Sunday, August 16, 2009

pelbagaikan warna dirimu...



” Anti perlu perbagaikan warna dalam hidup anti. Kehidupan yang hanya dengan satu warna adalah kehidupan yang kosong dan hambar. Warna-warni kehidupan akan mengajar kita untuk lebih matang dan dewasa. Jangan takut untuk menghadapi kesusahan dan kepayahan.Ada masanya anti perlu susah dan merasai kegetiran. Dengan kesusahan inilah, jiwa anti akan lebih peka dan sensitif.”

.................

Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.


.....................

Usah kecewa dengan masalah. usah mengeluh dek tekanan..usah bermimpi suatu yang tak pasti..usah kesal karenah manusia. usah dan usahlah.....Bersabarlah.Kerana Buah kesabaran mu itu adalah kejayaan yang sebenarnya disisi Allah SWT.


..................


wallahu'alm. menanti suria. moga2.

No comments: