Wednesday, December 23, 2009

aku hanya HAMBA.


PERNAH kah kamu melakukan kesalahan?
kesalahan yang kamu sedari? atau yang tak pernah kamu sedari?
pernahkah?

pernahkah sahabat kamu berkecil hati dengan kamu?
berkecil hati dengan kata-kata kamu?
berkecil hati dengan mimik muka kamu?
dengan perlakuan kamu?
dengan tulisan kamu?
tulisan di ym? facebook? email? atau blog?
pernahkah?

tepuk dada, jawablah pada hati.
HATI MASING-MASING.

pernahkah kamu memohon taubat pada ALLAH..
PERNAHKAH kamu meminta maaf pada sahabat kamu?
pernahkah kamu berjanji pada dia dan ALLAH bahawa kamu takkan ulangi kesalahan kamu?
namun adakah kamu mengulangi kesalahan sama?
naahh..tumbuklah dada.

kesalahan pada ALLAH...
KAMU ULANG-ULANGI..

itu tabiat kamu kan??
wahai manusia?
sampailah kamu taubat nasuha.

jadi..
mana mungkin kamu akui yang kamu tak pernah lakukan kesalahan pada manusia??
mana mungkin!!
jika dengan ALLAH saja mungkin..BOHONGlah jika tak dengan manusia.
sebaik-baik kamu pun, kamu bukan maksum.
ingat tu!

RASULALLAH saw yang MAKSUM..
selalu meyakinkan KITA bahawa ALLAH itu pengampun..
baca baik-baik..."PENGAMPUN!"

ingat kan kisah perempuan penzina yang ALLAH telah ampunkan dosanya kerana dia berterus terang dengan RASULALLAH dan menerima hukuman rejam. ingat kan???

ingat kah kisah KAAB BIN MALIK yang beralasan untuk tidak keluar ke medan perang, lalu satu madinah memboikot beliau dan 3 orang lagi sahabat? lantas kerana mereka menyatakan kejujuran dan kekesalan taubat mereka, maka ALLAH ampunkan lalu hapuskan perintah pengasingan itu. ingat kan?

maka..
pantaskah kamu berterus terang dengan ALLAH akan dosa-dosa kamu?
dan bertaubat agar ALLAH mensucikan diri kamu agar putih bersih?

RASULALLAH yang MAKSUM juga..
memaafkan dosa-dosa umatnya..
tak pernah baginda berdendam dan menyalakan atau menyemarakkan api permusuhan.
tak pernah.

hilangkan syak wasangka sesama manusia..
ingat kah kamu?
RASULLALLAH SAW bersabda bahawa:
"serendah-rendah tahapan ukhuwwah adalah BERLAPANG DADA sesama manusia" 

naah..pasti kamu berkata begini..
"Bagaimana tu nak berlapang dada? die dah OVER!!!"
ingatlah...
yang bilamana kamu merasakan seseorang BERSALAH padamu..
PUJUKLAH hati masing-masing dengan berkata 

"dia juga manusia, dan aku juga manusia"

"hari ini dia melakukan kesalahan ini.. 
mungkin juga aku pernah melakukan kesalahan sama pada dia atau pada orang lain..jadi ALLAH nak mendidik aku dan dia bersama-sama..kan ALLAH xjadikan sesuatu itu sia-sia..apa yang buruk bagi aku..mungkin itulah yang BAIK bagi ALLAH..ALLAH tahu sedang aku tak tahu kan??"

"arrhh...mungkin saja dia tak sedar akan kesalahannya..jadi apa guna aku membisu dan bersedih seorang diri..lebih baik berterus terang saja..BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH".

"jangan MERAJUK...hati cekal la sikit..huhu..ingat kan hadis RASULLAH SAW yang lebih kurang gini ..."orang yang merajuk selama 3 hari kerana nafsu, maka tak akan dapat cium bau syurga.." astaghfirullah...."



mood: sedih.

7 comments:

Soul Ihya' Yakuza said...

salam..bagus betul entri ni..mampu mengajak kita muhasabah diri..syukrallaki...(^_^)

Wan Nurul Atiqah said...

to soul:

waalaikumsalam wbkh.
jazakaallah khair atas sokongan.
moga2 sama2 kita ambil IBRAH.. tiap apa yg berlaku adalah catatan HATI tqa.. SUNGGUH BERAT MATA MEMANDANG, lagi BERAT BAHU YANG MEMIKUL..moga2 ALLAH meringankan masalah yang ditanggung, ameen.

seorang musafir said...

ameen~(^-^)

nsmujahidahnmnor said...

huhu..nape ni tqa?? ade merajuk ngn kawan ea??

Wan Nurul Atiqah said...

to syira:

aishh..roomateku yang comel ni... huu, terharu syiro mengaminkan doa tqa..macam tau2 je eh? syira...tqa sayang kamu :)

to nik:

merajuk dengan kawan? aish..heheh.. no comment la akk, sbb banyak hal yang ALLAH uji tqa akhir2 ni..ALLAH knows, betul x syiro selaku roomateku yg dekat dimata? huu..

seorang musafir said...

nah2 tisu,kesat air mate tu;)
syg tqa juge~(^-^)

Wan Nurul Atiqah said...

huuu, syiro tau ke malam tu tqa nangies sampai mata bengkak tu? adesss..malunyer.
jazakillah khair.
tapi skrg, air mata dah kering laaa..huu