"Bebas, bebaskan dirimu..."
"Jelajahi Indonesiamu yang luas, Jengkali Afrika yang eksotis...Jelajahi Eropah yang megah..."
"Bermimpi..bermimpilah...maka TUHAN akan memeluk mimpi-mimpimu...."
(Adaptasi dari novel Sang Pemimpi)
..................
novel sang pemimpi ni, sahabat tqa, Karina yang perkenalkan sewaktu tqa ziarahi rumahnya..
"Kak, karin punya semua himpunan buku ANDREA lo kak..akak mau ngak bacain novel sang pemimpi..? bagus bangat novelnya kak..sambungan dari filem laskar pelangi yang akak sudah nonton itu.."
"wah.....mau2...
makacih ya rin..boleh juga akak baca.."
"sang pemimpi itu novel motivasi, tentang impian"
kami berdua tersenyum.
..........
Tqa dan karin, sebenarnya baru 2 minggu berkenalan, dan hubungan kami bertambah akrab sejak dia menjaga tqa sewaktu tqa sakit tempoh hari..mujur ada jiran baru yang baik..alhamdulillah :)
malam tu, seusai solat isya, tqa rasa seperti mahu muntah dan sakit kepala teramat2. tqa berlari ke bilik syira untuk minta carikan panadol dan temani tqa, sbb risau2 worst case happend, tp syira tidur awal malam tu..
jadi, terus tqa larian ke rumah sebelah..Karin ketika itu masih dalam telekung...boleh jadi dia baru selesai solat isya' juga.. melihatkan keadaan tqa yang sudah terhuyung hayang sambil memicit2 kepala, dia membawa tqa ke biliknya dan meminta tqa berbaring di situ.
Tqa terlena untuk beberapa ketika. Sedar saja...Karin mengejutkan tqa. Di tangannya, ada semangkuk bubur dan dengan lemah lembut dia menyuap bubur itu sampai habis....kemudian, barulah dia mncari panadol untuk tqa....huhu..
alhamdulillah,
syukur pada ALLAH..sebab karin bukan saja menyediakan panadol, malah dia sudi memicit kepala tqa dengan minyak angin kayu puteh khas dari jakarta..
"aduhh, memang enak bangat sih..kena picitan gadis pulau indonesia..."
.........
Setelah tqa "membedah" novel tu,
tqa boleh katakan bahawa sang pemimpi ini layak menjadi novel motivasi.
kisah mengenai 3 orang sahabat sejati...
juga tentang dedikasi seorang guru bernama Balia yang menjadi sumber inspirasi bagi 3 orang sahabat ini.. Ikal, Arai dan Jimbron. Kelas Balia membawa anak-anak ini pada keajaiban ilmu pengetahuan dan luasnya kehidupan, Tempat yang memberi nafas bagi tiga sahabat ini untuk keluar dari tekanan hidup yang menimpa mereka. Balia membarakan semangat mereka untuk menjelajahi dunia Eropah dan kawasan lain di dunia untuk mengerti makna kehidupan.
3 sahabat ini tadi bukan saja punya masalah dengan DUNIA persekolahan yang menyesakkan..
malah kesusahan hidup yang menhimpit, juga PROBLEMATIKA cinta, satu hal yang tak berjaya mereka hindari dalam kehidupan remaja.
namun,
Kebimbangan Ikal tentang hidup dan masa depan..membuatnya patah arang dan berusaha menghapus impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke Eropah bersama Arai. Ikal yang dulu seolah memiliki semangat baru, menjadi Ikal yang tenggelam dalam keputusasaan.. Dia telah dan mensia-siakan semua harapan si ayah.
Rasa bersalah terhadap si ayah membuat Ikal bangkit, dan para pemimpi pun kembali berlari bersama. Mereka menyimpul satu persatu kesulitan hidup untuk mencapai mimpi-mimpi mereka.
novel tentang Cita-cita, Harapan, dan Cinta.
..............
menurut Karin, novel ini sedang difilemkan..
waaah, tak sabar menunggu di you tube..hehe..
kita nonton brsama nanti ye, insyaallah :)
(GAMBAR: Novel sang pemimpi milik karina + cincin tqa (hadiah dari seseorang) hehehe )
4 comments:
salam tqa.. bestnya kalau dapat nonton bersama ya~ urm.. cincin kita rupanya sama.. :")
wslm..ye eh..alamak, masa g khusyu haritu xperasan lak cincin kite serupa bentuknye..
maka, menambah lagilah persamaan kite ye tkah..huu :)
tqa, daoakn kite ye...miss you. dtg la auckland :)
salam ziarah~
siri laskar pelangi yg sgt best..:)
wslm najihah: betul2, sang pemimpi adalah siri laskar pelangi yang memang best..just ianya melibatkan kisah remaja dan persoalan cinta sedikit..hehe
Post a Comment