Tuesday, December 15, 2009

JEPUN: episod 3

 

Niigata JEPUN
21 november 2009

alhamdulillah, kami selamat sampai di niigata yang kira-kira 5 jam perjalanan dari tokyo..
kawasan niigata ni boleh tqa katakan sebagai agak terpencil dan pedalaman..dan dipenuhi dengan bukit bukau juga hutan-hutan yang bewarna-warni..

ermm, kenapa bewarna warni?
sebabnya, sekarang ni musim luruh...jadi pokok2 disini ada yang bewarna merah, kuning, hijau dan coklat..subhanaALLAH..memang cantik sungguh...............
ditambah pula dengan tompokan salji di gunung-gunung yang memukau pandangan mata...
tak tergambar indahnya..

pasa asalnya,
tqa hanya menyangka bahawa JEPUN ini taklah secantik mana,
jika mahu dibandingkan dengan new zealand..
tapi......
segalanya-galanya berlainan dan berubah disini..

JEPUN ni ada segala-galanya.

 di episod2 lain, tqa akan ceritakan lebih lanjut apa yang tqa temui sepanjang dua minggu berjalan-jalan di seluruh jepun..insyaALLAH.







suasana niigata sungguhlah nyaman dan sejuk..
kepulan-kepulan ais/ "yuki" menghiasi dada tanah di kawasan ini..

namun,
kesejukan persekitaran tak memungkinkan sejuknya jiwa-jiwa peserta yang hadir..
rata-rata peserta sungguh mekar menyala-nyala jiwa dan semangat..
andai semangat mereka boleh dicerobos oleh pancaindera kurniaan tuhan,
waah..tentu sekali...
takkan terasa suhu sejuk kawasan NIIGATA.

kan??

...........

tema autumn gathering kali ni,
menyentuh perihal SYAHADATUL HAQ yakni penyaksian terhadap kebenaran..
kebenaran AL HAQ yang harus diperlihatkan dan diperkatakan oleh semua ummat MUHAMMAD SAW.
AL HAQ ialah.. KALIMAH TOYYIBAH..
"ashaduallah illa hailla ALLAH..wa ashaduanna muhammad rasullaallah.."
yakni..

"aku bersaksi bahawa tiadanya "ILAH" melainkan ALLAH..dan aku bersaksi bahawa muhammad itu pesuruhnya ALLAH"

tapi apa yang menyedihkan...
ramai "muslim" tidak memahami MAKSUD MENDALAM  kalimah ini..lantas tak faham apa yang dituntut dari kalimah ini..

naaah,
disinilah KUPASAN TERPERINCI yang diMAKNAkan dalam AUTUMN GATHERING kali ini..


...

apabila kita dengan mudah melafazkan aku bersaksi bahawa tiadanya ILAH selain ALLAH..
adakah benar tiada ILAH lain di hati kita, melainkan... hanyasanya ALLAH swt?

............

ILAH ini bermakna sembahan, tumpuan kecintaan/ kesetiaan, tumpuan pengharapan, tempat penggantungan/pemeliharaan.

haa, bagaimana kita melafazkan yang tiada ILAH selain ALLAH,
jika tumpuan  segala tumpuan kita terturas pada DUNIA?

mungkin saja hidup ni menumpu pada study, exam, kerjaya..

mungkin saja hidup ni merongga hanya pada satu ruang di hati iaitu..kekasih? boyfriend? girlfriend? tunang? suami? isteri? ibu? ayah?

INGATLAH..INGAT...

"(diperintahkan Dengan Yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan ia tidak menjadikan isteri-isteri Yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala Yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) Yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu Dengan mulut kamu sahaja. dan (ingatlah) Allah menerangkan Yang benar dan Dia lah jua Yang memimpin ke jalan Yang betul..." ( AL-AHZAAB: 4)
atau...
mungkin saja hidup ini hanya bergantungan pada parents/ lecturer/ bestfriend jika diamuk masalah bertalu-talu..ujian bertimpa-timpa menghempap dada...

KITA..
mencari ALLAH dahulu atau ibubapa?
mencari ALLAH dahulu atau kawan rapat untuk berkongsi rasa?
mencari ALLAH dahulu, atau lecturer/tutor untuk menyelesaikan persoalan?
erm..tepuk dada tanyalah hati...!


dimana ALLAH sebagai ILAH kita????

.................

sebab itulah kalimah syahadah/ alhaq ni..
begitu BESAR DAN MENDALAM MAKSUDNYA..
patutlah...
ramai orang-orang kafir quraisy xnak brsaksikan kalimah ini..
sebab mereka tahu,
once mereka melafazkan di depan RASULALLAH SAW,
bermakna HARUS dibuat..bukan meniti kata dibibir saja..
...

sebab mereka-mereka yang terdahulu faham akan kalimah ini..
maka itulah amalan mereka..
 ...........

bagi sahabat-sahabat RASULALLAH saw serta golongan tabiin dan tabi' tabiin,
mereka juga menghayati kalimah ini..
lalu fahamlah mereka bahawa..
kalimah ini harus dipraktikkan dalam seluruh KEHIDUPAN,
SETIAP DETIK DALAM HENYUTAN NADI,HEMBUSAN NAFAS.

.........

justeru,
bersama dengan kefahaman  pada kalimah ini,

mereka melaksanakan amanah sebagai khalifah ALLAH dimuka bumi..
setiap orang pun berlumba-lumba menjadi khalifah terbaik iaitu dengan berusaha menyebarkan islam di muka bumi ini...hinggalah islam berada di puncak ustaziatul alam/ tamadun..



kita ungkapi sirah dan sejarah lama..
islam bermula dengan seorang..
dan semakin ramai..
ramai dan meramai sehingga sekarang..
kerana adanya usaha generasi RABBANI terdahulu..

namun..
jika ISLAM sampai kepada KITA..
dan kita hanya mendiamkan diri..tak berbuat apa-apa..
malah tak mengajak orang ramai KEMBALI kepada landasan ISLAM sebenar..
bagaimana nasib ISLAM nnt?
maka...kita akan dipertanggunjawabkan di akhirat kelak..
sebagai..

"PENYEMBUNYI ALHAQ"

Rasullah SAW akan menjadi saksi bahawa kita tak pernah melaksanakan amanah ini..
dan umat kita...teman2/ sahabt handai/ adik beradik kita..
akan menjadi SAKSI yang kita tak menyembunyikan ISLAM yang sebenar..
NAUZUBILLAHI MINZALIK..


................


takut,
tak yakin?
harus sampai BILA???

HARUS SAMPAI BILAAA????????????

amanah tetap amanah kan?
sebab ALLAH bukan jadikan kita SIA-SIA je di muka bumi ni..

tapi tentu ada sebab penciptaan kan?
takkanlah ALLAH just jadikan kita sebagai seorang pelajar?
takkk...
pelajar itu hanya ALAT untuk KITA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBENAR..
sebagai hamba ALLAH dan juga..khalifah ALLAH..\
membuat amar maa'ruff..nahi mungkar..

...........


(aduhaaaii, khusyuknya cik tqa bercakap....)

bak kata imam GHAZALI..

hidup ini ibarat sebuah pelayaran menuju ke satu pelabuhan yang pasti..tapi dalam pelayaran menaiki kapal itu..kapal akan singgah di sebuah tempat persinggahan..disitu, orang2 dalam kapal pun turun.. ada yang bersuka ria, ada yang
tak berbuat apa-apa tapi ada pula golongan yang bersungguh2 mencari makanan dan membuat persiapan sebelum kapal berangkat..

Imam Ghazali lantas menyambung..
tempat persinggahan itulah DUNIA..
bila sampai masa,
siren kapal akan berbunyi...
untuk meneruskan perjalanan ke tempat pelabuhan PASTI iaitu NEGERI AKHIRAT..
maka beruntunglah orang-orang yang mempersiapkan diri mereka dan membawa bekalan menuju ke sana..

wallahualam...

.................

dan KITA bagaimana?
bagaimana nasib kita?

tika orang lain sibuk menyiapkan diri..
kita?
masih tertipu dengan dunia yang sementara ke?
wallahualam.


................

.........and it will come for SURE............

 ......the death and al qiyaamaah......

(lagu tema)



  (kenangan bersama-sama kohai-kohai yang comel)

 

selamat tinggal NIIGATA............!!!!!!

MySpace
KENANGAN DI SANA ( CLICK HERE)


2 comments:

kak diyana said...

mata kite ne,tqa chan(dtb lg ye,tqa)

Wan Nurul Atiqah said...

huuu..kak dyana...i miss japan so2 muchhhhh..