Astaghfirullahal 'aziim..
la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyul 'azzim.
Seorang teman, dekat di hati bertanya....
"tqa, apa azam tahun baru tqa??
curios nak tahu..share lah tqa..."
........
pastinya..tiap orang punya harapan hidup masing-masing.
SUDAH tentu sekali. begitu juga dengan diri tqa..
bagi tqa...
tqa melihat sejarah hari-hari semalam..
lalu menghitung diri..
dimana kekurangan yang perlu dibaiki..
pastinya..
tqa mahu menjadi baik, dan semakin memBAIK hari demi hari.
insyaallah..
......
mahu TAHU apa kemahuan tqa tahun hijrah ini?
YANG PERTAMA: Meraih AL MUFARRIDUN
apa tu, tqa??
"Dari pada Abu Hurairah RA. berkata ia :
Telah bersabda Rasulullah SAW : Terlebih dahulu maju (menanglah) pada AL- MUFARRIDUN.
Sahut para sahabat :
Siapakah Al Mufarridun itu ya Rasullah ?.
Rasulullah SAW menjawab : mereka itu ialah orang-orang yang membanyakkan (selalu berdzikir ) ingat akan ALLAH, baik laki-laki atau perempuan."
(HR. Imam Muslim).
jadi...
tqa mahu baiki amalan tqa sebagai hamba RABB..
ah..mudah kan mulut berbicara?
tapi hakikatnya..PAYAH untuk diamalkan.
tqa, tangan yang menulis lagi dekat dari mata yang melihat..sila sedar diri!
........
argh..
hari-hari musim PANAS di AUCKLAND ni memang meruntun segenap penjuru jiwa.
maksiat dan dosa datang seperti peluru APACHE
sukar untuk untuk diTEPIS sang hati.
hurm..
masih berbaki 2 bulan untuk berakhir cuti disini..
BOSAN??
sudah tentu lah...kerana AUCKLAND university senyap sunyi..
dan di apartment yang tqa tinggal ni..hanya ada 3 org pelajar malaysia yang tak pulang ke tanah air...
nah..apa lah yang tqa buat kan di AUCKLAND ni?
futhur?
memang akan futhur jika masa tak diisi dengan baik.
sebelum jahiliyyah mendekatkan diri pada tqa,
LEBIH BAIK tqa larikan diri dulu dari JAHILIYYAH..
takut di "NGAP" tanpa sedar
SANG KAMBING YANG BAKAL DIBAHAM JIKA BERSEORANGAN???
dengan ini...
RASULALLAH SAW pesan..cari jamaah muslim dan bersamalah dengan mereka.
alhamdulillah,
usrah masih berjalan disini tiap minggu..
daoroh juga ada tiap dua minggu..
jaulah fruit picking strawbery akan bermula hujung minggu ni..
maka..terisilah masa libur yang ada.
alhamdulillah..
adik2 at toriq di canada dan malaysia juga meminta tqa sharing2 di paltalk.
setakat sekarang..
daoroh ONLINE 5 siri akan bermula esok malam waktu AUCKLAND.
anyone else yang nak MEMBERI tqa "KERJA",
sila- silakan..I NEED A JOB. really!
YA ALLAH..
terima kasih kerana membuatkan masa tqa terisi dengan ZIKIR kepadamu.
*zikir itu dalam bahasa yang tqa fahami bermaksud "ingat"
jadi apa2 sahaja yang membuat tqa ingat kepada ALLAH..
dikira sebagai zikir..
zikir yang mudah difahami tentu sekali istighfar, tasbih, takbir, tahmid dan tahlil.
insyaallah.
ini yang tqa kurang..teramat kurang.
jadi azam tqa.....MERAIH ZIKIR HATI :)
.............
YANG KEDUA: Mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ISTERI.
weeekk...geli?
ISTERI??
hakikat..oh la hakikat..
ISTERI??
hakikat..oh la hakikat..
hhehe..tqa juga geli bila membaca statement di atas.
tapi..
minggu lepas...sewaktu berbicara "sufi" dengan nabihah..
tqa tersentuh RASA.
Kata Bihah (lebih kurang maksudnya):
" tqa dah dewasa..tak lama lagi tqa bakal disunting..kan?tqa jangan ingat perkahwinan ini sesuatu yang mudah, tqa! ianya memerlukan persediaan dari segala sudut. PERSEDIAAN itu mengambil masa, bukan sehari dua.
tengok diri tqa sekarang...manja...kurang matang...
bagaimana layak nak jadi isteri orang ni...
macamnana kalau jodoh tqa.. tqa kahwin tahun depan? dah sedia??"
"bihah..matang itu SUBJEKTIF..?
sedia ke belum eh???
tak tahu..kalo xnak pk xpe kan??"
pappp..
bihah menampar bahuku..
hahahha...kami ketawa bersama.
naaah..ketawa-ketawa juga.
tapi maksud bihah itu BERBEKAS DI HATI.
sungguh pun tqa penat meyakinkan diri sendiri yang tqa sudah matang..
mungkin hakikatnya belum lagi.huhu..sedih sekali!
betul.
PERSEDIAAN itu PERLU.
kata bihah lagi..
" tqa harus memulai dari sekarang...
banyakkan baca buku tentang baitul muslim (Perkahwinan), tentang bagaimana menjadi isteri solehah..bla bla bla..."
"bihah..pelu ke baca??? geli laaaa..."
"aishh..budak ni......cubit kang!"
baca la...tambahkan pengetahuan.. jadikan persediaan dan BERUBAH, BAIKI apa yang masih kurang dan tqa tak tahu.."
"huhu...payah nyer kahwin ni bihah.."
"memang payah, tqa...sebab syurga nanti di bawah kaki suami"
tqa terdiam. berfikir.
Rasulullah SAW telah banyak kali menegaskan di sepanjang kehidupan Baginda.
Antaranya sabda Baginda yang bermaksud :
“ Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.”
( Riwayat Abu Daud dan al Hakim )
............
“Jagalah auratmu, kecuali dari (penglihatan) suamimu”
Kemudian Baginda ditanya pula,
“Bagaimana apabila seorang perempuan bersama dengan sesama kaum perempuan ?”
Maka Baginda menjawab,
“Apabila engkau mampu untuk tidak menampakkan aurat kepada sesiapapun maka janganlah kau nampakkan kepada sesiapapun.”
Lalu Baginda ditanya lagi,
“Bagaimana pula apabila salah seorang dari kami (kaum perempuan) sedang bersendirian ?”
Maka Baginda menjawab,
“Engkau lebih harus merasa malu kepada Allah daripada kepada sesama manusia.”
( Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya dengan sanad hasan, lihat Fiqhu Sunnah lin Nisaa’, halaman 381).
Dan firmanNya lagi yang bermaksud :
"Katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada ALLAH SWT, wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung."
( Surah An-Nur ayat 31)
...................
YANG KETIGA: banyakkan berfikir masalah UMAT lohh!
Dari Abu Dzar Al-Ghiffari, Rasulullah SAW bersabda;
"Barangsiapa bangun pagi hari dan hanya perhatikan masalah dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah. Barangsiapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin yang lain, maka mereka tidak termasuk golonganku."
dush!!!
hidup tqa untuk diri tqa, dunia tqa atau untuk mad'u tqa? untuk umat islam?
astaghfiruallahal 'aaziim
....
"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"
"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"
"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"
[Syed Qutb]
1 comment:
Salam dear~
oo,ni kes pakse-rela coment neh.hehehe;p
xdela,redha-rela(^-^)
Atiqah,
Lain org,lain ujiannya..
ade yg kurang ekonomi,diuji dengan jemputan infaq harta time dorg sempit sgt2..
ade yg kurang ilmu pulak,takde angin,takde ribut dia didatangi non-muslim n ditujah pula dgn soalan2 yg menggugat keimanan..
ade jugak org yg kurang kekuatan emosinya,sengaja Allah uji dia dengan peristiwa yg menggugat emosinya..
semua ini tarbiyah drpd Allah,alhamdulillah(^-^)
sbb Allah tahu kita kurang part 2lah Allah tarbiyah part yg kurang tu jugak..supaya kita telah bersiap sedia dgn ujian yg same/lebey besar lg pd mase mendatang..kalau duduk hepi sahaja,bukan improvement namanya kan?
"Allah tak menguji hambaNya dgn sesuatu yg dia tak mampu."
Siapa kata Tiqah tak mampu,jauh dlm diri Tiqah tu,ade kekuatan yg mengatakan Tiqah mampu..cuma tak ter"activate" lg.Ini lah yang Allah nak "activate" kekuatan Tiqah ni...InsyaAllah~
kerana ketentuanNya jugaklah Atiqah ade kat Auckland neh,duduk dlm Al-Ansar ngan sorg budak comey(kiki) n kotak2.
jd,mengapa bersedih?
sorg muslim itu,
xbersedih dan xberdukacita
xjuga resah, jua tidak gelisah..
jika ada kekurangan,
bersegera baiki!!
jika iman digetarkan,
jadikkan kekuatan pd anak tgga ke2 tu sbgi sandaran~
[insyaAllah,at least diri ini sedia mendengar(^-^)]
p/s:ha,dengo kate2 biha tuh.hehe..
manje2 jugak,tggjwb tggjwb jugak k(^-^) semoga dipermudahkan urusan menimba ilmu,mempersiapkn diri dan mmenabur bakti pd ummat dlm ingatan sentiasa dekat denganNya..ameen~
Post a Comment