Thursday, May 14, 2009
Aku.. yang tidak terlayakkan dia.
Aku tidak tahu, apakah aku 'memegang pada janji', atau hanya seorang yang tidak sabar dan berhikmah.
Sejak kami bersama-sama membuat resolusi di malam hari, untuk mengubah pemakaian kepada yang lebih baik, persis pakaian seorang muslimah sebenar, aku berubah dari seorang yang sabar dan berhikmah menjadi seorang yang tegas. Cepat melatah.
Aku tahu salah, tetapi darah muda itu dituruti. Aku bayangkan, hari ini faham, esok terus mem'bakar' semua jahiliyyah. Konon-kononnya berfikiran, kalau dah faham, harus berubah, kalau orang utara kata, dan-dan tu jugak. Padahal yang berkata itu tak pun macam tu. Dan begitu juga sunnatullah. Mungkin sebab dia bukan berstatus 'adik'. Mungkin kerana kawan rapat, aku tak rasa bersalah. Entah, kalau nak cari alasan mungkin tidak habis..
Bila dia pinjam jaketku untuk solat di school, aku akan senyum menyindir. Bila baju kecilnya terangkat-angkat, aku akan mengeluh dengan kuat. Bila ternampak auratnya, tajam saja suaraku.. "Weh..." Seolah-olah resolusinya tempoh hari menjadi hukuman buatnya, kerana sebelum itu aku tidak pernah se'garang' itu!
Aku yang tidak sabar.. Dan tidak terlayakkannya.
Hari ini, dia memberi suatu anugerah yang besar kepadaku.
Aku pinjamkan sehelai baju untuknya. Baju itu memang aku kurang gemar sedikit. Bila dia pakai petang tadi untuk ke usrah adik-adik, aku berkata dengan sambil lewa.. "Kau amek jelah baju tu.."
Allah.. Kalaulah senyuman dia ketika itu boleh diberi harga dengan matawang, maka aku pasti akan meletakkan harga tertinggi!
Astaghfirullah. . Sebenarnya diakah yang sengaja terus menerus memakai baju kecilnya, atau aku yang tidak menolongnya?
Petang itu, aku ajak dia pulang bersamaku. Sesampainya di bilik, aku keluarkan seluruh koleksi baju-bajuku.
Aku aturkan di hadapannya, buat pilihannya..
Ada di antaranya, pemberian orang kepadaku. Pemberian seorang murabbi yang sungguh dekat di hatiku. Ada di antaranya, baju kesayanganku. Tetapi dia berkenan.. Aku menarik nafas dalam, dan mohon kepada Ar-Rahim, agar dia redha dengan jihad ini. Bukankah besar pahalanya, memberi sesuatu yang kita cinta?
Akhirnya, dia pulang dengan 4 helai baju, dan sehelai tudung.. Salah satunya dia sarungkan terus. Atas baju kecilnya..
"Keciknya baju aku...... Pakai tshirt nih muat masuk angin lagi!!", katanya menggelakkan diri sendiri. Aku tidak mampu berkata-kata. Allah selalu memberikan aku, apa yang tidak aku layakkan.
Aku yang gopoh, yang lalai dengan himmahnya, yang kurang sabarnya..
Dalam pelukan kami, dia mengucapkan terima kasih, dan mahu membalas pemberian aku.. Sedangkan akulah yang harus mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaanku kepadanya! Hari ini, Allah telah melimpahkan suatu nikmat yang aku tidak terlayakkan sama sekali... Subhanallah! !
"Mereka berasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka.Katakanlah,”Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan,jika kamu orang yang benar.”
(Surah Al-Hujurat:17)
“It is part of the Mercy of Allah that you deal gently with them. Were you severe or harsh-hearted, they would have went away from you: so pass over (their faults), And ask for (Allah’s) forgiveness for them; and consult them in the affairs (of the moment). Then, when you have taken a decision, place your trust in Allah. For Allah loves those who place their trust (in Him)“. (Surah Ali-Imran 3:159)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment