Wednesday, November 11, 2009

Huia oh Huia




huia?
apakah huia?
huia nie, nama one of the AUCKLAND university residence..
kata seorang sahabat, HUIA nie asal dari MAORI word, nama NZ native bird..
burung yg bernama huia nie, kecil molek kata mereka..ntah la, tqa xpernah knal pun..
bila la nak taaruf dengan burung ni???dah nak keluar dari "sarang" dah pun..

Tqa menetap di HUIA dari awal februari lepas..huu, lagi seminggu..tqa akan check out dari sini..
akhawat auckland panggil penghuni2 HUIA as HAWARIYYUN..
pernah dengar nama hawariiyy?
hawariyy nie pengikut NABI ISA yang amat setia..bila ditanya, mereka menjawab,
"nahnu Ansarullah" yakni.."kamilah penolong2 agama ALLAH"..
ade diceritakan tentang hawariiy dalam surah as-soff..

moga-moga bila kami hawariyy nie keluar dari huia,
kami terus menjadi ANSARULLAH..ameen



cuba cari mana bilik tqa??
hehe, dah kelihatan itu..yang terang bercahaya,..
bilik tqa namanya BAITUL'ATIQ.. yakni rumah atiqah dalam bahasa arab sekolah..
tapi dalam ALQURAN,  ALLAH lafazkan baitul atiq dalam surah al-Hajj: 33..yakni BAITULLAH.

moga-moga baitul atiq di huia nie,
telah berjaya menjadi rumah ibadat dan tempat berkumpulnya akhwat untuk majlis ilmu serta menyambut tetamu-tetamu..

alhamdulillah..

siapakah mereka yang bakal menetap di bilik bercahaya ni tahun depan?
hati rasa sangat sayu, sbb risau-risau yang mendiami baitul atiq ini tahun depan adalah mereka yang tak "faham" atau mereka yang kafir pada ALLAH..

astaghfirullah...berlinang sudah air mata :(





kenapa Huia begitu istimewa?

sebab disini, tqa belajar banyak perkara baru...

dan disinilah mengajar tqa erti kekuatan dan jati diri seorang MUSLIM yang memegang imej ISLAM.

................






untuk setiap FLOOR, akan ada satu shared kitchen, laundry, toilet dan common room.
kirenya, semua benda harus dikongsi bersama...lelaki dan perempuan.

kat floor tqa nie,
ada 4 orang je MALAY muslim.



yang selebihnya, Westerners,  ASIAN, serta kiwi Pakeha students (penduduk new zealand)..

kami duduk single room.
jiran sebelah bilik tqa, dua-dua orang kiwi.
tqa xpernah berborak panjang dengan diorang nie, just say "HI" ,  bila jumpe kat kitchen, or toilet.

cuma,
kat sini, tqa rapat dengan Jiane, dan Eve.
Jiane nie orang kiwi, dan Eve orang JERMAN.

Jiane selalu datang bilik tqa, especially bila die ade masalah peribadi.
die selalu minta tolong tqa, dan kadang2 minta nasihat..

apa yang menarik, Jiane selalu tanye tentang ISLAM dan MALAY CULTURE pada tqa.

pernah satu hari, die tanya tqa macam2 soalan bertalu2:

"Why you r not talking to guys in our floor. you are not being friendly to them though.
and when they talked to you, you just smiled and uneager to response..
is that because of your culture or your religion?

............

"why are you wearing this? sambil tunjukkan pada tudung tqa.
dont you feel hot? or uncomfortable?
Are you not allowed to show your hair and body though im a girl? why is it so?

...........

banyak sangat lagi soalan2 lain die tanya.. banyak yang tqa jawab, tapi ada yang tqa diamkan,.sbb susah nak explain..

............

tqa ada impian nak bawa die pada ISLAM, tapi tqa xbanyak masa pun dengan die :( lagipun, tqa tahu fokus tqa mendakwah pada siapa..
tqa mahu tumpukan pada MUSLIM dulu..

sekarang, tqa rasa sedikit sedih bila pk2 balik hubungan kami...
die selalu mesej tqa,
tanye tqa dimana, die nak jumpe, die rindu dan lain2..tapi selalunya tqa xjawab pun..sbb tqa ade banyak program dan jarang di huia..tqa selalu di rumah senior..kira hidup bernomad lah..
if nak explain dan gtau tqa dimana, bimbang die mencari tqa..sedang pada waktu itu, kami ada ISLAMIC programme.

moga2 ALLAH ampuni dosa tqa andai ada haq jiran yang tqa tak tunaikan..ighfirly ya ALLAH..
TERLALU merasakan KEBERTASAN waktu dan ruang di disini.. :(

ada sorang lagi yg tqa rapat,  Eve.
EVE ni kuat kristian..itu saja mampu diungkapkan..heee.
tapi die nie suka mencari dan ambil tahu..

bersyukur sangat sbb ALLAH memilih tqa menjadi MUSLIM tanpa perlu dicari-cari..

tqa sangat sayang Eve dan Jiane, tapi apakan daya..
diri ini terlalu lemah untuk berdakwah pada mereka.
keterbatasan masa dan ruang yang ada...membantutkan usaha tqa.
salah tqa juga, POOR time management.
astaghfirullah 'azim..

adakah ALLAH akn ampuni salah tqa pada mereka??

........

selain bersahabat dengan mereka-mereka yang berbeza AQIDAH dan LATAR BELAKANG,
tqa jugak belajar untuk MUJAHADAH diri.

betapa susah dan kering iman,
jika diri tak kuat di huia.



iyelah..nak ambik wudhuk pun susah..sbb kena keluar bilik ke toilet...
tarbiyyah dzatiyah akn diuji setiap kali mahu qiammullail..
harus memberanikan diri ke toilet dalam suasana gelap dan sunyi,
dan terkadang ALLAH uji, bila terserempak dengan floormate yg sedang mabuk dan ade juga yang berpakaian sangat menjelekkan mata..

astagfirullah...
 terkadang, saat mahu membaca quran, atau mengangkat takbir,
terdengar jiran sebelah sedang menjerit-jerit dan berasmara.

memang HATI harus digagahi jua,
walau apa yang berlaku.

sering hati ini,
menangis..
dan mata senang melinangkan air mata tanpa henti..
masakan tidak,
jahiliyyah pekat diluar sana..
dan perkara mungkar dilihat didepan mata terang-terangan, sedang diri hanya mampu membisu dan menangis sendirian?

nah,
inilah cabaran di HUIA.

harus berani. tatkala lelaki2 asing mengetuk pintu bilik di malam hari..

mungkin mereka mabuk, mungkin tersalah bilik kerana mahu masuk bilik jiran disebelah..

semuanya memerlukan ketahanan diri yang KUAT.

inilah HUIA mengajar atiqah yang dulunya,  penakut dan lemah.

banyak kenangan di HUIA..
sungguh tqa rasa xtenang disini,tapi bila sudah di penghujung, rasa sedih pula..
sebab mungkin semua ini terlalu manis dan beharga..
kenangan-kenangan itu..hanya ALLAH yang tahu :)

ALLAH tak pernah menguji seorang hamba itu dengan hal yang sia-sia bukan?
tiap suatu yang berlaku dan dialami,
semuanya adalah yang terbaik buat diri HAMBA.

terkadang,
kita memijak duri sampai sakit luka berdarah,
rupanya,,,
bila kali kedua memijak duri,
dah kurang rasa SAKIT PEDIH itu,,,kan?
lalu.....masih mampu meneruskan langkahan dengan senyuman ketabahan.

terima kasih ALLAH untuk semua ini :)


MySpace

~menjenguk "rumah mayat" dari jendela baitul atiq~


8 comments:

Solehah said...

seronok baca artikel tiqa tentang Huia ni. Allah selalu uji kita dengan dugaan yang dia tahu kita boleh terima. maknanya tiqa terpilih sebab tiqa adalah seorang yang kuat..tahniah dan teruskan perjuangan anda..

Chybee said...

sayangnye xsempat berdakwah dgn jiran2....

Ummu Omar said...

Secara tak disedari itu juga dikatakan tarbiah..yang perlu kepada mujahadah diri melawan nafsu..kalau semua ok..toilet dan dapur dalam rumah,mujahadah kurang..satu kejayaan yang besar kalau tqah dpt bangun di malam hari untuk tahajjud..Terimakasih tqah..pernah ziarah bilik tqah dan solat sama sister..teruskan menulis

sayangibu said...

gunakan peluang yang ada untuk berdakwah. selagi ada peluang jangan lepaskan. semoga ganjaran yang besar untuk tiqa...

Syariful Bahri said...

salam alayk~
Eve dari german?? tgurlah dgn say Guten Tag kat dia.. hehe~
thanx 4 de info..
sbg persediaan utk ana sblom ke luar negara nanti...

Wan Nurul Atiqah said...

assalamualaikum.

to solehah: jazakillah khair atas sokongan dan motivasi yang diberi.. ujian tu berat dan menyesakkan jiwa..kadang rasa dah xmampu lagi..tapi bila diri tahu adanya ALLAH AL-ALIM, insyaALLAH..rasa sunyi dan kosong akan pergi jauh..

to yanie:
itulah...sayangkan? kekurangan tqa..huu

to ummu omar:
kak su...waaa..rindunyer subhanaALLAH kat kat su, omar dan ustaz.. nak istiqamah tahajud tu susah kak su..tapi MUJAHADAH la selalu..:)
datang NZ LAGI tau kak su, tapi tqa dah xtinggal huia dah next year..alhamdulillah, di tempat yg lebih baik..moga2.

to jgn lupa siapa kita:
jazakillah ustaz atas saranan..insyaALLAH..dakwah harus didarah dagingkan..berat tu..tp harus juga..

to syariful bahri:

wslm..Guten tag tu ape ye? wah2, dah semangat eh anta nak g JERMAN sambung belajar..anta mesti lagi byk pengalaman tarbiyyah dakwah di GERMAN nnt..insyaALLAH..org jerman nie "lain sikit" dr westerners yg lain..nnt anta tahulah bila berada di sana..heheh

Syariful Bahri said...

huhu~
x salah utk bermimpi.. :P
kalau ade rezeki, insya-Allah~

lecturer ana slalu cite pasal budaya kat sana. mmg kena slalu waspada.

guten Tag tu maksudnya good day..
ni cth sket,
guten Morgen=good morning
guten Tag=dari kul 10-4 ptg
guten Abend=good evening
gute Nacht=good night

care sebut mcm bhs Melayu je..

Wan Nurul Atiqah said...

to syariful bahri:

bermimpi untuk dakwah juga kan? nanti anta di GERMAN tu, boleh gerakkan dakwah disana...insyaALLAH..

Emm,..banyaknye cara sebutan,,cam bes jugak kan belajar german..tp cam, tough je..
bg ana kan, orang jerman nie diorg cam sangat berprinsip dan bersungguh-sungguh buat sesuatu..tapi mungkin ana overgeneralise kan? wallahu'alam.

diorang nie baik, peramah, xsombong, just jgn langgar prisip diorang...jadi humble je dgn diorang..

insyaALLAH, selamat berusaha ye.