Tuesday, August 25, 2009

permainan CINTA



PERSOALAN PERTAMA:
pernahkah kamu berCINTA?

BILA DI LAMUN CINTA...
apa yang kamu selalu lakukan?

bagaimana hatimu?
bagaimana jiwamu?
bagaimana perasaanmu?

adakah kamu malu tiap kali bertemu si DIA?
adakah lidahmu menjadi kelu tiap kali berhadapan dgn si DIA?
adakah jantungmu berdegup kencang acap kali teringatkan DIA?


ADAKAH KAMU sering TERBAYANG-BAYANG SI DIA?
ADAKAH KAMU sering MENYEBUT NAMA si DIA?


jika kamu mahu berjumpa di DIA?
APA YANG KAMU SELALU LAKUKAN pula?

adakah kamu berpakaian sehabis bersih?
menghias sehabis cantik, kalah bidadari syurga?
adakah kamu berwangi-wangian seharum kasturi?



..........





PERSOALAN KEDUA.

2) PERNAHKAH KAMU PUTUS CINTA atau MERASAKAN DITINGGALKAN kekasihmu?

bila jadi begini...
apa yang kamu lakukan?

adakah kamu menangis?
adakah kamu bersedih?
adakah kamu berdoa tak putus mengharapkan si DIA kembali padamu?

ADAKAH KAMU MENCARI SEBAB PUTUS CINTA itu?
ADAKAH KAMU MENCARI SEBAB SI DIA MARAH?
ADAKAH KAMU MENCARI SEBAB SI DIA MERAJUK? BERKECIL HATI?

adakah kamu meminta maaf pada si DIA?
adakah kamu berjanji pada si DIA yang kamu tak kan mengulangi lagi perbuatanmu?

ADAKAH..DAN ADAKAH.........

........

JAWAPAN:

bercintalah dengan ALLAH.
kekasih kamu adalah ALLAH yang ESA. tiada dua, tiada tiga.

andai kamu bersetuju DENGAN persoalan-persoalan di atas,
maka itu tandanya...kamu sudah atau pernah merasai panahan cinta.

awas....!
halakan cintamu BIAR TEPAT, KENA.

jangan SALAH menyapa CINTA.
jangan SALAH memberi CINTA.
jangan SALAH berkongsi CINTA.

cinta kamu, PADA ALLAH sahaja!

.......

orang mukmin itu hatinya sentiasa mencintai ALLAH.

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar-Raad : 28).

“Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2).

.........


Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tak berbalas.

Itulah sebabnya hati orang mukmin menjadi RISAU, SEDIH jika cinta xberbalas,
lalu,
hati mereka sentiasa berkata-kata:

“Maafkan daku, ya RABB”
'ampuni daku, ya Rahman"
“Jangan tinggalkan daku, tolonglah.....!!!”
"sayangilah aku, YA ALLAH"


........


wallahualam.

Dan Kami tidaklah menganiaya mereka tetapi merekalah yang Menganiaya diri mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfaat sedikitpun, kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah, di waktu azab Tuhanmu datang. Dan sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka.
(Hud 100-101).


No comments: