Monday, August 31, 2009
rugi-rugi
ada apa dengan air mata?
tentu sekali ada sesuatu dengan air mata.
seorang teman akrab,
menggelarkan diri atiqah...PUTERI AIR MATA.
is it true, dear?
people knows me well :)
.........
ada orang cakap,menangis itu tak bagus.
ada orang cakap, menangis itu memenatkan.
ada orang cakap, menangis itu hanya merugikan. rugi masa.rugi air mata.
bagi diri atiqah,
menangis itu menguatkan hati.
menangis itu melembutkan jiwa yang keras.
apatah lagi, bila menangis mengenangkan kelemahan dan kekurangan diri.
apatah lagi, bila menangis memohon pengharapan, pertolongan dari ALLAH.
jadi, adakah menangis itu suatu yang sia-sia?
suatu yang memenatkan, merugikan?
jadi, teruskan menangis...
menangislah kerana ALLAH.
menangislah kerana takutkan azab ALLAH...
menangislah kerana begitu banyak masa hidupmu, yang kau bazirkan dengan hal sia-sia..
menagislah kerana kau banyak berehat, sedang orang lain bekerja keras..
menangislah.....
moga air mata ini diterima ALLAH
........
menyesal?
mengapa menyesal?
menyesal biar berpada-pada.
kadang-kadang ALLAH bagi sakit,
supaya atiqah bagi haq pada badan..
mungkin selepas ni, banyak lagi hal lain atiqah nak kena buat.
jadi, janganlah terlalu menyesal dan menghukum diri.
ALLAH itu ada,
ALLAH itu pengampun.
................
hey atiqah, MOGA CEPAT SEMBUH!
MOGA HATI CEPAT SEMBUH :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment