Wednesday, December 16, 2009

JEPUN: episod 4



Pada malam 23hb, tqa meneruskan perjalanan pula ke IWATE, di kawasan UTARA pulau besar JEPUN.. perjalanan ke IWATE mengambil masa 8 jam dari tokyo menaiki bas.namun, tqa dan beberapa sisters IWATE (nik, kak a'a dan kak mah)terlepas bas kerana kami sampai lewat 2 minit di tempat perhentian bas TOKYO STATION. jadi, kami harus membeli tiket bas yang baru..hehe.

Apa yang menarik tentang IWATE?
yang menarik ialah perkongsian perjalanan hidup bersama nik, kak mah dan kak a'a..

Setiap orang tentu punya lakaran hidup tersendiri..
ada kisah bahagia,
dan ada kisah duka..
itulah sejarah manusia.

yang bahagia pasti datang,
tapi mungkin..entahkan bila..
yang duka...
selalu menjengah tanpa diundang..

jadi,
bila dihitung-hitung hakikat diri..
isi hati ada manis, masam, masin dan pahit..
semua tu...penambah selera bermakna kehidupan.

segala yang baik atau buruk bagi kita,
itulah yang TERBAIK yang ALLAH sudah takdirkan untuk kita..

manusia yang tidak bersyukur,
pantas membanding-bandingkan nikmat kehidupan diri dengan manusia lain yang lebih SEMPURNA...
ahh, usah begitu, kerana semua ini bakal bawa bahana..
nanti-nanti akan bersu'u zhon dengan ALLAH..
sedang hidup...harus lapang dengan bersangka baik pada semua pemberian ALLAH.

.................


Aidiladha di negeri SAKURA


"Tqa mahukan baby jugak...tapi tqa tahu..tqa belum layak untuk itu"
"ALLAH akan memberi sesuatu apabila tqa sudah mampu..
sebab ALLAH tahu masa yang terbaik untuk tqa..."
"lagi pula,semua ni hanyalah salah satu nikmat dari banyaknya nikmat2 ALLAH yang lain yang harus tqa syukuri..."

..............

hehe, asyik befikr tentang baby je...
tapi kahwinnya belum :)
aishh..rasanya...
mungkin FITRAH setiap gadis akan mudah tersentuh melihat bayi kan?
sebab ALLAH memuliakan wanita dengan memberi anugerah sebuah RAHIM yang SUCI.
jadi,
bakal ibu harus menjaga kesucian diri.....
agar anak-anak yang bakal lahir dari rahimmu bakal menjadi anak-anak suci bersih.
insyaALLAH.

........

hehe, kenapa datangnya AIDILADHA di JEPUN..
soal baby yang diutarakan..sebabnya, di masjid oosuka, dan hiroo tqa jumpa ramai anak-anak kecil yang dibawa oleh ibu bapa mereka ke sana..
ramainya dari kalangan MUSLIM NIHONJI ..
muslim JEPUN..
terserla cahaya NUR kesolehah pada anak-anak itu..
subhanaALLAH..
tqa membayangkan saja,
bagaimana ya mahu membesarkan anak-anak di negara sibuk seperti Jepun  ini..
ditambah pula keadaan masyarakat ISLAM disini terlalu minoriti jika mahu dibandingkan dengan new zealand, australia dan negara-negara lain yang tqa lawati..

tekanan kerja di JEPUN..
budaya hidup yang menyesakkan mata dan hati..
membuat tqa kagum pada masyarakat muslim JEPUN..
dan apabila melihat mereka membesarkan anak-anak..
subhanaALLAH...
masih terjaga ISLAM.

andai jadi seorang ibu,
mahu seperti ibu nihonji laaa....
hehehe.
insyaALLAH.





2 comments:

FabulouswithAs said...

tak tau nape..rase terharu tgk org islam jepun...

Wan Nurul Atiqah said...

memang sangat2 trharu, kak..huhu :)