Thursday, August 13, 2009
samb: Kasih dalam Penikahan Kedua
samb:
Sesudah habis ‘iddahnya, Umar ibn Khathtab telah melamarnya dan ‘Atikah Binti Zaid menerima lamaran tersebut. Pernikahan Umar ibn Khathtab dan ‘Atikah Binti Zaid telah berlaku pada tahun 12H.
‘Atikah Binti Zaid telah memperolehi kedudukan yang tinggi di mata suaminya. Beliau banyak menuntut ilmu daripada suaminya. Beliau juga sangat mencintai Umar dan Umar juga sangat mencintainya. Meskipun kedudukan ‘Atikah sangat tinggi di sisi Umar, namun ‘Atikah tetap menjadi seorang wanita muslimah di pimpin oleh Umar ibn Khathtab.
Kehidupan ‘Atikah dipenuhi dengan keadilan, kezuhudan dan ibadah. Sifat-sifat ini semakin berkembang dalam diri beliay. ‘Atikah sering meminta izin Umar untuk keluar solat jemaah bersama-sama Umar. Umar pula tidak pernah mencegahnya ke masjid apabila diminta keizinan.
pada suatu hari, Khalifah Umar ibn Khathtab telah ditikam oleh seseorang ketika beliau keluar menunaikan solat di masjid.
lalu... ‘Atikah meratapi kematian suaminya tercinta dalam qasidahnya:
Mata yang pemurah mengeuarkan air mata dan ratapan
Janganlah bosan ke atas imam yang mulia
Katakan kepada orang yang susah: matilah kamu
DIa telah disirami kematian seperti gelasnya kaum
Dalam qasidahnya yang lain,
Batu pirus telah menyusahkanku kerana tidak berkilau mutiaranya
Dengan warna keputihan,
Dia selalu membaca,
penyayang kepada yang lemah dan keras terhadap musuh
Saudara yang dipercayai dan membatu dalam kemalangan-kemalangan
Apabila dia bercakap, maka perbuatannya tidak akan mendustai percakapannya
Pantas untuk berbuat kebaikan dan tidak pilih kasih...
............
sambungan: Penikahan dengan Zubair; CEMBURUNYA ZUBAIR......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment