Ketika Khalifah Umar ibn Khathtab syahid, datanglah Zubair ibn ‘Awwam melamar ‘Atikah. ‘Atikah telah menerima lamaran tersebut.
NAMUN, Zubair ibn ‘Awwam tidak lagi mengizinkan ‘AtIKAH keluar bersolat di masjid.
Zubair ibn ‘Awwam berkata,
“ Ya ‘Atikah, jangan keluar ke masjid”.
Maka ‘Atikah binti Zaid telah menjawab,
“Ya Ibn ‘Awwam, apakah engkau mahu, demi kecemburuanmu, saya harus meninggalkan masjid tempat saya bersolat bersama Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar?”
Zubair ibn ‘Awwam berkata,
“Saya tidak akan melarangmu”.
Ketika mendengar azan zolat subuh, Zubair ibn ‘Awwam telah bergegas mengambil wudhuk dan keluar ke masjid. Di pertengahan jalan, Zubair ibn ‘Awwam berdiri di saqifah Bani Sa’idah menanti ‘Atikah.
Ketika ‘Atikah melintasinya, Zubair ibn ‘Awwam telah memukul punggung ‘Atikah dengan tangannya. NAMUN,‘Atikah tidak mengetahui siapa yang memukul punggungnya.
‘Atikah seraya berkata,
“Ada apa padamu, semoga Allah memotong tanganmu” lantas kembali ke rumah dan berkata Inna Lillahi wa Inna Ilahi Rajiu’un.
Ketika sudah setelai solat, Zubair ibn ‘Awwam telah kembali ke rumah dan bertanya kepada ‘Atikah mengenai ketiadaan ‘Atikah di masjid. ‘Atikah lalu menjawab, “Semoga Allah merahmatimu, ya Abu Abdullah. Manusia sudah menjadi rosak sesudahmu. Solat hari ini bagi wanita adalah lebih baik di rumah daripada di masjid. Dan di rumah, lebih baik solat di kamar”.
Sesudah itu, ‘Atikah tidak lagi pernah keluar dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus solat di rumah.
...........
Suaminya Zubair ibn ‘Awwam telah dibunuh secara kejam oleh Amru ibn Jurmuz pada tahun 36H dalam perang Jamal (unta) di wadi siba’. Pemergian Zubair ibn ‘Awwam juga telah diabadikan dalam syairnya.
Setelah pemergian Zubair ibn ‘Awwam, Ali ibn Abu Thalib telah melamarnya setelah habis masa ‘iddahnya. lalu,‘Atikah telah mengutus sepucuk surat kepada Ali Abi Thalib.
“Ya Amirul Mukminin, engkau yang tersisa dan pemimpin muslimin. Dan saya takut kepadamu, hai anak bapa saudara Rasulullah, kalau engkau mati terbunuh. Saya tidak pernah berkahwin dgn seorang lelaki kecuali dia akan terbunuh..."
Oleh sebab itu, para penduduk Madinah menyatakan bahawa barangsiapa yang menginginkan syahid, maka hendaklah dia berkahwin dengan ‘Atikah kerana kesemua suami-suami ‘Atikah syahid akhirnya. ‘Atikah menangisi kekasih-kekasihnya dalam syair-syairnya.
...........
Penyair Wanita....
Sahabt-sahabat wanita r.a memiliki kesabaran yang tak ternilai. begitu juga dengan ‘Atikah. Beliau adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat wanita ini. Kesabarannya dalam menghadapi musibah-musibah dapat dilihat dengan pemergian seorang demi seorang suaminya.
‘Atikah menjadi wanita terulung dalam syair-syair ratapan. ‘Atikah telah mencapai kemuncak dalam syair ratapan pemergian Rasulullah sebagaimana berikut:
Kenderaan-kenderaan berubah menjadi sunyi
Padahal sebelumnya ia telah dinaiki oleh hiasannya
Ketika sore hari dia menangis ke atas seorang pemimpin
Matanya selalu menitiskan air mata tanpa henti
Isteri-isterimu tidak dapat sedarkan diri
Dari kesedihan yang tidak dilarang agamanya
Wanita-wanita yang pucat berubah seperti pisau belati
Yang tidak dipakai, warnanya mulai pudar
Mereka mngubati kesedihan yang sukar untuk hilang
Dan di dada kematiannya semakin dekat
DIa adalah yang mulia, pemimpin dan terpilih
Untuk kebenaran, agamanya telah bersatu
Bagaimana kehidupanku setelah kepergian Rasul
Dan ketika kematian semakin dekat...
‘Atikah binti Zaid hidup dengan penuh zuhud sepanjang kekhalifahan rasyidah. Dan pada tahun 40H, ‘Atikah binti Zaid meninggal dunia menuju ke penciptanya...
No comments:
Post a Comment