Wednesday, August 12, 2009

samb: Dan Cinta pun Mekarlah.....




Atikah Binti Zaid memiliki akhlak yang mulia, kesempurnaan, kecantikan, pemikiran yang luas dan ketenangan berfikir. Beliau juga memiliki kejelitaan asli dan tergolong dalam golongan ahli ibadah.

‘Atikah Binti Zaid telah berkahwin dengan seorang sahabat Rasulullah iaitu Abdullah ibn Abu Bakar As Siddiq r.a. Beliau sangat beruntung kerana mendapat kasih sayang dan sepenuh cinta suaminya.


Namun, Kejelitaan dan kesempurnaan ‘Atikah Binti Zaid telah menyibukkan Abdullah ibn Abu Bakar dengan kehidupan dan perniagaannya.Bahkan, kejelitaan ‘Atikah Binti Zaid telah menjauhkan Abdullah ibn Abu Bakar daripada keluar berjihad.

Hal ini telah menyebabkan Abu Bakar As Siddiq r.a mendesak anaknya supaya menceraikan ‘Atikah Binti Zaid. Dek kerana taat pada ayahandanya, maka Abdullah ibn Abu Bakar telah menceraikan isterinya yang dikasihi dengan talak satu. Abdullah ibn Abu Bakar tidak dapat melupakan isteirnya dan tanda-tanda kesedihannya jelas dipamir pada wajah dan tubuhnya. Suatu hari, Abu Bakar mendengar anaknya bermadah:

Hai ‘Atikah, saya tidak dapat melupakanmu selama angin bertiup
Dan selama burung merpati masih bersuara
Hai ‘Atikah, saya tidak akan melupakanmu selama org masih berhaji
Dan selama bintang-bintang yang bergantungan di langit bersinar
Hai ‘Atikah, hatiku tiap hari dan malam.
Tergantung padamu apa-apa yang tersembunyi dengan ayahku
Dan ketaatan kepadanya, maka kita tak akan berpisah....


Setelah mendengar bait-bait syair Abdullah ibn Abu Bakar kepada isterinya, Abu Bakar sedar akan abadinya cinta Abdullah ibn Abu Bakar terhadap isterinya lantas Abu Bakar telah mengizinkan anaknya untuk kembali kepada ‘Atikah Binti Zaid. Kehidupan Abdullah ibn Abu Bakar kembali bersinar sesudah itu.

Ketika Abdullah ibn Abu Bakar ikut berperang bersama Rasulullah dalam peperangan Thaif, Abdullah ibn Abu Bakar telah menderita luka parah dan luka itu semakin parah setelah empat malam kepergian Rasulullah. Akhirnya, Abdullah ibn Abu Bakar telah syahid di jalan Allah. ‘Atikah Binti Zaid telah meratapi pemergian suaminya dalam sebuah syair indah:

Saya telah dikurnia orang yang paling baik selepas Rasulullah
Dan setelah Abu Bakar, dan ia tidak berlaku sia-sia
Saya bertekad, mataku akan selalu menitiskan air yang hangat
Ke atasmu, dan kulitku akan berdebu
Sepanjang zaman selama merpati hutan berkicau
Dan selama malam akan mengusir pagi hari yang terang
Hanya kepunyaan Allah mata ini yang tak pernah melihat orang
Yang lebih gagah dan berani dalam berjihad dan sabar
Apabila mata panah mulai terlepas, maka ia akan memasuki medan jihad
Kepada kematian sampai tombak meninggalkan darah yang merah...


...............

(sambungan Kisah: Penikahan Beliau dengan Umar AL-KHATAB)

No comments: