Friday, November 13, 2009

SEBENTUK CINCIN





" Kak Wa,  jom tengok cincin kat situ jap"
 
"Cincin tu...cincin tu..... cantik kan, kak Wa?"

*************

Hati sendiri, menangis.
cincin tadi...kat kedai tadi...
mana tahu, boleh ganti cincin lama tqa yang hilang tu...

dulu xsedih pun masa hilang, boleh je  jadi gembira...
tapi kenapa sejak akhir-akhir ni rasa sedih teramat..
macammana ya nak cerita kat mak yang cincin tu dah hilang?
nanti mak marah tqa..
aaa....salah tqa, tqa kena berani la berterus terang.

********

tqa kena "walk your talk" la!
nnt kang, ALLAH marah...
mcam dalam surah AS-SAAF tu.. ALLAH BENCI orang yang tak buat ape yang dilafazkan..

tadi kan,
tqa baru  nasihat adik2 dalam sitting ABRAR..

"kalau hilang barang tu, hilang something or somebody,
jangan sedih-sedih..relax je....COOL je..
sebab selalunya ALLAH uji dengan perkara yang kita lemah dan sering risaukan...
mungkin kite terlalu risau akan sesuatu perkara, jadi sebab itulah ALLAH uji.."

"ada orang ALLAH uji dengan material, mungkin dia "kurang" dari sudut itu...."

"ada orang ALLAH uji dengan pelajaran, mungkin kerana dia terlalu risau dan fikirkan lebih sangat tentang study tu"

"ada orang juga, ALLAH uji dengan lelaki, mungkin sebab die terlalu lemah hati dengan lelaki, atau terlalu fikir dan risaukan tentang lelaki..jadi ALLAH uji"

"jadi, kite semua kna ingat yang ALLAH uji seseorang itu, atas tiap kekurangan kita, sbb ALLAH TAHU apa yang kita tak tahu..ALLAH  kan AL'ALIM..mesti ALLAH tahu apa yang terbaik kan?"


"selalu kita rasa yang buruk itu BURUK..tapi bagi ALLAH..mungkin yang buruk itulah BAIK, sebab LOGIK manusia manakan sama dengan LOGIKNYA ALLAH..."

"Manusia, fikirannya begini.. cetek... logiknya begini..xrasional kadang-kadang tu,
tapi ALLAH lain sangat.."

*********

aah, tqa..kuatlah HATI...

semua ini kan tarbiyyah ALLAH jua..
mana tahu, ALLAH hilangkan cincin bertakhta permata putih itu...
sebab ALLAH nak gantikan dengan cincin yang baru...

cincin yang lebih baik dan cantik dari cincin lama itu..

aah, mungkin ALLAH xsuka tqa pakai cincin lama tu kan....jadi, ALLAH hilangkan cincin tu...
sabarlah...nanti ALLAH kasi cincin baru, ok?
kna husnu zhon ni dengan ALLAH..
mana boleh sedih2 gini...nnt kufur nikmat..

banyak je nikmat lain ALLAH kasi,
takkan la hilang satu nikmat dunia berupa sebentuk cincin tqa nak menangis gini..

ape ni...jangan lemah la tqa. kuat!

huu..huu..


MySpace

igfirly ya Rabbal 'ngalamin..

*********
MySpace

RasulALLAH SAW kan..
bila sedih..
Baginda cakap kat Bilal bin Rabah,
" Wahai Bilal, tenangkan aku dengan SOLAT"

huu.....

2 comments:

Fakir Muhammad said...

dan mungkin juga sebagai peringatan atas kelalaian kita mengingati-Nya.. hurmm

Wan Nurul Atiqah said...

segalanya MUNGKIN, kerana HANYA ALLAH yg maha MENGETAHUI. wallahu'alam.