Tuesday, May 19, 2009

Rindu pada Dia dan Mereka..




Sesudah qiamullail pada pagi hening hari ini, entah mengapa hatiku terasa sungguh sayu. mungkin aku rindu.rindu pada kenangan2 indahku bersama keluarga, bersama sahabat lama, juga rindu pada sebuah rumah Allah, MASJID BANGSAR.

air mata menitis lagi.
Aku teramat merindui anak2 muridku di masjid itu. aku merindui kenangan bersama mereka. aku merindui org2 masjid itu. aku merindui. sungguh merindui.

dulu,
setiap hari ahad, aku akn kesana, untuk mengajar AL QURAN, English dan Matematik untuk anak2 kecil disana. teringat detik pertama kelasku. imam masjid ketika itu, menghantar sms padaku,

"assalamualaikum, atiqah. enti boleh dtg ke masjid pagi esok? ana nak mnta tolong sesuatu. ada urusan penting,ajaklah murni bersama. dtg esok, pukul 10 pagi ye"

"insyaALLAH, boley. tp, urusan ape tu, ustaz?"

"oh, ana nak mnta tolong enti. masjid memerlukan org untuk tolong program".

"baiklah, insyaALLAH,ana dtg bersama murni."

"jzkk. assalamualaikm."

keesokan paginya, aku mengenakan jubah dan tudung hijauku. jubah yg menjadi kesayanganku. aku gembira pagi itu. seakan bumi dan seluruh isinya senyum padaku.
entah mengapa, tp perasaan aku lain sgt. begitu indah.

sesampai di masjid, barulah aku tahu. ustaz memintaku untuk menggantikan seorg ustaz yg xsihat. aku diminta mengajar alquran untuk anak2 lelaki, berusia sekitar 9-12tahun.

aduh, terkejut aku ketika menerima tanggungjawab itu. kerana pada waktu itu, aku tak bersedia minda untuk mengajar. apatah lagi, buat anak2 kecil. aku tiada ilmu yang cukup. mahupun pengalaman. namun, ku gagahi juga. tawakkalku pada ALLAH.

ketika ku masuk ke dewan masjid,anak2 itu memandangku dgn pandangan yg berbeza. seusai memberi salam, aku menjelaskan pada mereka yg aku bakal menggantikan ustz yg mengajar mereka dulu.

anak-anak itu menerimaku dgn baik. merekalah anak murid pertamaku, dan tak mungkin aku lupakan kenakalan mereka, usik2 mereka dan sebagainya.

setelah aku mengajar anak2 itu, aku masuk ke pejabat masjid. disana, ku jumpa lagi dgn imam, dan ahli jawatankuasa masjid. Datin Habibah, yg kugelar sebgai "UMMI" juge ade ketika itu. Ummi lantas memelukku, kerana dia seakan tidak percaya yg aku dan murni akan dtg pada ahad itu.
kemudiannya, ummi menyuruh aku dan murni, untuk turut mengajar subjek lain. aku menerima tawaran itu.

itulah detik permulaan dan perkenalanku dgn anak2 kecil, juga dgn org2 masjid yg lain. sejak hari itu, kami begitu rapat.

aku mengganggap mereka seperti keluargaku sendiri. disana, aku ada anak2 muridku yg ku anggap seperti adik2 kandungku dirumah, aku ada ibu ayah yakni, ustaz, ummi bibah, dato' nik, ustazah rokiah, ustazah ruqayyah dan byk lagi.
sungguh indah ketika itu. indah...oh indah.

dulu,
ketika ku punya masalah, berserabut jiwaku..kerana mungkin jiwaku tidak bersih...
aku lantas ke masjid.menagis, merayu, memohon ampun atas maksiat2 hatiku.
solat dan iktikaf disana.
dan sungguh, ku merasakan aku KUAT dan GAGAH semula. AKU SEAKAN suci.

aku bermalam di masjid, kemudian qiam bersama murni dan para jemaah masjid yang lain.
aku tenang, dgn setenang-tenangnya.

namun kini,
dimana kan ku cari masjid seperti masjid bangsar?
aku sedar,
ALLAH Mahu mentarbiyyah diriku. agar aku sebenarnye, boleh tenang dan mencari kekuatan di mana sahaja. bukan SEKADAR di MASJID! dan aku cuba. benar, ALLAH dimana2!

cuma, kenanganku di masjid bangsar terlalu banyak, dan terlalu indah untuk diungkapkan dgn kata2.

aku merindui program2 masjid yg tak putus2..
aku merindui org2 masjid,
aku merindui rumah2 mereka yg mnjadi tempat bertandangku..

aku merindui anak2 muridku,
ada yg lelaki, dan ada yg perempuan..
aku merindui mereka..amat sangat.
aku merindui pelukan anak2 kecil itu, anak2 yg begitu manja..
yg berebut2 mahu memelukku, sampai aku hampir jatuh. begitulah mereka.

dan anak2 kecil yg berebut2 cuba mengambil perhatianku.
berebut2 mahu duduk disebelahku,
berebut2 mahu duduk di atas simpuhku..
dan tidur diatas silaku, sampai penuh, tiada ruang.
sampai aku sesak. oh, indahnya anak2 kecil itu. subhanaALLAH. mereka mengubat sayu hatiku, rinduku pada keluarga di kampung, mereka mengubat lelahku. aku gembira disana.
aku merindui mereka.

nanti, ketika ku pulang dr BUMI KIWI ini,
mungkin anak2 didikku, sudah besar..
mungkin tak semanja dulu.
adakah mereka masih mengenali aku?
adakah mereka masih mesra, atau mungkin sudah malu dgnku?

dan aku juga mendapat berita...
ustaz2 juga, sudah banyak yg berpindah...

bagaimana pula dgn ummi bibah, dato' nik, ustazah rokiah, Toh Puan, Puan Sri dan lain2..adakah mereka sihat sekrg? adakah seteguh dulu?
masih rajin ke masjid, dan berbakti untuk masyarakat sekitar bangsar? aku yakin, mereka terus begitu.


oh, aku mahu pulang!

*air mata lagi*

No comments: