Buat sahabatku... moga ia membantu :)
Apabila tiba masanya kau bertemu calonmu…
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..
jadi ke tak jadi..
cepat ke lambat..
dan pelbagai lagi..
Apsal tetiba ada orang lain kacau pula…
menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..
dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…
kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu..
ujiannya bertambah-tambah..
keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak..
dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya…
walaupun tidak ada keperluan pun..
dan disitulah letaknya
sabar..
tawakal…
dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah..
USAH BERBUKA SEBELUM WAKTUNYA..KERANA BELUM TENTU DIA ADALAH ASAL RUSUK MU!!
di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu…
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
( Hadis)
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani)
Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu…
dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam..
bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita..
Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita….
Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu..
sabar.
tawakal
dan yakin akan ketentuan Allah...
hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..
Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.
Pasti!
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
Seorang lelaki bergegas menuju ke satu tempat. Rupanya beliau ingin bertemu dengan Hassan Bin Ali r.a. dan bertanya "Saya mempunyai seorang anak perempuan dan ramai orang ingin melamarnya,jadi siapakah yg harus saya pilih? Jawab Saidina Hassan ‘ Kahwini dia dgn org yang takutkan Allah,kerana jika dia mencintai anakmu dia akan menghormatinya,jika dia tidak menyukai, dia tidak akan menzaliminya.
(ps:// Nasihat ini dipetik dari blog seorang ukhti, lalu ditokok tambah isinya mengikut kesesuaian..wallahualam :) )
11 comments:
[two thumbs up!] ^^
Assalamualaikum,
MashaAllah, a very good piece ukhti!
If you don't mind, may I know the sources for :
This Hadeeth,
"Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya."
and this story,
2. "Seorang lelaki bergegas menuju ke satu tempat. Rupanya beliau ingin bertemu dengan Hassan Bin Ali r.a. dan bertanya "Saya mempunyai seorang anak perempuan dan ramai orang ingin melamarnya,jadi siapakah yg harus saya pilih? Jawab Saidina Hassan ‘ Kahwini dia dgn org yang takutkan Allah,kerana jika dia mencintai anakmu dia akan menghormatinya,jika dia tidak menyukai, dia tidak akan menzaliminya."
Jazakillah.
Salam kak tiqah,
thanx for sharing..
doakan saye,
semoga segala jahiliah dapat ditinggalkan satu hari nnti.
jazakilllah khair..terharunye
salam
ingat lg x?
"fokus anak, baru cari bapak"
"nnt bapak datangla cari mak, cz mak pandai jaga anak"
huhu
sorang budak ni
suka dgn post ni! jzkk ye ukhti.
salam taaruf,
atiqah ottawa:)
to future murabbi:
insyaALLAH, piqah boleh tinggalkan jahiliyyah..piqah boleh!!! akak yakin dengan piqah..berusaha dik.
to anonymous:
cam kenal je ayat tu..itu ayat akak kat awak kan>>>heheh...betul2...biar je, xpayah cari BAPAK..biar bapak cari MAK. kan2???pening3 pk pun xde gune.
berusaha. chaiyo'
to anonymous2:
salam ukhuwwah atiqah ottawa..
jage awin elok3 kat sana..
heheh
sangat menarik k.tqah...thx 4 sharing...smoga lekat la kt hati ni...
salam rindu... =)
Al-Hamdulillah..
seronok mmbce post ni..
truskn lg usaha menyebarkn dkwah..
Jzkk..
to are-dy:
insyaallah, perjuangan akan diteruskan hingga hembusan nafas terkahir..ameen ya RABB..doakan moga terus tsbat..insyaallah.
assalamualaikum
great sharing
this link was given to me by someone and it turn up very interesting
ana cukup tertarik dengan ayat,
"jangan berbuka sebelum waktunya" bersabarlah... memang tepat pada masanya...
terima kasih kepada yang memberi link ini dan terima kasih juga kepada tuan punya blog..
salam ziarah
muhakim.blogspot.com
Post a Comment