Tuesday, September 1, 2009

Mimpi Atiqah



istanbul....
dan masjid itu...

aku bermimpi menjejak ke sana...
keagungan kota masjid yang menggetarkan jiwa.
ku terdengar sayup di kejauhan alunan syahdu para huffaz...
alunan zikrullah menggesek di hujung telinga.

adakah ini sekadar mimpi di siang hari?

kerana kini..
kota itu segalanya....
sudah berubah.
tidak seperti dahulunya lagi...
ketika ianya gemilang!

oh,
masihkan punya ruang dan kesempatan untuk ketemui apa yang ku cari di kota masjid itu?

..............


aku menerobos lagi, ke sisi ruang mimpiku...

samar-samar...
di kota ini....



JORDAN...di bandar ammman..
ku lihat kelibat seorang teman melambai-lambai tangan penuh mesra..




kemudian,
kami bersiar-siar menunggang unta..

die, temanku..
tanpa henti menceritakan sejarah negara islam itu..
serta kehidupan para anbiya' terdahulu..

terus bibirnya lancang berbicara tentang jejak bukti kedurhakaan KAUM-KAUM ISRAEL terdahulu

sampailah kami pada sebuah lautan..
"the DEAD SEA"



.......

KEMBALI KE ALAM REALITI.

MASIH MENGHITUNG-HITUNG TENTANG MIMPI-MIMPI ITU.


.......

yang pasti, aku nekad mahu kesana!!!

mimpi itu bukan sekadar ilusi.
tapi bakal menjadi realiti.

AKU HARUS MENCARI RAHSIA DI SEBALIK "RASA" ini

insyaALLAH.

No comments: