisab, dan seterusnya). Kita berbeza dengan haiwan atau tumbuhan yang ada awal tapi ADA akhirnya iaitu(setelah mati jadi debu, selesai tidak ada hisab atasnya).

Salah memilih sayur paling-paling menyesal hanya 1 hari, besok akan berganti menu sayuran

Salah pilih potongan rambut paling-paling menyesal 1 bulan, setelah tu boleh ganti model yang disenangi

Salah pilih pasangan hidup (naudzubillah) paling-paling menyesal sampai seumur hidup atau setelah mati tidak lagi memikirkan hal tersebut

Tapi apa jadinya jika kita salah memilih jalan hidup???
Penyesalan dimulai ketika masih hidup di dunia sampai dengan di akhirat yang selama-lamanya.

Padahal manusia adalah makhluk akhirat yang sementara diletakkan di dunia, akhirat adalah sebenar-benarnya kehidupan dan tujuan akhir dari kehidupan kita.
QS. Al Ankabut [29] ayat 64

Semoga kita sentiasa diberikan hidayah dan taufikNya, sehingga semakin hari semakin faham apa makna sebenarnya hidup kita, apa hakikat hidup kita di dunia…
Semoga kita senantiasa bertambah keyakinan kepada Allah, akhirat dan amal-amal soleh…

Amin ya Rabbal ‘alamin
Barakallahu fiikum

Tuesday, March 2, 2010

ingatkan dia

Tolong ingatkan si dia, 
aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia,
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia,
 aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, 
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, 
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, 
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, 
aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, 
aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, 
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, 
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, 
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, 
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya, 
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya,
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, 
aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, 
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, 
jadilah penyokong dalam kejayaanku..




termenung




“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...”
(Ustaz Asri Rabbani)

ibarat panah

Aku adalah panah daripada panah-panah Islam,
maka tujukanlah aku ke mana sahaja yang engkau suka" 
(Sa'ad bin Abi Waqqas RA)


YOSH, tqa...BERSEMANGATlah.....
kau ibarat lampu...cahayanya menerangi bilik gelap dan kelam..
terangilah laman kosong itu dengan pancaran cahayamu..
cahaya merebak..menerawang...kesana sini..
biar semua sudut dalam laman itu tertempias..
cahaya......terus lah maju MENERPA..

berusaha!!!



CAWAN


















ASSALAMUALAIKUM...

Lama sudah rasanya tidak memblog nie... maafla ye sahabat semua...

kat sini ada kisah menarik nak dikongsikan.. analogi sebiji cawan dan kaitannya dengan kehidupan kita sebagai muslim. kisah ini dipetik dari sebuah kisah...

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.


Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.


Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.


Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." 
Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.










Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat)