Sunday, May 31, 2009
demi Allah,.aku menunggu lelaki itu!
demi Allah,aku menunggu lelaki itu!
AKU MAMPU MEMBAYANGKAN AL-MUJAHID ITU SEBAGAI SEORANG LELAKI YANG SENTIASA MEMBUAT PERSIAPAN,
MENYEDIAKAN BEKALAN, BERUPAYA MENGUASAI FIKIRAN YANG MEMENUHI SETIAP SUDUT JIWA DAN SEGENAP JURUSAN HATINYA.
DIA SENTIASA BERFIKIR DAN MENUMPUKAN PERHATIAN SEPENUHNYA TERHADAP PERSIAPAN YANG TERUS MENERUS.
APABILA DISERU DIA MENYAHUT. APABILA DIPANGGIL DIA MENJAWAB. PULANG DAN PERGINYA, PERKATAAN DAN BICARANYA, KESUNGGUHAN DAN GURAUANNYA TIDAK MELAMPAUI BIDANG YANG DISEDIAKAN UNTUKNYA.
DIA TIDAK MENGAMBIL TUGAS SELAIN DARIPADA YANG TELAH DILETAK ATAU DITUNTUT KE ATASNYA.
DIA BERJIHAD DI JALANNYA.
KAMU DAPAT MEMBACA PADA GARIS WAJAHNYA, MELIHAT PADA KILAUAN MATANYA DAN MENDENGAR PADA GERAKAN LIDAHNYA SEGALA YANG BERGELORA DALAM HATINYA BERUPA HAWA YANG MELEKAT, KESAKITAN YANG TERPENDAM, KEAZAMAN YANG BENAR, KESUNGGUHAN DAN CITA-CITA YANG TINGGI DAN MATLAMAT YANG JAUH SENTIASA MEMENUHI JIWANYA
[Imam hassan al-banna]
MasyaAllah
Subhanallah
Jika aku sempat melihat kebangkitan semula islam
Izinkan aku turut serta
Kuatkan hatiku untuk menghantar anak-anak lelakiku ke medan perang
Mujahid terbilang!
Kerna aku ummumujahid!
MasyaAllah
Adakah ini sekadar impian tiada definisi?
Bantu aku ya Tuhan
Semoga aku terus tsabat di jalan ini
insyaAllah
Ajarkan aku memanah
Ajarkan aku bermain senjata
Bila tiba waktunya.
Mahukah kamu turut serta?
Kuatkan aku di setiap nafasku ya ALLAH
Selautan peluh dan darah, ya Allah
Tumpah ke bumi tidak percuma
Kerna nanti ada ganjaran Allah
Syurga firdaus yang aman bahagia
Bilakah gerangan khalifah itu akan tiba?
Sungguh! Aku rindu padanya.
(dipetik dari tulisan adikku,awin AT THORIQ)
Harum nya..Khalid Al-Miski
Khalid Al-Miski adalah seorang pemuda yang tampan, rajin beribadah, wara', ikhlas, rajin bekerja, dan amanah. Dia seorang pedagang hartawan yang rajin mengelilingi kampung dengan membawa barang dagangannya di atas kepala.
Pada suatu hari, seorang wanita cantik telah tertarik pada Khalid Al-Miski yang tampan. Wanita ini memanggil Khalid dengan tujuan untuk membeli barang dagangannya. Tetapi, dia sebenarnya, telah merancang tipu-dayanya, lalu dia meminta Khalid masuk ke dalam rumahnya dengan alasan dia akan membeli dagangannya.
Namun, apabila khalid masuk, dia segera mengunci pintu-pintu rumahnya, kemudian dia berkata, "Kamu akan celaka, jika tidak mahu melayani saya! Sebab saya akan memalukanmu di depan khalayak umum sehingga mereka menuduhmu ingin memperkosaku."
Khalid berusaha mengalihkan pembicaraan, tetapi ianya gagal, tanpa membuahkan hasil. Lalu Khalid memperingatkannya dengan janji dan ancaman Allah. Akan tetapi, syaitan telah menguasai wanita cantik tersebut dan membutakan mata hatinya.
Ketika Khalid yakin bahwasa dia tidak mampu menyelamatkan diri dari ancaman wanita tersebut, maka dia berpura-pura bersetuju dengan permintaan wanita itu, lalu meminta izin untuk membersihkan diri di bilik mandi. Wanita itu sangat gembira, lantas membenarkan khalid ke sana
Khalid masuk ke bilik mandi dan berfikir bagaimanakah cara agar dapat menghindarkan diri dari godaan ini.
Kemudian, Allah memberikannya petunjuk, sekalipun nanti tubuhnya akan kotor. Khalid tidak kisah walau apa sekalipun, Tiada masalah untuknya, asalkan dia dapat menghindarkan diri dari maksiat yang pasti mendatangkan murka Allah.
Kemudian, Khalid melumuri wajah dan tubuhnya dengan tahi, supaya dengan itu, badannya berbau busuk, kelihatan jelek, dan menjijikkan.
Khalid keluar dari bilik mandi,lantas wanita tersebut melihat keadaan Khalid yang kotor dan menjijikkan, lalu dia mengherdik dan menyuruhnya keluar serta mengusir Khalid dari rumahnya.
Khalid bergegas2 keluar, dan lari meninggalkan rumah wanita itu untuk menyelamatkan diri dan agamanya.
Allah Ta'ala lalu menggantikan bau busuk dan menjijikkan itu dengan bau yang harum bagaikan minyak miski. BAU HARUM HADIAH DARI ALLAH buat PEMUDA BERTAQWA SEPERTI BELIAU.
apabila Khalid lalu, orang-orang dari jauh sudah dapat menghidu kedatangannya, sebelum mereka melihat Khalid
mereka tahu, itu adalah "bau harum" kepunyaan Malik. Sejak saat itu orang-orang memanggilnya dengan Khalid Al-Miski.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.........................
Inilah seorang Mukmin yang sebenarnya,
iaitu seseorang yang meyakini bahwa Allah sentiasa mengawasi gerak-gerinya di setiap saat...
Dia merasa takut kepada Allah, sekalipun di hadapannya terhias seorang wanita yang cantik menawan..
namun dia tetap TEGAS, BERPRINSIP.
Dia tidak LEMAH pada seorang wanita...!
wanita yang hina, lagi terkutuk.
wanita yang hanya MEMBAWANYA pada AZAB dan MURKA ALLAH.
Dia..Khalid..
seorang mukmin yang tidak takut kepada manusia atau undang-undang kerana dia yakin bahawa semuanya tidak dapat melihat dan mengawasinya sepanjang waktu.
Hanya Dzat Yang Maha Mendengar dan Maha Melihatlah yang senantiasa memantau gerakannya.
Khalid takut dengan bahaya yang ditimbulkan oleh maksiat, maka dia segera mencari alasan dengan melumuri kotoran pada tubuhnya.biar BURUK dimata MANUSIA, tapi SUCI bersih di mata ALLAH..
KHALID menunjukkan kebersihan batinnya dan ketulusan imannya. Sebagai balasan, Allah menggantikan bau busuk itu dengan bau harum semerbak di dunia dan sesungguhnya, bagi KHLAID,
adalah pahala yang besar dan melimpah2 di akhirat kelak.
saat ini,
ramai manusia cuba melumuri wajah dan tubuh mereka dengan wangian harum semerbak..ada rose, ada vanilla..ada lavender..
Akan tetapi, bau busuk perbuatan maksiat mereka tetap menjadikan mereka tercemar, membusuk dan menjijikkan,sekalipun mereka berusaha menutupi aib mereka..
ALLAH melihat KEMUNGKARAN mereka.
kerana sesungguhnya...
yang buruk, tetap buruk..sekalipun manusia cuba menutupinya dgn hal2 yang baik..
tanya lah pada HATI..USAH BERBOHONG pada HATI.
yang baik...segerakanlah..
namun yang keji..tinggalkanlah..
moga gelaran mukmin soleh..menjadi GELARAN dari ALLAH untuk kita..
gelaran para ahli syurga..
insyaALLAH.
wallahualam.
Thursday, May 28, 2009
puisi buat ATIQAH
andai bisa ku merubah bintang di langit,
pasti ku ukir nama Mu, Tuhan ku di setiap penjurunya
bercahaya penuh teruja,
menyuluh dan menyinar,
malam mereka yang terus gelap
jauh dan terus jauh,
dari sinar hidayah-Mu
andai bisa ku mencipta satu lagi lautan,
penuh dengan ikan dan karang,
nescaya akan ku biar buihnya keemasan,
disaluti kasih dan sayang,
dari muslimah, insan teristimewa,
sebagai bukti pada dunia,
bahawa dikau punya bicara,
punya kuasa,
mengubah mereka yang hanya mencinta,
mengharap dari manusia.
namun aku hanya insan biasa,
tetap leka dan alpa,
bahawa aku hanya seorang hamba,
lemah dan tidak lagi berdaya,
tanpa Dia yang Maha Kuasa,
yang mencipta dunia,
6 hari tanpa siapa,
tanpa perlu Dia berharap,
pada makhluk yang tidak tahu adab biadap,
agar terus menjaga dan mentadbir ciptaanNya,
dengan senang lenang dan bersahaja
percaya-lah wahai insan bernama Atiqah,
malu ku pada mu semakin bertambah,
daku tahu daku bersalah,
atas dosa dan silap langkah
yang telah kau curah,
tanpa mengira penat dan lelah,
berpesan dan mentarbiyah,
insan bodoh dan hina,
seperti aku yang tidak empunya
hati dan perasaan sebagai hamba
menghenti dan menghalang setiap perkara,
yang dikau harap dan pinta
agar aku merubah segala
teruslah berjuang,
muslimah dari utara,
kerna ku di sini terus mendoa
agar kau terus bercahaya,
kembali ceria dalam membawa,
cinta ilahi ke hati manusia.
-hamba ALLAH-
*************************
terima kasih sahabat,
atas puisi yang kau lakarkan ini..
izinkan aku..
abadikan puisi mu disini..
agar aku,
aku terus bersemangat meneruskan perjuangan.
himmah ISLAM.
agar aku,
makin banyak merefleksi diri..
muhasabah hati..mensucikan hati yang disinggahi debu2 hitam..
agar aku,menjadi baik..bertambah baik, dan semakin baik..dari hari ke hari..
sesungguhnya sahabatku,
perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini..
terlalu panjang dan payah untuk ditempuh..
tugas aku masih banyak disini.
tugas aku terlalu lelah, kerana aku terkadang lemah..tersilap tingkah..
maaf..andai aku tak sempurna..
kerana aku hanya seorang HAMBA yang HINA.
namun aku,
tetap punya azzam kuat..
untuk menggapai bintang harapan di langit biru.
impianku yang satu.
teman,
inilah jalanku..
jalan yang pernah ditempuhi oleh para NABI dan Rasul terdahulu..
jika kau mahu mengikutiku..
maka aku sedia menjemputmu..
beserta di dalam barisan kami..
"ahlan wasahlan..tafaddal mashkuura duhai sahabat..."
sahabatku,
doakan aku sentiasa..
moga aku,
kuat...
bertemankan HIDAYAH dan RAHMAT ALLAH.
salam jihad.
ATIQAH HUMAIRA.
"adapun yang menyebabkan seseorang mewarisi PENYAKIT KELUPAAN itu antaranya: banyak melakukan maksiat.. banyak membuat dosa.. dan BANYAK BERSEDIH TERHADAP PERKARA2 DUNIAWI.. dan banyak menyibukkan diri dengan menghubungkan diri dengan dunia.. telahpun kami sebutkan bahawa tidak sepatutnya bagi seorang yang mempunyai akal yang waras untuk bersedih terhadap perkara2 duniawi.. kerana ianya langsung TIDAK MEMBAWA MUDARAT DAN TIDAK JUGA MEMBERI MANFAAT.. bahkan bersedih terhadap perkara dunia tak akan menghilangkan kegelapan dalam hati.. bersedih terhadap akhirat juga tak menghilangkan cahaya yang ada dalam hati.. dan kesannya akan jelas kelihatan melalui solat.. jadi kesedihan dunia itu akan menghalang seseorang daripada banyak jenis daripada kebaikan.. kesedihan untuk akhirat pula lebih akan membawa kita kepada kebaikan.. dan menyibukkan diri dengan melakukan solat supaya ianya menjadi solat yang khusyuk serta menyibukkan diri pada urusan2 ilmu.. itulah yang akan dapat menafikan kesedihan daripada dalam diri kita.." ~imam al-zarnuji~
Suci FATHIMAH, INDAHnya Taubat Malik bin Dinar (Rahimahullah)
"Kehidupanku dimulai dengan kesia-siaan, mabuk, maksiat, berbuat zalim kepada manusia, memakan hak manusia, memakan riba, dan memukul manusia. Kulakukan segala kezaliman, hingga tidak ada satu maksiat pun, melainkan aku telah melakukannya. Sungguh, sangat jahat hingga manusia tidak menghargaiku kerana bangsatnya aku!."
Malik bin Dinar Rohimahullah pernah berkata:
Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikurniakan seorang puteri yang kuberi nama Fathimah.
Aku sangat mencintai Fathimah. Setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.
Pernah suatu ketika Fathimah melihatku memegang segelas khamar(ARAK), maka diapun mendekatiku dan menolak gelas tersebut hingga tumpah mengenai bajuku. Saat itu umurnya belum lagi mencecah dua tahun. Seakan-akan Allah Subhanahu wa Ta'ala -lah yang membuatnya melakukan hal tersebut.
Setiap kali dia bertambah besar, semakin bertambah pula keimanan di dalam hatiku. Setiap kali aku mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala selangkah, maka setiap kali itu pula aku menjauhi maksiat sedikit demi sedikit. Hingga usia Fathimah genap tiga tahun, saat itulah Fathimah meninggal dunia.
Maka akupun berubah menjadi orang yang lebih buruk dari sebelumnya. Aku belum memiliki sikap sabar yang ada pada diri seorang mukmin yang dapat menguatkanku di atas cubaan musibah. Kembalilah aku menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Syaitanpun mempermainkanku, hingga datang suatu hari, syaitan berkata kepadaku: “Sungguh hari ini engkau akan menjadi mabuk dengan mabuk yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya.” Maka aku bertekad untuk mabuk dan meminum khamar sepanjang malam. Aku minum, minum dan minum. Maka aku lihat diriku telah terlempar di alam mimpi.
Di alam mimpi tersebut aku melihat hari kiamat.
Matahari telah gelap, lautan telah berubah menjadi api, dan bumipun telah bergoncang. Manusia berkumpul pada hari kiamat. Manusia dalam keadaan berkelompok-kelompok. Sementara aku berada di antara manusia, mendengar seorang penyeru memanggil: Fulan ibn Fulan, kemari! Mari menghadap al-Jabbar. Aku melihat si Fulan tersebut berubah wajahnya menjadi sangat hitam karena sangat ketakutan.
Sampai aku mendengar seorang penyeru menyeru namaku: “Mari menghadap al-Jabbar!”
Kemudian hilanglah seluruh manusia dari sekitarku seakan-akan tidak ada seorangpun di padang Mahsyar. Kemudian aku melihat seekor ulaR besar yang ganas lagi kuat merayap mengejar kearahku dengan membuka mulutnya. Akupun lari karena sangat ketakutan. Lalu aku mendapati seorang laki-laki tua yang lemah.
Akupun berkata:
“Hai, selamatkanlah aku dari ular ini!” Dia menjawab: “Wahai anakku aku lemah, aku tak mampu, akan tetapi larilah kearah ini mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari kearah yang ditunjukkannya, sementara ular tersebut berada di belakangku. Tiba-tiba aku mendapati api ada dihadapanku. Akupun berkata: “Apakah aku melarikan diri dari seekor ular untuk menjatuhkan diri ke dalam api?” Akupun kembali berlari dengan cepat sementara ular tersebut semakin dekat. Aku kembali kepada lelaki tua yang lemah tersebut dan berkata: “Demi Allah, wajib atasmu menolong dan menyelamatkanku.” Maka dia menangis karena Hiba dengan keadaanku LALU berkata: “Aku lemah sebagaimana engkau lihat, aku tidak mampu melakukan sesuatupun, akan tetapi larilah kearah gunung tersebut mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari menuju gunung tersebut sementara ular akan mematukku. Kemudian aku melihat di atas gunung tersebut terdapat anak-anak kecil, dan aku mendengar semua anak tersebut berteriak:
“Wahai Fathimah tolonglah ayahmu, tolonglah ayahmu!”
Seterusnya, aku mengetahui bahwa dia adalah putriku. Aku sangat bahagia kerana aku mempunyai seorang putri yang meninggal pada usia tiga tahun yang akan menyelamatkanku dari situasi tersebut. Maka diapun memegangku dengan tangan kanannya, dan mengusir ular dengan tangan kirinya sementara aku seperti mayAt karena sangat ketakutan. Lalu dia duduk di pangkuanku sebagaimana dulu di dunia.
Dia berkata kepadaku:
“Wahai ayah, “belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid:16)
Maka kukatakan: “Wahai putriku, beritahukanlah kepadaku tentang ular itu.”
Dia berkata:
“Itu adalah amal keburukanmu, engkau telah membesarkan dan menumbuhkannya hingga hampir memakanmu. Tidakkah engkau tahu wahai ayah, bahwa amal-amal di dunia akan dirupakan menjadi sesOsok bentuk pada hari kiamat? Dan lelaki yang lemah tersebut adalah amal solihmu, engkau telah melemahkannya hingga dia menangis karena KEADAANmu dan tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu kamu. Seandainya saja engkau tidak melahirkanku, dan seandainya saja tidak mati saat masih kecil, tidak akan ada yang boleh memberikan manfaat kepadamu.”
Dia Rahimahullah berkata: Akupun terbangun dari tidurku dan berteriak: “Wahai Rabbku, sudah saatnya wahai Rabbku, ya, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” Lantas aku mandi dan keluar untuk shalat subuh dan ingin segera bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Dia Rohimahullah berkata:
Akupun masuk ke dalam masjid dan ternyata imam sedang membaca ayat yang sama:
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid: 16)
.....
Itulah kisah taubatnya Malik bin Dinar Rohimahullah . Beliau kemudian menjadi salah seorang imam generasi tabi'in, dan termasuk ulama Basrah. Dia dikenali sebagai seorang yang selalu menangis sepanjang malam sambil berkata:
“Ya Ilahi, hanya Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Mengetahui penghuni SYURGA dan penghuni NERAKA, maka yang manakah aku di antara keduanya? Ya Allah, jadikanlah aku termasuk penghuni syurga dan jangan jadikan aku termasuk penghuni neraka.”
Malik bin Dinar Rohimahullah bertaubat dan dia dikenalI pada setiap harinya, SEBAGAI SEORANG YANG selalu berdiri di pintu masjid LANTAS berseru:
“Wahai para hamba yang bermaksiat, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang-orang yang lalai, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang yang melarikan diri (dari ketaatan), kembalilah kepada Penolong-mu! Penolong-mu sentiasa menyeru memanggilmu di malam dan siang hari. Dia berfirman kepadamu: “Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu hasta. Jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu depa. Siapa yang mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil.”
Aku mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar memberikan rezki taubat kepada kita. Tidak ada SEMBAHAN yang hak selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.
Malik bin Dinar Rohimahullah wafat pada tahun 130 H. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas. (Misanul I'tidal, III/426).
**ps:bagaimana pula dengan taubat kita, ye?
adakah kita melakukan kebaikan kerana Manusia? atau menjauhi keburukan hanya kerana MANUSIA yang kita CINTAI? atau hanya kerana seorang manusia yang kita HORMATI? melakukan kebaikan kerana IBU?AYAH?SAHABAT?KEKASIH?
sejauh mana kita meletakkan ALLAH diMATA HATI kita? sejauh mana niat kita segalanya kerana ALLAH?
adakah kita ikhlas BERIMAN pada ALLAH?adakah kita ikhlas mencintai ALLAH? adalah kita ikhlas BERTAUBAT dan BERSUNGGUH2 bertaubat pada ALLAH, atas noda dosa kita?
MOGA TAUBAT KITA..TAUBATAN NASUHAA..
MOGA KITA SOLEHAH SEPERTI FATHIMAH...YANG MAMPU MENYELAMATKAN ORANG YANG DISAYANGINYA..
Tuesday, May 26, 2009
JANGAN BANYAK BERTANYA!
AL-KAHFI: 60-82
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".
Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".
Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".
Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"
Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
Kisah di atas ni adalah kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir. Dimana, Nabi Khidhir pesan pada Nabi Musa, jgn banyak mempersoalkan sesuatu, tapi hanya bersabar. sampai satu masa yang sesuai, kebenaran akan terbongkar juga.
kisah ini, bersalut beribu pengajaran yang boleh menyapa iman dan mata hati.
antara pengajaran yang boleh kite dapat ialah, KITA HARUS BANYAK MEMERHATI DAN MEMIKIRKAN SESUATU, DARIPADA HANYA BERTANYA. bertanya kenapa begitu, kenapa begini. kenapa boleh, kenapa tak boleh.
berfikirlah..fahamilah...
ALLAH memberikan kita 2 nikmat besar yang tak harus dipersiakan, yakni AKAL DAN HATI. akal, untuk berfikir secara WARAS dan RASIONAL terhadap sesuatu perkara, manakala HATI pula untuk MENETAPKAN DAN MEMAHAMI SESUATU.
Dalam menggunakan hati dan akal,
jadikanlah neraca IMAN sbg kayu ukur.
jangan jadikan NERACA EMOSI..kerana neraca emosi hanya sia2.
ALLAH juga mengajar kita supaya tak byk bertanya..
kadang2 dlm hidup, kite selalu merungut pada ALLAH.
bertanya itu dan ini...
"kenapa tak dpt itu, kenapa tak dpt ini?kenapa org lain ALLAH bagi tapi kenapa aku je yang ALLAH yang tak bagi?"
cukup, jgn merungut dan banyak bertanya. REDHA sahaja dgn sesuatu yang ALLAH nak bagi.
ujian..masalah yang berat sekalipun..jangan MERENGEK. memalukan saja!
tapi, BERFIKIRLAH HIKMAH sesuatu kejadian itu.
BERFIKIR DAN BERLAPANG DADA.
husno zhon (bersangka BAIK) dgn ALLAH..
sbb ALLAH lebih knal diri kita.
dia TUHAN MANUSIA, TUHAN kite.
ALLAH TAHU APA YANG KITA PERLUKAN DI SAAT ITU.
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA.
mungkin saja, sesuatu yang BURUK dimata kita, namun itulah yang sebaiknya.
dan boleh jadi, kite mengganggap sesuatu itu baik bagi KITA, tapi buruk bagi ALLAH..
apa yang penting,
UTAMAKAN pandangan ALLAH..bukan PANDANGAN MANUSIA.
BIAR NAMPAK BURUK DI MATA MANUSIA, TAPI ALLAH memandangnya BEGITU INDAH MEMPESONA.
jadi, jgn banyak bertanya pada ALLAH, kerana ALLAH Maha TAHU!
lakukan saja tugas2 mu sebagai HAMBA dan KHALIFAH dgn sungguh2, dgn jiwa yang tak berbelah bagi..nescaya ADA HABUAN TUHAN untuk dirimu...diri HAMBA yang baik.
ALLAH juga mengajar kita untuk memerhati, memikir kemudian memahami.
berfikir menggunakan FIKIR IMAN. FIKIR SEORANG MUSLIM.
gunakan HATI yang memakai pakaian ISLAM. HATI YANG MUSLIM.
gunakan mata...memandang sesuatu dengan menggunakan KACA MATA IMAN.
dlm kisah di atas. Nabi Khidhir, meminta Nabi Musa untuk memerhatikan sesuatu, memerhati tanpa mempersoalkan sesuatu urusan.begitulah juga dgn kite ye.
jangan sekadar banyak bertanya, tapi berfikirlah...
sampai satu saat,ALLAH akn menemukan kita jawapan bagi persoalan-persoalan kita.
Nabi Khidhir juga mengajar Nabi Musa supaya BERSABAR, hanya memerhati dan mengikutnya. aduh, sunnguh tertampar diri ini...dgn kata2 Nabi Khidhir itu..masakan tidak, kadang2 kite selalu berfikir buruk ttg sahabat kita, lebih2 lagi bila si sahabat menegur sesuatu untuk kite.
BERFIKIRLAH YANG POSITIF TENTANG ORANG LAIN
KERANA YANG MENEGUR ITU TENTU LEBIH TAHU SEBAB DIA MENEGUR.
buanglah ego, dan berterima kasihlah kerana si sahabat menegur.
MENEGUR TANDA SAYANG, bukan BENCI..
sbb dlm hidup ini, berapa banyak manusia sahaja yang SUDI MENEGUR.
ada sesetengah tu, hanya MEMBIARKAN kita dgn KESALAHAN DAN DOSA kita.
maka, bersyukurlah andai ada MANUSIA yang sudi menegur.
terimalah teguran, andai IA baik, maka terimalah..
namun, ia buruk...berLAPANG DADAlah...
"manusia MERANCANG dgn CITA-CITA, namun...ALLAH MERANCANG SESUATU DENGAN CINTANYA"
wallahualam.
Mencipta Kenangan,Belajar dari Kenangan, agar memahami ERTI SEBUAH KETENANGAN.
kenangan di bumi Brunei Darussalam (sisters Umarians)
subhanaALLAH.
manisnya saat itu.
Kenangan menyapa lembut, dipeluput mata..
ayoh, atiqah..
pandanglah ke dlm hati mu..
di luar sana..
ramai hamba ALLAH yang taat dan rajin,
sedang berlumba2 meraih REDHA..
mereka berkejar-kejaran,
sering BERHEMPAS PULAS melakukan kebaikan.
mereka hebat,
ya, kau juga hebat..
andai kau seperti mereka.
andai kau kuat HATI sperti mereka.
andai semangatmu MEMBARA seperti semangat mereka.
andai keyakinanMu TEGUH seperti keyakinan mereka.
ALLAH BERSAMA MEREKA.
DAN TENTU JUA,
ALLAH BERSAMAMU.
SETIAP UJIAN YANG MELANDA,
ADALAH TAPISAN ALLAH,
KERANA ALLAH MAHU MEMBERSIHKAN DIRIMU,
DAN MENAIKKAN DARJATMU ke beberapa tingkatan lagi. yakinlah!
dan ingatlah..
seekor monyet yang berada tinggi di atas pokok kelapa,
TETAP DAN HARUS BERPAUT PADA POKOK juga,bila datangnya ANGIN KUAT,
bila angin sepoi2, dia berpaut sikit,
bila ANGIN TIMUR DAN BARAT MENGONCANG, makin si monyet memegang, menggenggam, memeluk pokok kelapa dgn lebih kuat.bertambah kuat, kerana takutkan JATUH.
begitulah jua dgn diri manusia,
berada di dunia yang tinggi indah, namun, bila setitis ujian ALLAH menimpa, berpautlah cuma,
bila ujian makin BERAT menimpa, bahkan bertalu2 menumbuk jiwa..maka makinlah manusia itu BERPAUT ERAT KEJAP pada ALLAH.
sememangnya MANUSIA yang LEMAH memerlukan ALLAH dan sokongan ALLAH untuk terus hidup aman.
kerana tiada yang BOLEH MEMBANTU menghilangkan ujian tersebut.
melainkan ALLAH.
ALLAH YANG ESA.
ALLAH TEMPAT KEMBALI SESUATU URUSAN.
ALLAH YANG BERKUASA ATAS TIAP SESUATU.
jadi, HANYA KEPADA ALLAH TEMPAT PENGGANTUNGAN DIRI MANUSIA yang sebenar...
kerana ALLAH lah yang MENYUSUN SEGALA URUSAN HIDUP MANUSIA.
barpautlah jiwamu pada ALLAH, nescaya dirimu akan selamat.
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.
Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.
(Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
(42:30-36)
wallahualam.
Monday, May 25, 2009
Bersahabat dengan REDHA dan SABAR.
saksikan video di atas nie.. sgt best!
salam..
alhamdulillah syukur...... allahuakbar. .
buat teman seperjuangan...hati2 kalian yang sedang menadah hujan lebat yang turun, yakni "hujan hidayah"
satu perjalanan yang menarik buat kalian,
andai dalam ribut yang menemani hujan...
kalian TETAP TERUS GAH BERJALAN, MALAH BERLARI KENCANG..
bersama 2 teman akrab, CIK SABAR DAN CIK REDHA.
comel kan?
"sesungguhnya ALLAH BERI apa yang kita PERLUkan, BUKAN apa yang KITA MAHUkan"
TERIMA KASIH ALLAH,kerana ENGKAU SANGAT BAIK PADA SI HAMBA!
WALLHUALAM.
Sunday, May 24, 2009
LUAHAN JIWA HAMBA
"ATIQAH,andai kau silap,
kau tak harus lari dr masalah,
tapi mencari punca dan membaikinya semula."
(monolog atiqah kepada dirinya)
aku bukan nabi, bukan para RASUL
yang sungguh terpuji akhlaknya.
aku jua punya khliaf dan hina ku sendiri.
hanya ku MOHON ampunan dr ALLAH...
bila mana perbuatan yg ku anggap betul..rupanya SALAH di mata ALLAH.
inilah aku..
aku yang faqir ilmu WARAS.
oh ALLAH, tuhanku..
dengarilah luahan jiwa rasa hamba.
hambamu ini..
perlukan petunjuk bimbinganMu.
hambamu ini, sedar kesilapannya,,
maka, AMPUNILAH DOSANYA,
ya Allah,
SAYANGILAH AKU.
kerana tanpa kasihMu,
siapalah aku...
tanpa belasmu...
aku takkan boleh hidup aman..
tanpa TENANG dr Mu..
jiwaku kian gundah, terutama pabila ku amati tiap lakuku..
ya RABBI...
engkau yang maha MENGAMPUNI.
AKU SEDAR DOSAKU MENGGUNUNG TINGGI. ANDAI diletakkan di ats gunung,
pasti REBAHlah sang gunung....!!
aku MAHU SUCI.
HATIKU MAHU SUCI.
maka sucikanlah ia..
kerana HANYA HATI YANG SUCI, BERSIH, PUTEH, MENYERLAH...
bakal menjadi tempat turunnya HIDAYAHMU.
ALLAH yg maha penyayang...
kau kiralah air mata ini.
air mata yang ku ikhlas alirkan..
kerana ku takut akn azabmu.
kerana ku takut akn marahnya KAU kepadaku.
air mata kerana aku sedar..inilah dosaku.
ya 'Aziz,
ya Ghaffar..
aku memujamu dgn keagungan namaMu.
ampuni aku...alirakan ketenangan hati buatku, pancarkan kekuatan padaku..
moga aku boleh TERUS melangkah laju.
bantu aku,
OH tuhan.
"taubatku di kala subuh yang hening*
(AL MAARIJ: 19-31)"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah.
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
untukmu, ATIQAH HUMAIRA
wahai jiwa yang sedih,
daku datang membawa berita
dari selatan jauhnya,
mengharung sejuk dan basah,
nikmat hujan dari tuhan yang maha esa
untuk dirimu yang sudah meluntur semangatnya..
wahai jiwa yang sedih,
ketahuilah kamu akn sesungguhnya,
KESEDIHAN ITU ADALAH RACUN
YANG HANYA TAHU MENGHAKIS KEYAKINAN,
MELUKAI KETAATAN, MEROBEK SABAR,
MENAMBAH BARAN,
SEDANG DIRI HANYUT MELAYAN PERASAAN.
wahai jiwa yang sedih,
titisan air mata itu
hanyalah sia-sia andai,
ianya untuk makhluk yang tidak mampu membantu,
tidak juga memudaratkan dirimu,
INGATLAH PADA TUHANMU YANG MAHA SATU,
padanya perlu kau doa selalu,
moga hidup yang penuh ranjau dan liku,
dapat kau tempuh satu persatu.
wahai jiwa yangs sedih,
daku tahu niatmu suci,
dari lahirmu yang murni,
tulus ikhlas tanpa segan memberi kasih dan sayang dari ilahi,
kerana dirimu mengerti
insan yang cuba merubah diri,
pasti akn memberi kembali,
ujian dan keperitan penuh berduri kerana diri ini masih sukar menjauhi
sifat KEJAHILAN dan KEBATILAN dalam diri.
wahai jiwa yang sedih,
berita ini, berita gembira dari dalam diri,
yang memohon maaf ikhlas dari hati
diatas kesilapan yang tidak ku sedari,
telah dalam melukai SEMANGAT dan JIWA yang BERANI,
demi menghalang daku
dari kembali ke jalan songsang penuh berahi duniawi,
jangan lagi dikau tangisi,
kejahilann diri yang hina ini,
kerana air mata yang jatuh ke pipi,
TAKKAN DAPAT KU BALASI, HANYA DENGAN MAAF YANG KU KIRIM INI,
senyumlah kembali,
wahai jiwa yang telah ku racuni,
moga dapat ku melihat sekali lagi,
kemegahan dan kelembutan muslimah sejati,
yang tidak gentar dalam menasihati,
dengan tertib dan himah sendiri,
persis aishah isteri nabi,
persis adawiyyah yang mati merindui ILAHI..
SENYUMLAH KEMBALI ATIQAH HUMAIRA,
moga sembuh luka,
dalam di dada..
ikhlas dari jauh,
beribu batu,
maafkan aku,
wahai insan berjiwa ibu.
(puisi SYAHDU dari seorang teman yang jauh)
*******************************************************************************
buat temanku,
AKU SENTIASA MEMAAFKAN DIRIMU..
usah risau,
kerana aku yakin, ALLAH MEMBANTUKU.
Dan aku yakin, ALLAH membantumu, jua.
selagi kau JAGA ALLAH, ALLAH AKN JAGA DIRIMU,
selagi kau berusaha raih KASIH ALLAH, maka ALLAH NESCAYA MEMELUKMU..
SEMAKIN KAU DEKAT PADANYA, MAKIN DIE MENDEKAT DAN TERUS RAPAT..
ingatlah selalu nasihatku ini duhai teman.
temanku,
usah kau risau..
AIR MATA INI,
amat mahal bagiku..kerana ia akan menjadi saksi perjuanganku,
betapa SUSAHNYA MENTARBIYYAH..
inilah yag PARA RASUL KITA ALAMI DULU..
biarlah.. dan biarlah air mata ini..terus mengalir..
aku rela begitu.
temanku,
ku mendoakan dirimu terus terusan diterjah CAHAYA ILAHI,
moga kau kuat melawan JAHILIYYAH di sekitarmu,,,
MOGA GELARAN INSAN SOLEH,
menjadi panggilan TUHAN buat dirimu.
kuatlah bermujahadah,
tingglkan yang sia2 buat dirimu,
ku mendoakan dirimu,selalu.
insyaALLAH.
(AL KAHFI:28-31)
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
Saturday, May 23, 2009
Andai aku..
"Jika ISlam diumpamakan seperti rumah usang yang hampir roboh, akanku merantau ke seluruh pelosok dunia untuk mencari JIWA2 MUDA. Aku tidak mahukan dengan ramainya bilangan mereka. Yang aku mahukan ialah hati2 yang ikhlas untuk menegakkan Islam. Jika aku menjumpai mereka, maka akanku ubah rumah usang yang hampir roboh itu kepada sebuah bangunan yang tersergam indah!"
Asy-Syahid Hasan Al Banna
AIR MATA
AIRMATA SEORANG NAQIB….
Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula
bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati
ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar
baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke
sebuah pusat pengajian Islam.
Memang ayah bonda
menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan
engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna
kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.
Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri
melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat
kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat
ketenangan dan kesejukan hati.
Bagaimana..? akan kami ceritakan segala-galanya nanti!
Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan
minggu pengenalan.
Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat belajar yang baru ini.
Moga kalian dapat berta’aruf dengan cepat di alam baru ini.
Kalian bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama.
Kalian di dudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan
kaki ke malam terakhir pengenalan.
Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan
gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian
yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian
yang akan mewarisi jejak kami?
Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian datang
dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat
segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan
kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan
Ibu menghendaki demikian.
Kami faham itu semua… dan
itu semua tidak langsung penting bagi kami.
Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita
sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.
Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam
pengalaman hidup kita?
Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh.
Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu
kepala. Kemudiannya tidur diatas lantar tanpa
hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan
yang mungkin sukar dilupakan.
Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan
cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi
untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami
fikirkan?
Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba
pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan
tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat
manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan
perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi
di masa terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik
untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami
adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan
dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..
disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.
Akhirnya …
Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian
menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk
bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta
kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin
memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah
memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas
segala nikmat dan rahmatNya kepada kita.
Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin
kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam
baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah
berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam
gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat
dunia berubah ke arah Islam.
Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini.
Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu
dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi
kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan
dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian
kadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah
buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk
memahami Islam yang masih banyak yang perlu
dipelajari.
Kadangkala teman seronok dihadapan cerita
TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana
masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu
semua.
Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk
asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam di
mukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri
bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang
sedang tidur di lantai bumi.
Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui bersama kami !
Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.
Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang
yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan
kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan
dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing
dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang
sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak
ganas untuk manusia zalim.
Siapa yang ingin membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat
paling tinggi yang sepatutnya.
Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian
mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin
kongsikan. Walaupun kami kadangkala tidak dapat
berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula
menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula
melangkah.
Denyut nadi perjuangan kalian yang mula
bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih
gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali
untanya yang hilang di padang pasir !
Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami
adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah
sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan
bermaharajanya dosa dan maksiat.
Bukankah ‘Allah memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu
adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?.
Kerana itu
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.
Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana
susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami
terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi
yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya
telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat
fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan
isinya !
Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga
ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup
seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak
memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai.
Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung
minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang
untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai
tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan
kenderaan besar dan mewah.
Bagaimana ia boleh berbuat
demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang
akan menyelamatkannya?
Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami
untuk kalian.
Biarlah manusia lain dengan dunianya..
namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.
Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan
kesusahan hidup, namum itulah kebahagian kita !
Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan
bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian
telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah
menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama
obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap
di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita
kami.
Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji
mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas
kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi
kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana
keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu
semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan
materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia
biasa.
Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian
dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami
mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa
manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita
yang masih panjang.
Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami
bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat
belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga
hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau
prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat
kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar
sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului
kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara..
berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua
adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan
fikrah yang sama!
Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah
ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan
tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan
bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah
kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih
thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita
perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan
jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan
perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu
lama memimpin tangan kita sejak kita masih
bertatih-tatih di permulaan perjalanan.
Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah
di mana saja kita berada.
Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati
kami melepaskan kalian menuju ke destinasi
masing-masing.
Betapa inginnya hati kami untuk
mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan
pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan
masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar
‘DA’IE’.
Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan
dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula
mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa
gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke
sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan
akhawat di tempat baru kalian. Kami tidak dapat
bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila
mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji
kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan.Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami
berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian
bersama tidak sia-sia !
Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan
kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba
semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis
kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa
yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat
ketika kalian bersama-sama mereka di usrah, tamrin,
dauroh dan mukhayyam.
Mereka masih ingat.. kalianlah
yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit
sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan
kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan
abang yang telah tamat belajar.
Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk
warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari
musafir yang pulang. Namum bayangan masih kelam.
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hati
kami mula bimbang. Apakah yang telah terjadi kepada
anak-anak kami yang telah pergi?
Kami mula bertanya kepada musafir yang lalu… atau
kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana
anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si
anu? Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya.
Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi
kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk
menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita. Hati
kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada manusia yang
boleh mendakwa dia akan kuat tanpa jamaah.
Tidak akan
ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak di makan
serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada
di mana-mana. Paling kurang kita akan mula hilang
ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. Kita sudah
boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan
perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam
hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan
tinggal dingin.
Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian…
jika ketika berpisah kami menjangkakan kami akan
menitiskan airmata kegembiraan mendengar ketangkasan
dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula
mengalir..
Apa yang telah terjadi kepada kalian?
Apa yang telah kalian lakukan?
Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami
tidak dapat menahan air mata lagi. Bersama baris-baris
yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak
dapat ditahan..!
Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu
cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang telah
berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini masih
panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan
telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan
yang kami bina dan kami atur batu bata negara Islam
dan khalifah yang kami inginkan berantapan jatuh di
hadapan kami.
Kalau dahulu kami harapkan kalian akan
menjadi tangan-tangan yang akan bersama-sama
mengangkat batu batu yang lebih berat dan menjadi
pembina bangunan ini… kini segalanya hampa.
Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin
terasa amat gembira terlepas dari alam kita. Ada yang
merasakan dunia dakwah suatu yang menghimpitnya..
suatu yang mengurungnya.
Barulah kami sedari rupanya
selama ini, itu semua adalah sebuah lakunan.
Ada antara kalian rupanya sudah tidak ingin lagi
bertemu muka dengan kami. Rupanya dulu kami adalah
penyibuk yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah
bebas.
Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa
kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk memimpin
kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita semua..
tanggungjawab dakwah dan amal Islam. Kami gembira
kerana sebelum kalian keluar.. kalian telah memahami
itu semua.. tetapi sekarang kenapa ini semua tiba-tiba
berlaku?
Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang
paling tidak ingin di lihat dan ditemui. Apakah kalian
telah mencampakkan kasih sayang yang telah kami
berikan selama ini. Apakah muka kami begitu buruk
untuk dilihat? Apakah suara kami begitu menyakitkan
untuk disapa?. Jika kalian datang dari jauh kerana
sesuatu subjek dan untuk mengutip markah bagi sekeping
sijil, apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita
pelajari di usrah dan dauroh sudah tidak bernilai dan
tidak berharga?
Atau apakah kalian telah melayakkan diri untuk dipanggil anak derhaka?
Kalian segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si
anu telah datang. Tanpa sepatah salam kami terima,
mungkin ia terlalu mahal untuk dikirim. Tiada helaian
kertas ditinggalkan.. mungkin dakwat pena terlalu
berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya mendengar
dengan hiba dan air mata mengalir lagi.
Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka
terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri. Mereka
sedang masuk ke alam kerja. Walau ada di kalangan
mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan mereka…
mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman.Namum
setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak
didengari. Mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan.
Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang
dicampakkan ke tong sampah!
Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari
kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas.
Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami
akan tetap begini hingga ke akhir hayat..
selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul
tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit
sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya
agar ada tenaga baru untuk Islam.
Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada
pujian dan sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan
dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian
telah menyambung dan menjadikan kerja Islam sebagai
sebesar-besar tugas. Kami hanya mahukan dari kalian
menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati.
Itulah tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu
adalah janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji
untuk bersama kami. Allahlah yang akan menuntut
janjiNya dari kalian.
Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula
terlupa atau melupai tugas ini, maka kamilah orang
yang mula-mula menangis.
Kalian tentu faham bahawa
tanda awal ialah bila kalian tidak lagi bersambung
dengan jamaah. Bila ada antara kalian yang merasakan
kalian mampu hidup sendiri, kalian sebenarnya kalian
telah silap. Hidup sehari tanpa jamaah dan tanpa kerja
Islam bermakna kalian telah meranapkan harapan kerja
besar kita.
Dan tanda awal putusnya kalian dengan
jamaah ialah bila kalian sudah tidak mempunyai naqib
dan usrah. Tanda awalnya apabila kalian telah mula
membelakangkan naqib/naqibah dalam membuat keputusan
dalam hidup kalian. Apakah kalian merelakan diri
kalian untuk menjadi peranap kepada cita-cita Islam
kita.? Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah
bagi mereka yang meninggalkan tugas ini?
Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan
berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat dan
wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti
kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun kami tahu
mereka semua juga mungkin akan menjadi seperti kalian.
Biarlah kami terus berusaha .. melahirkan anak-anak
yang akan menderhakai dakwah dan tanggungjawab Islam!
Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan angan-angan
dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil anak
derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi angan
dan azam. Betapa ramainya orang yang mampu berangan
dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana usaha dan
curahan tenaga? Siapa yang akan ke medan, menarik
tangan-tangan manusia yang sedang hanyut jika semua
hanya berangan dan berazam untuk menarik? Alangkah
mudah berangan dan berazam!
Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih
berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali
program dan mendidik kalian.
Apa sangat berat berjaga
malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan
mendengar masalah kalian jika hati kami gembira
melihat hasilnya.
Apa sangat itu semua jika hati
bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan
mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan
beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat
kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh
pelusuk bumi.
TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya.
Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan
ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari
bebanan fizikal dan material.
Kami telah melalui
beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya
menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia
tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian.
Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha
mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah
ada… Apakah kalian sedar?
Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah
kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini
untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah
hidup demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui
jalan yang kalian pilih sendiri.
Kami tetap memilih
ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri.
Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya
akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah
yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami
belum memberikan yang terbaik untuk kalian. Mungkin
kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami
korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!
Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak
mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu
terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah.
Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh
berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan
kami dan kalian.
TAPI ingat !
Dakwah tidak memerlukan
kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan
kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha
Perkasa. Kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah boleh
bersama orang lain jika kita enggan. Tatapi apa
ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah adalah nyawa
dan roh kita. Jika kita berpisah darinya…. Kita
sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat
bunga yang telah dipetik dari pokoknya !
Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah
pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih sayang
yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak
seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta
itu dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya.
Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta
kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu
murah. Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan
saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan
fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan.
Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging
dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang
kami ada. Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus
generasi da’I yang hampir pupus. Apakah kalian tidak
merasainya?
Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal
untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah
untuk kalian. Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika
kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah..?
Hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: "manusia
sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang diberikan
kepadanya walaupun sebentar".
Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan
kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya?
Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami
buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian
semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk
menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang
telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami,
hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi hati
ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan dan
penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa
kita di sini!
Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami
dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai
kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan
memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami…
di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami.
Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian
lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya.
Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak.
Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi
kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami
merasakan sudah tidak wujud lagi harapan di dunia ini.
Apa tidaknya.. keseluruhan anak-anak kami tidak dapat
meneruskan usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada
yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya?
Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan.
Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat
menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita
sama-sama tidak ingin padam.
Wassalamu’alaikum.
CATATAN SEORANG NAQIB YANG HINA.
*( dipetik dari: akh firdaus shah[ http://dakwah.info/main/index.php/home])
Friday, May 22, 2009
agar HATImu, tenang..duhai adik..
hadirnya tanpa kusedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan Ilahi
lembut tutur bicaranya
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yang resah ini
YA ALLAH
JIKA DIA BENAR UNTUKKU
DEKATKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU
JIKA DIA BUKAN MILIKKU
DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN KETENTUANMU
dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
tapi ku tak pasti
rencana Ilahi
adakah dia kan kumiliki
tidak sekali dinodai nafsu
akanku batasi dengan syariatMu
jika dirinya bukan untukku
redha hatiku dengan ketentuanMU
Ya Allah, engkaulah
tempat ku bergantung harapanku
ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatMu..
hatiku menyanyi RIANG, semangatku telah KEMBALI!
|
by: Faizal Tahir
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa
Thursday, May 21, 2009
semangat yang hilang!
dimana semangatku yang lalu?
semangat untuk belajar kerana ALLAH.
semangatku kian pudar kini.
xmembara2 seperti dulu.
jiwaku seakan lemah.
aku tahu,
aku banyak bekerja islam sejak akhir2 ini,
yang mana aku xbegitu dulu.
aku merasa indah bekerja,
namun apa yang aku risaukan,,,
kerana AKU SUDAH MENGABAIKAN SELURUHNYA TANGGUNGJAWABKU sbg seorg pelajar.
aku yang lemah.
aku yang bersalah.
aku sudah tidak mampu mengimbangi masa2 ku.
namun,
aku bersyukur pada Allah,
kerana ALLAH menyedarkan aku bahawa semngat aku kian hilang..
aku harus cari dan bina semangat itu semula.
ya!
harus.
aku tahu,
prioritiku sekrg adalah tarbiyyah dan dakwah,
tp itu tak bermakna..
aku sampai mengabaikan masa studiku.
aku sampai malas untuk belajar.
INILAH SALAHKU!
pabila ku sakit 2,3 hari ini..
ake mula sedar...
ALLAH nak merehatkan aku.
nak memberikan aku masa lebih.
masa lebih untuk aku fikirkan mengenai HAK2 pada diriku.
hak2 yang aku abaikan dulu.
terima kasih ALLAH.
atiqah yang semangat MERAH nya, makin menjadi semangat PINK...
hari ini...dan seterusnya..takkan MALAS2 LAGI.
MASA YG ALLAH bg UNTUK atiqah SEBENARNYA ADALAH CUKUP,
CUME atiqah je yang tak berkehendak untuk memaksimakan masa yang ada!
terima kasih ALLAH.
SBB KINI...SEMANGAT DAN KEMAHUAN ITU MUNCUL SEMULA.
SEMANGAT ITU MEMELUKKU SEKRG..
OH SEMANGAT...TERUSLAH BERDAMPING DGN DIRIKU! JANGAN MERAJUK LAGI, YE?
aku dan kesabaran
"org yang paling baik antara kamu ialah orang yang bergaul dgn manusia dan bersabar dgn karenah2 mereka" (al-hadis)
aku, amat suka dgn hadis ini, dan aku, mahu menjadi orang yang bai seperti yang RASULALLAH pesan tu. kalo disoroti sejarah, mmg benarlah bahawa RASULALLAH, SAHABAT2 BAGINDA ADALAH MANUSIA2 HEBAT YANG BANYAK BERINTERAKSI DGN MANUSIA, MEREKA BERSABAR DGN UJIAN2 BERAT DR MANUSIA. atas kesabaran mereka, ALLAH memberi ganjaran KEMENANGAN ISLAM, hingga kerana titik awal mereka menegakkan ISLAM, islam pernah BERJAYA menjejak ke 2/3 dunia.
aku,
sedih mengenangkan diri sendiri.
aku,tidak layak pun menjadi hebat.
aku, masih TIDAK PUNYA KESABARAN YANG CUKUP,
tatkala aku melihat teman ku..
tenggelam dlm JAHILIYYAH yang hitam pekat.
masih berlegar2 dgn jahiliyyah yang terkutuk itu.
aku menangis kerana AKU TAK MAMPU BERBUAT APA2.
aku sayangkan dia, kerana pada dirinya..
aku nampak ada kilauan EMAS.
dirinya amat berpotensi untuk ISLAM, buat membantu menaikkan kegemilanan dan maruah ISLAM.
namun,
apakan dayaku...
aku tidak tahu,
bagaimana mahu menyembuhkannya.
hatiku,
sakit sgt2.
bagai dihiris pilu.
berdarah, terguris.
namun,
aku istigfar semula.
aku yang sebenarnya MASIH DLM jahiliyyah.
jahiliyyah perasaan yakni MUDAH BERPUTUS ASA.
BERPUTUS ASA DAN KECEWA ITU BUKAN SIFAT SEORG MUKMIN.
ITU SIFAT JAHILIYYAH.
oh, masih ada JAHILIYYAH dlm hatiku.
aku bersimpati pada diriku,
dan bersimpati jua pada dia.
aku merasai semua ini,
bukanlah apa..
tapi hanya KERANA impianku..satu impian,
yakni,,,AKU MAHU mengubah MANUSIA.
MANUSIA YANG BAKAL KU GUBAH, YANG NANTI..BAKAL MENGUBAH DUNIA!
MANUSIA yang ku didik nnt, bakal menggegarkan dunia..
bakal mendidik isteri dan suami mereka,
bakal mendidik anak2 mereka..sehinggalah ISLAM akn tertegak semula di BUMI ALLAH ini.
itu impianku!
itu citaku!
dan aku,
aku mnasihati aku...
agar selalu bermimpi untuk itu.
oh duhai hati atiqah,
jangan muda lelah, sayang!
kuatlah..bersabarlah..
kerana sesungguhnya...
ALLAH MEMBERI PAHALA ATAS KESABARANMU.
dia,
temanmu..
dia, adikmu.
dia, keluargamu...
pasti akan bertambah baik...dan semakin baik...
akan hebat..dan bertambah hebat..
mugkin dia...atau mereka...
AKAN LEBIH BAIK DAN HEBAT berbanding dirimu, nnt!
dgn syarat:
engkau tak mudah merungut.
engkau bersabar..
dan terus menyayangi dan berbuat baik pada mereka...
JGN MUDAH MERAJUK,
DARI MEMBANTU MEREKA.
ALLAH BERSAMAMU..
SESUNGGUHNYA, ADA PAHALA DAN REHDA ALLAH untukMu..
andai engkau bergaul dgn mereka..
dgn CARA YANG BAIK.
Wednesday, May 20, 2009
sebuah keinginan..
Sebuah keinginan yang kuat..
mampu MENCELIKKAN si Buta..
MENCERAHKAN yang kelam dalam kegelapan jahiliyyahnya..
yang kelam dlm semak sampah sarap maksiatnya...
gelap...gelap untuk melihat HAKIKAT seorg HAMBA...
gelap untuk melihat nikmatnya hidup untuk akhirat..
Sebuah keinginan yang kuat...
mampu membolehkan yang BISU berkata2..
si bisu yang selama ini takut untuk bersuara..
bersuara mencegah yang mungkar,,,
dan meLAFAZKAN yang BATIL.
sebuah KEINGINAN yang kuat..
mampu memulihkan yang SAKIT..
memulihkan penyakit2 yang berada dalam hati...
EGO, SOMBONG, BONGKAK, KERAS KEPALA, TAMAK..
sebuah keinginan yang kuat,,
mampu berusaha untuk menjadikan suatu yang mustahil itu..
SEBUAH KENYATAAN.
selamat berusaha!
sedikit masa lagi,mimpi itu pasti menjadi kenyataan,
bukaN SEKADAR ILUSI!
Tuesday, May 19, 2009
Baitul Muslim
article ini di"copy paste" dr blog adik beradikku, aishah suki yg comel.
http://nurjihadah.wordpress.com/
jzkk aishah.
Haih..ape mimpi laa kali ni post entry pasal baitul muslim pulak ni? Takpelah kan, ha, nak share satu hadis Nabi
Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)
Moga bermanfaat..Ha, ingat tu. Urm..ok, Dah alang-alang tu, meh la nak crite siket pasal baitul muslim..
Apa itu baitul Muslim dan peranannya?
Baitul muslim bermaksud rumah tangga muslim. Ianya dibina daripada dua individu muslim yang FAHAM islam untuk melahirkan anak-anak yang juge FAHAM islam. Tarbiyah di dalam Baitul muslim sangat penting kerana di situlah sekolah pertama anak-anak islam ini. Maka, tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anak) ini di rumah merupakan antara crucial stage dalam rangka membentuk keFAHAMAN anak-anak ini. Daripada anak-anak ini, maka akan terhasillah pula masyarakat yang FAHAM islam. dan akan sama-sama memberi keFAHAMan tentang islam pula kepada orang lain. Seterusnya, daripada masyarakat yang FAHAM tentang islam ini, akan terbinalah pula negara yang FAHAM tentang syariat islam yang sebenarnya. Ianya tidaka akan hanya terhenti disitu, bahkan akan terus berkembang keseluruhpelosok dunia membentuk empayar islam sehinggalah islam itu menjadi ustaziatul alam atau pemegang kepada tamadun dunia. Wah, ni pehaman sendiri, sile jangan quote definition ini ye (sebab ini bukan academic writing ok=] ).
So?
Hmm..pada dasarnya, sekadar ingin memberi pandangan, bahawa membina baitul muslim itu bukan mudah. Prosesnya bukanlah bermula selepas akad nikah, tetapi bertahun-tahun sebelum daripada itu lagi. Kita ambil contoh Imam Syafie..(urm..betulkan saya kalau saya silap tentang contoh ni), beliau merupakan tokoh islam yang sangat terkemuka dizamannya dan sangat hebat baik dari segi ilmunya mahupun sumbangannya. Nak kate hebatnya Imam Syafie ni, beliau boleh hafal kitab muata’ tu dalam masa 3 malam je. Hhm..pendek kate memang hebatlah imam Syafie ni. Bahkan, sehingga ke hari ini, saya yakin, belum ada lagi yang mampu menggantikan tempat beliau. Ketika ditanya kepada bapa beliau, apakah rahsianya mendidik anaknya sehingga menjadi sebegitu genius? Lantas beliau menjawab, “Aku menyediakan diriku 20 tahun sebelum kelahirannya” (urm..lebih kurang begitulah). Ha, maksudnya, bapa imam Syafie ni menjaga dari semua aspek, daripada pembinaan dirinya sendiri, sehinggalah saat memilih isteri dan mendirikan rumah tangga sebelum lahirnya Imam Syafie yang hebat tue.
KITE bagaimana?
Ha, kite pule bagaimana? Sejauh mana kite telah menyediakan diri kita sebagai individu muslim yang FAHAM sebelum melangkah ke tangga yang satu lagi, Baitul Muslim? Dan betul ke kite dah betul-betul FAHAM? jengjengjeng…
Hmm..kenape saya tulis entry ni?
Entahlah..mungkin sebab baru-baru ni, saya dengar a few ‘ura-ura’ ade orang2 nak melangkah ke anak tangga itu.. Urm..adekah entry saye ni kedengaran negatif? Jealous? Opps, no no no.. let me clarify,ok. I’m very3 happy for them ok. Saya sokong sangat2 bila ada individu-individu di sekeliling saya yang akan melanglah ke alam itu. Tentulah, ianya merupakan salah satu tangga daripada ’sifir pembinaan ummat’ kan.. Cumenye, saya rase seakan-akan saya akan kehilangan ‘adik-beradik’ saya… (Entahlah, aseef kalau pemikiran saya seolah-olah skeptikal terhadap hal ni). Tapi perasaan itulah yang menerjah ke dalam diri di saat mendengar berita-berita gembira itu…Ya, perasaan yang sama tatkala Naqibah saya dulu melangkah ke Baitul Muslim. Gembira itu memang gembira, tapi perasaan ‘kehilangan’ itu tetap juga dirasa.. Dan kini, tiba pula masanya ‘adik-beradik’ sendiri juga akan meninggalkan saya…
*aishah,tqa juge rase kehilangan itu...tapi takpe, just doakan kebahagiaan adik beradik kite, ye?*
Rindu pada Dia dan Mereka..
Sesudah qiamullail pada pagi hening hari ini, entah mengapa hatiku terasa sungguh sayu. mungkin aku rindu.rindu pada kenangan2 indahku bersama keluarga, bersama sahabat lama, juga rindu pada sebuah rumah Allah, MASJID BANGSAR.
air mata menitis lagi.
Aku teramat merindui anak2 muridku di masjid itu. aku merindui kenangan bersama mereka. aku merindui org2 masjid itu. aku merindui. sungguh merindui.
dulu,
setiap hari ahad, aku akn kesana, untuk mengajar AL QURAN, English dan Matematik untuk anak2 kecil disana. teringat detik pertama kelasku. imam masjid ketika itu, menghantar sms padaku,
"assalamualaikum, atiqah. enti boleh dtg ke masjid pagi esok? ana nak mnta tolong sesuatu. ada urusan penting,ajaklah murni bersama. dtg esok, pukul 10 pagi ye"
"insyaALLAH, boley. tp, urusan ape tu, ustaz?"
"oh, ana nak mnta tolong enti. masjid memerlukan org untuk tolong program".
"baiklah, insyaALLAH,ana dtg bersama murni."
"jzkk. assalamualaikm."
keesokan paginya, aku mengenakan jubah dan tudung hijauku. jubah yg menjadi kesayanganku. aku gembira pagi itu. seakan bumi dan seluruh isinya senyum padaku.
entah mengapa, tp perasaan aku lain sgt. begitu indah.
sesampai di masjid, barulah aku tahu. ustaz memintaku untuk menggantikan seorg ustaz yg xsihat. aku diminta mengajar alquran untuk anak2 lelaki, berusia sekitar 9-12tahun.
aduh, terkejut aku ketika menerima tanggungjawab itu. kerana pada waktu itu, aku tak bersedia minda untuk mengajar. apatah lagi, buat anak2 kecil. aku tiada ilmu yang cukup. mahupun pengalaman. namun, ku gagahi juga. tawakkalku pada ALLAH.
ketika ku masuk ke dewan masjid,anak2 itu memandangku dgn pandangan yg berbeza. seusai memberi salam, aku menjelaskan pada mereka yg aku bakal menggantikan ustz yg mengajar mereka dulu.
anak-anak itu menerimaku dgn baik. merekalah anak murid pertamaku, dan tak mungkin aku lupakan kenakalan mereka, usik2 mereka dan sebagainya.
setelah aku mengajar anak2 itu, aku masuk ke pejabat masjid. disana, ku jumpa lagi dgn imam, dan ahli jawatankuasa masjid. Datin Habibah, yg kugelar sebgai "UMMI" juge ade ketika itu. Ummi lantas memelukku, kerana dia seakan tidak percaya yg aku dan murni akan dtg pada ahad itu.
kemudiannya, ummi menyuruh aku dan murni, untuk turut mengajar subjek lain. aku menerima tawaran itu.
itulah detik permulaan dan perkenalanku dgn anak2 kecil, juga dgn org2 masjid yg lain. sejak hari itu, kami begitu rapat.
aku mengganggap mereka seperti keluargaku sendiri. disana, aku ada anak2 muridku yg ku anggap seperti adik2 kandungku dirumah, aku ada ibu ayah yakni, ustaz, ummi bibah, dato' nik, ustazah rokiah, ustazah ruqayyah dan byk lagi.
sungguh indah ketika itu. indah...oh indah.
dulu,
ketika ku punya masalah, berserabut jiwaku..kerana mungkin jiwaku tidak bersih...
aku lantas ke masjid.menagis, merayu, memohon ampun atas maksiat2 hatiku.
solat dan iktikaf disana.
dan sungguh, ku merasakan aku KUAT dan GAGAH semula. AKU SEAKAN suci.
aku bermalam di masjid, kemudian qiam bersama murni dan para jemaah masjid yang lain.
aku tenang, dgn setenang-tenangnya.
namun kini,
dimana kan ku cari masjid seperti masjid bangsar?
aku sedar,
ALLAH Mahu mentarbiyyah diriku. agar aku sebenarnye, boleh tenang dan mencari kekuatan di mana sahaja. bukan SEKADAR di MASJID! dan aku cuba. benar, ALLAH dimana2!
cuma, kenanganku di masjid bangsar terlalu banyak, dan terlalu indah untuk diungkapkan dgn kata2.
aku merindui program2 masjid yg tak putus2..
aku merindui org2 masjid,
aku merindui rumah2 mereka yg mnjadi tempat bertandangku..
aku merindui anak2 muridku,
ada yg lelaki, dan ada yg perempuan..
aku merindui mereka..amat sangat.
aku merindui pelukan anak2 kecil itu, anak2 yg begitu manja..
yg berebut2 mahu memelukku, sampai aku hampir jatuh. begitulah mereka.
dan anak2 kecil yg berebut2 cuba mengambil perhatianku.
berebut2 mahu duduk disebelahku,
berebut2 mahu duduk di atas simpuhku..
dan tidur diatas silaku, sampai penuh, tiada ruang.
sampai aku sesak. oh, indahnya anak2 kecil itu. subhanaALLAH. mereka mengubat sayu hatiku, rinduku pada keluarga di kampung, mereka mengubat lelahku. aku gembira disana.
aku merindui mereka.
nanti, ketika ku pulang dr BUMI KIWI ini,
mungkin anak2 didikku, sudah besar..
mungkin tak semanja dulu.
adakah mereka masih mengenali aku?
adakah mereka masih mesra, atau mungkin sudah malu dgnku?
dan aku juga mendapat berita...
ustaz2 juga, sudah banyak yg berpindah...
bagaimana pula dgn ummi bibah, dato' nik, ustazah rokiah, Toh Puan, Puan Sri dan lain2..adakah mereka sihat sekrg? adakah seteguh dulu?
masih rajin ke masjid, dan berbakti untuk masyarakat sekitar bangsar? aku yakin, mereka terus begitu.
oh, aku mahu pulang!
*air mata lagi*
Monday, May 18, 2009
Mahalnya HARGA sebuah ISTIQAMAH
"YA ALLAH, aku takut...takut dgn sesungguhnya takut..aku rissau, dgn sesungguhnya risau...ya ALLAH, ampuni aku..tsabatkanlah hati ini di jalanMu.. aku mahu terus istiqamah dlm iman."
"ya ALLAH, aku menyayangi keluarga, sahabat dan adik2ku keranamU. satukanlah hati kami ini bersama roh2 org yg engkau cintai, supaya HIDUP INI BERERTI, TIDAK BERPENGHUJUNG YANG SIA2"
"astagfirullah..aku mohon ampun, semohon-mohonnya, atas dosa2 yg aku sedari mahupun yg aku lalai..aku mhon dgn sgt, maafkan aku, khilafku, keterlanjuranku, oh ALLAH!"
"TINGKATKANLAH IMAN INI, NAIKKAN "HIMMAH" INI..KEKALKAN "IZZAH" KU DEMI ISLAM, AGAMAKU".
......buat akhawat dan teman seperjuangan,ayoh selami sajak syahdu......
bacalah dgn HATIMU.
Di mana engkau sahabat lama tidak ketemu…
Semalam rindu menggamit rasa
setelah melihat salah seorang dari kita terlantar di ICU
aku teringat dalam sejuknya salju
kita meredah pekat malam
menyusuri I-90
dari hujung ke hujung benua
setiap datangnya musim libur,
… spring break, mid semester break, thanksgiving dan July the 4th
atau sekadar hujung minggu
kita sama-sama berkumpul di ‘muslim house’ yang usang
dengan heater yang tidak berfungsi
menekuri kitab-kitab..
buah tangan Syed Qutb, Al-Maududi dan Al-banna.
Kita belajar apa itu Islam lewat ‘Towards Understanding Islam’
Kita bernaung di bawah ‘Fi Zilal Quran’
Kita belajar ‘Dasar-dasar ilmu dakwah’ dari Abdul Karim Zaidan
Kita hayati seerah dari ‘Meccan crucible’
Kita tetapkan pendirian dengan ‘Petunjuk Sepanjang Jalan’
Ketika orang lain pergi melancong Empire State Building , Statue of Liberty, Niagara Falls, Everglades, Disneyworld, Yellowstone Park, Miami, Los Angeles dan San Fransisco
Kita berada di kampung-kampung..
Macomb, Terra Haute, Wichita,
Dekalb, Greenbay, Carbondale, Islamic Centre di Plainfield,
atau convention centre
menghabiskan usia muda
sebagai bekal untuk sebuah perjuangan yang panjang dan melelahkan..
Sesekali kita berkumpul di hotel-hotel
kita mendengar dengan penuh syukur
kata-kata hikmah yang ditatang dengan penuh cermat
dari lisan Syiekh Tariq Suedan, Syeikh Zaki Hammad, Dr Jamal Badawi
… dan sekali itu dari Syeikh Umar Tilmisani
meski tidak faham apa yang diucapkan
namun hati kita penuh dengan hikmah yang dicurahkan
dari celah-celah jeriji penjara
yang dilalui oleh ulama mulia itu.
Kawan-kawan
Masih ingat Saari Sungib?
Yang kita panggil Abu Urwah?
Dia dua kali menghuni ISA
Itulah Abu Urwah yang kita kenal dulu
masih istiqamah dia..
menjadi obor menerangi jalan kita
Dan masih ingat Ustaz Alias
Sudah menjangkau 60′an dia
Masih setia memberi kuliah
tazkeerah dan taujih
melembut dan melunakkan hati kita.
Kawan-kawan
aku segan kalau ketemu kalian
sebagai Professor tersohor
atau GM dan CEO koporat terkemuka
kerana aku tak pandai membawa diri
dalam dunia glamourmu.
atau menjejak kaki di rumah gedungmu
yang penuh dengan perabut dan perhiasan mewah
dan isteriku juga canggung dengan orang rumahmu
kerana dia masih seperti dulu
tak seanggun dan sepadan
Tapi kawan-kawan
Kalau engkau masih bercakap dalam bahasa kita dulu
Bahasa Dakwah
Pasti akan lebur tembok-tembok di antara kita
Ukhuwah kembali bertaut
membakar semangat di hati
seperti kita dulu
ya.. 20 tahun dulu.
Ketika kita tak punya apa-apa
kecuali idealism yang membara..
Kawan-kawan
Marilah kita kembali
menganyam cita-cita
kerja kita masih banyak lagi
sedang usia sudah dijemput senja.
dan tak pasti samada esok masih ada buat kita..
-Hafidzi MN-
duhai akhawat yang diredhai ALLAH,
menTADABBURI , LANTAS merefleks diri sendiri..
andai KU masih hidup lagi masa tu,di manakah AKU, 20 tahun akan datang??
di mana pula kalian,akhawat2 tersayang 20 tahun akan datang?
masihkah seperti kalian, yang KU kenal dahulu?atau bagaimana??
masihkah kita bercakap dengan bahasa dakwah, berbincang strategi dan perancangan, bersama2 mencurah rasa hati...
CURHAT KITE..
hanya Dia yang tahu...dan kita terus berusaha agar kita tetap sama2 hidup atau syahid di jalan ini..
mahal sungguh harga istiqamah itu...
yang sesungguhnya merindui kalian,
atiqah humaira
Subscribe to:
Posts (Atom)