Eisya,
jazakillah khair sebab eisya buat kakak kuat tadi.
tadi kan,
kakak telefon rumah.
eisya cerita
eisya dapat markah bagus sangat.
eisya cerita lagi, eisya dapat banyak hadiah dan naik pentas..
eisya tentu hepi kan,
eisya dapat hadiah alat tulis, colour pensil dua kotak besar dan banyak lagi hadiah lain.
kakak tahu eisya suke menulis, dan mewarna..
tentu sekali itu yang eisya melompat2 girang..
kakak tahu.
cerita eisya tu,
buat kakak semangat nak belajar sikit..
ish2, eisya pun tahu belajar itu penting..
mungkin cita-cita eisya tak seperti cita-cita kakak yang BESAR untuk UMMAH..
tapi semangat eisya lebih besar dari semangat kakak.
itu yang kakak kena belajar dari eisya.
lagi,
tadi..kakak dengar...
mak suruh eisya doa kat kakak..
kakak dengar suara eisya sayup-sayup..
eisya cakap,
"ya ALLAH ya tuhanku..bagi kakak cepat sehat dan......................."
kakak tahu eisya ikhlas berdoa untuk kakak..
eisya sangat TAAT.
mak suruh doa,
terus eisya angkat tangan doakan untuk kakak kan?
masa eisya ajak mak solat jemaah asar tadi,
mak suruh eisya solat dulu..
sebab mak tengah berborak-borak dengan kakak soal cerita HATI kakak.
kemudian,
mak cerita pada kakak tentang eisya.
kata mak,
"Eisya memang suka berdoa. kalau waktu subuh, eiti, epan dah siap-siap nak g sekolah pas solat, eisya masih lagi atas sejadah, angkat tangan berdoa..entah apa yang didoakan lama sangat...
kakak dapat bayangkan itu, sbb eisya mmg seorang anak dan adik yang solehah.
sebab itu, ALLAH sayang eisya.
ALLAH selalu bagi apa yang eisya nak.
dan semua orang sayang eisya.
mak ayah, kakak, abang asyraf, kak tik, eiti epan pun sayang eisya,
cikgu2 kat sekolah pun sayang eisya kan..
terus menjadi solehah..
moga eisya layak sampai ke syurga ALLAH..
itu kebahagiaan hakiki, adik.
kalau eisya nak tahu,
masa mak cerita itu...
kakak menangis..
terima kasih kerana ingatkan kakak bahawa BERDOA pada ALLAH itu penting.
ini pengajaran terbesar yang kakak dapat hari ini.
andai eisya yang masih sangat muda,
tahu hikmah PENGHARAPAN pada ALLAH..
kakak ini harusnya lagi SEDAR tentang itu,
jazakillah khair sayang :)
tak sabar nak jumpa eisya akhir tahun nanti..
insyaALLAH...
"Dan Musa berkata:"Wahai kaumku, apabila kamu beriman kpd Allah, maka bertawakkallah kpdNYA, jika kamu benar2 orang muslim(berserah diri). lalu mereka berkata: "Kepada Allahlah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah bg kaum yg zalim.dan selamatkanlah kami dgn rahmatMU dari orang kafir" [Yunus; 10: 84-86]
5 comments:
salam...
wah bagus sekali adik ukhti ye... semoga dia menjadi seorang muslimah solehah kelak... insyaAllah...
to: fakhrul
waalaikumsalam wbkh.
ye, adik eisya nie mmg bagus pun, banyak yang kite dapat belajar dari die..
tindakan die spontan, dan kata2 die petah penuh makna..
insyaALLAH, moga2 die bakal menjadi muslimah solehah kelak..
kalo orang tanye die, cita2 die..
die akn jawab,
"eisya nak jadi doktok ustazah :)"
slm ziarah...terharu ana bce entri yg ini...smga trus thabat dlm prjuangn...insyaAllah...Allah sntiasa ada utk kte...
subhanallah..indah ciptaan Allah kan..:)..
adik2 kite pun kadang2 lebh ingt dripd kita yg dah mkn grm dulu..tersentuh..:)
to hamba ALLAH: ye. betul tu..tanpa kita sedari, yang muda jauh lebih suci dan bersih dari yang sudah "tua"
Post a Comment