/>
Pokok rambutan nenek, lebat buahnya..merah pekat, merah muda-muda, kuning, kuning hijau. Kombinasi warna rambutan yang sungguh mempersona. SubhanaALLAH.
Pokok rambutan yang satu itu, letaknya di dusun belakang rumah nenek. Di antara pokok-pokok rambutan di dusun itu, ada satu pokok yang menarik perhatianku..pokok rambutan itu! Satu-satunya pokok rambutan yang ditanam ayah. Ayah selalu berbangga dengan pokok itu. Nah! Tiap kali aku bersama ayah ke dusun, tiap kali itu jugalah ayah mengigatkan aku tentang pokok rambutan yang satu itu- berbakti pada tanah! Itu pesan ayah!
Sejak kecil, hobiku… jika aku ke rumah nenek, aku pasti memanjat pokok rambutan itu. Entah mengapa, ada saja pokok-pokok yang lainnya, pokok manggis, pokok durian, pokok mempelam, pokok nangka…pokok langsat..pokok petai pun ada…aduh, banyak sekali pokok-pokok di dusun itu, tapi mengapa aku sekian saja ke pokok yang satu itu. Ya…TENTU SEKALI kerana…pokok itu menyimpan seribu rahsia – RAHSIA yang aku dan ALLAH saja mengetahuinya ;)
………..
Sedari kecil,aku memanjat pokok itu..berjam-jam aku di sana. Kerana apa? Kerana…aku suka berada di tempat tinggi…dan bila aku di atas pokok itu, teman2 ku ialah burung2 merpati yang sering hinggap di dahannya. Temanku ku juga, ialah semut-semut dan kerengga2 kecil yang terkadang menggigit kaki2 ku. Tetapi, aku tak pernah jemu bertemankan mereka.
Berinteraksi dengan alam? Ya, akulah. Akulah, mungkin satu2 nya manusia yang berbual-bual dengan mereka tentang kisah kehidupan. Kisah manusia. Ada saja ceritaku. Kadang-kadang itu, aku memanjat sambil menggelek diari. Waah, di atas sana, mulalah aku melakar kisah manusiawi. IMPIAN-IMPIAN HIDUPKU YANG AKU CERITAKAN PADA TEMAN AKRABKU, CIK DIARI, CIK MERPATI, KERENGGA DAN SEMUT….
…………
Rindunya pada pokok itu. Dan temanku2 semua di atas sana!
…………
Dan kini, kotak memori ku melakar kisah semalam. Aku berfikir. Berfikir lebih matang. Ya, bukan seperti ketika aku kecil-kecilan dulu.
Aku kini…berfikir..tentang hikmah pokok itu. Pokok rambutan ayah yang begitu ISTIMEWA di hati ini!
………..
Pokok itu, tak henti2 menceriakan aku. Memberikan buah yang manis sekali. Menemani, mendengar kisah kisah hidupku. Walau aku terkadang mematah-matahkan daun2 nya, mematah-matahkan dahannya, tapi dia tetap dia. Tak marahkah dia pada ku?
Oh, tidak!!
Begitu baikkan kan makhluk ALLAH, si pokok rambutan…makhluk ALLAH yang sangat beriman…tak pernah DEGIL walau sesaat kukira!
Dan…
walau manusia melukai ia, mencederakan ia, ia tetap ia..TEGUH. TEGAR. SABAN MUSIM MENGELUARKAN BUAH yang MANIS-MANIS belaka. Lepas habis dikait buah-buahnya, ia tumbuh lagi..berbunga tak putus-putus. Berbuah lebat-lebat. Tak pernah pun si RAMBUTAN merajuk. Kan??
Oh si pohon rambutan, andai kan saja temanmu atiqah…seperti dirimu.
“hey si rambutan, insyaALLAH…tqa sedang belajar menjadi sepertimu! Nanti, bila tqa balik, kau akan lihat…atiqah bukan yang dulu lagi! Atiqah SEKARANG kuat tau!
………….
Senyum sendiri. Ya ALLAH, aku rindu teman-temanku..jaga mereka untuk aku,,,kerana bila aku pulang nanti..aku mahu melihat mereka masih teguh dan ceria seperti dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment