cuba renungkan dalam-dalam duhai hati..
kadang-kadang kamu bersedih hati dan menderita,
bukan kerana kamu TIDAK MEMILIKI sesuatu,
tetapi kerana kamu tak pernah bersyukur dengan APA yang kamu SEDANG MILIKI..
duhai hati,
yakinlah bahawa setiap manusia telah ditaqdirkan rezeki masing-masing,
dan ALLAH AL-'AZIZ telah meLEBIHkan seseorang dalam bahagian masing-masing,
justeru, usah menghitung dan berkira-kira soal REZEKI.
usah cemburu dengan kurniaan ALLAH pada manusia lainnya..
yakinlah duhai hati..
itu bahagian mereka,
dan kamu juga tentu ada BAHAGIAN kamu yang lebih dari mereka.
bersyukurlah dengan tiap ukuran rezeki tuhan buatmu.
bersyukurlah dengan tiap ukuran rezeki tuhan buatmu.
duhai hati,
REZEKI kamu boleh jadi banyak,
boleh juga sedikit,
boleh jadi cepat...
boleh jadi lambat..
ianya sudahpun tertulis di atas sana,
saat pena luh mahfuz dihayunkan...
dan dakwat itu..sudah KERING.
tiada apa yang boleh mengubahnya,
tiada siapa yang mampu menukarnya,
melainkan ALLAH AL-MALIK.
rezeki itu duhai hati,
bukan sekadar wang ringgit..
tapi rezeki itu adalah makna yang lebih luas dari itu..
sesungguhnya,
rezeki itu adalah apa-apa sahaja kurniaan ALLAH padamu..
MASA, UMUR, JODOH, KASIH SAYANG..
semuapun adalah rezeki..
jadi, duhai hati..
mohonlah keampunan dari TUHANmu yang menciptakan rezeki.
serta pintalah apa sahaja dari DIA yang memberikan rezeki..
andai ITU rezekimu,
maka ia tetap menjadi rezekimu..
usah risau-risau lagi..
yang penting... berusaha!
"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (AN-NISA:32).
4 comments:
terima kasih buat penulis.
benarlah mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!
55:13
to maryam:
sama-sama kasih :)
tiqah, semalam nk anta comment, bila da tulis sume, tetibe jer internet wat hal, huhuhu..
so continue...
alhamdllh yg tak terhingga ats segala2 nya antaranya berpeluang ke ovc, takde exm, dapt balik umah, ader family,physical yg sempurna(tak cacat) n sebagai nya, huhuh
best bnde nie, so ak share di my wall so org len leh bace skali..
hope bermanfaat tuk smua Umat islam ;)
to nurul ain:
cheers la ain :)
tqa xkisah ain nak copy paste mane2 artikel atau poem pun...no need to ask k...sbb mmg tqa buat ini untuk manfaat bersama, lebih2 lagi buat diri tqa..
sbb tangan yang menulis ini, lagi dekat dr mata yg melihat dan hati yang memahami..huu..
ain,
if tqa ade salah silap menulis nie, tegur je k..kasi comment..
sbb tqa sgt appreciate sesiapa yg tegur salah tqa..
tegur tanda kasih sayang,
bukan membenci..
cheers!
k, assalamualaikum :)
ps:rindu ain, bila nak terbang ke NZ?
Post a Comment