Tuesday, November 17, 2009

JEPUN: episod 1





Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


insyaALLAH, kita bakal bertemu dua hari lagi..

moga pertemuan ini,
 pertemuan HATI-HATI
yang paling bermakna..
yang akan membuat tqa makin teguh
di MEDAN ini..

Harapan..
datang dengan harapan..
apa yang dicari...?
ada sesuatu yang mahu dicari...
apakah?
ALLAH  tentu tahu :)

insyaALLAH..
harapan yang bakal menjadi kenyataan..

Husnu zhon dengan ALLAH,
yang tqa akn temui apa yang tqa cari!

Husnu zhon dengan akhawat,
yang akhawat adalah aset paling bernilai di dunia ini..

ukhuwwah INDAH..
ANDAI DIRI TAHU MENILAINYA.
ANDAI DIRI TAHU MENGHARGAINYA.

**********

mereka,
hanya seorang yang tqa kenali...
tapi mereka-mereka..
jauh di mata, TENTU SEKALI dekat di hati..

ya,
jazakillah khair
kerana banyak membantu tqa dari sini..
ya,
mereka-mereka yang membuat tqa mencintai mereka..

atas alasan apa?
kerana kita beraqidah sama.
kita kita punya fikrah, dan gerak kerja yang serupa,,
dan kerana....
  "KITA adalah KITA".

ikatan ini,
ikatan unggul..
ikatan ini yang membezakan ROH-ROH yang sama,
dengan ROH yang berbeza...
kerana ROH-ROH yang sama ini pasti berkumpul di suatu tempat yang sama..
maka ROH yang berbeza akan berpisah jauh dari kita..
nauzubillahi minzalik.

 ikatan ini,
ikatan teguh..
lebih teguh berbanding ikatan darah,
ikatan suami isteri mahupun ikatan persahabatan..

dan pastinya...
ikatan ini,
ikatan KERANA ALLAH,
yang kekal ke pintu syurga..
AMEEN YA RABBAL 'NGALAMIN.

*********

Takut?
Risau?
hhu, bermusafir seorang diri...
perasaan2 itu tentunya menyinggah..
ALLAH Hafiz TAHU kan?

tapi,
tqa tahu kenapa tqa kesana.
tahu kenapa.
dan kekuatan itu,
dengan izin ALLAH ia datang sendiri...

mungkinkah segalanya tarbiyyah....?
supaya tqa lebih matang dan tahu berfikir prioriti?
atau.....
supaya tqa tahu bergantung harap pada ALLAH?
yang ALLAH akan menjaga diri tqa...
yang ALLAH akan memudahkan tqa dengan bantuan tentera2nya..

usah takut pada apa-apa..
dimana-mana sahaja,
tiap ketika,
tiap desah nafas,
ada ALLAH kan?

insyaALLAH.
ada ALLAH.


***menjenguk barisan-barisan akhir dari jendela HUIA**
tinggal satu hari lagi.
buang keluh kesahmu jauh-jauh..

ya ALLAH,
teguhkan hati ini.

wallahu'alam.


NERACA APA YANG AKU GUNA?


<<...perlu ke???..TAK PERLU...>>>


Allahu'alam...
di sisi Allah itu yg lebih penting
mengapa kita nak banding diri dgn org lain guna neraca kita
yang pntingnya,
kita sendiri
terus berusaha jadi terbaik..


Monday, November 16, 2009

dari TIRI-TIRI MATANGI island..




 

 

 




 

 NOTHING MUCH TO SAY, EXCEPT THIS:

Nabi saw bersabda: 

'Orang mukmin itu ialah orang yang mudah bermesra dengan orang dan orang lain pula mudah bermesra dengannya.'






Friday, November 13, 2009

SEBENTUK CINCIN





" Kak Wa,  jom tengok cincin kat situ jap"
 
"Cincin tu...cincin tu..... cantik kan, kak Wa?"

*************

Hati sendiri, menangis.
cincin tadi...kat kedai tadi...
mana tahu, boleh ganti cincin lama tqa yang hilang tu...

dulu xsedih pun masa hilang, boleh je  jadi gembira...
tapi kenapa sejak akhir-akhir ni rasa sedih teramat..
macammana ya nak cerita kat mak yang cincin tu dah hilang?
nanti mak marah tqa..
aaa....salah tqa, tqa kena berani la berterus terang.

********

tqa kena "walk your talk" la!
nnt kang, ALLAH marah...
mcam dalam surah AS-SAAF tu.. ALLAH BENCI orang yang tak buat ape yang dilafazkan..

tadi kan,
tqa baru  nasihat adik2 dalam sitting ABRAR..

"kalau hilang barang tu, hilang something or somebody,
jangan sedih-sedih..relax je....COOL je..
sebab selalunya ALLAH uji dengan perkara yang kita lemah dan sering risaukan...
mungkin kite terlalu risau akan sesuatu perkara, jadi sebab itulah ALLAH uji.."

"ada orang ALLAH uji dengan material, mungkin dia "kurang" dari sudut itu...."

"ada orang ALLAH uji dengan pelajaran, mungkin kerana dia terlalu risau dan fikirkan lebih sangat tentang study tu"

"ada orang juga, ALLAH uji dengan lelaki, mungkin sebab die terlalu lemah hati dengan lelaki, atau terlalu fikir dan risaukan tentang lelaki..jadi ALLAH uji"

"jadi, kite semua kna ingat yang ALLAH uji seseorang itu, atas tiap kekurangan kita, sbb ALLAH TAHU apa yang kita tak tahu..ALLAH  kan AL'ALIM..mesti ALLAH tahu apa yang terbaik kan?"


"selalu kita rasa yang buruk itu BURUK..tapi bagi ALLAH..mungkin yang buruk itulah BAIK, sebab LOGIK manusia manakan sama dengan LOGIKNYA ALLAH..."

"Manusia, fikirannya begini.. cetek... logiknya begini..xrasional kadang-kadang tu,
tapi ALLAH lain sangat.."

*********

aah, tqa..kuatlah HATI...

semua ini kan tarbiyyah ALLAH jua..
mana tahu, ALLAH hilangkan cincin bertakhta permata putih itu...
sebab ALLAH nak gantikan dengan cincin yang baru...

cincin yang lebih baik dan cantik dari cincin lama itu..

aah, mungkin ALLAH xsuka tqa pakai cincin lama tu kan....jadi, ALLAH hilangkan cincin tu...
sabarlah...nanti ALLAH kasi cincin baru, ok?
kna husnu zhon ni dengan ALLAH..
mana boleh sedih2 gini...nnt kufur nikmat..

banyak je nikmat lain ALLAH kasi,
takkan la hilang satu nikmat dunia berupa sebentuk cincin tqa nak menangis gini..

ape ni...jangan lemah la tqa. kuat!

huu..huu..


MySpace

igfirly ya Rabbal 'ngalamin..

*********
MySpace

RasulALLAH SAW kan..
bila sedih..
Baginda cakap kat Bilal bin Rabah,
" Wahai Bilal, tenangkan aku dengan SOLAT"

huu.....

Wednesday, November 11, 2009

Huia oh Huia




huia?
apakah huia?
huia nie, nama one of the AUCKLAND university residence..
kata seorang sahabat, HUIA nie asal dari MAORI word, nama NZ native bird..
burung yg bernama huia nie, kecil molek kata mereka..ntah la, tqa xpernah knal pun..
bila la nak taaruf dengan burung ni???dah nak keluar dari "sarang" dah pun..

Tqa menetap di HUIA dari awal februari lepas..huu, lagi seminggu..tqa akan check out dari sini..
akhawat auckland panggil penghuni2 HUIA as HAWARIYYUN..
pernah dengar nama hawariiyy?
hawariyy nie pengikut NABI ISA yang amat setia..bila ditanya, mereka menjawab,
"nahnu Ansarullah" yakni.."kamilah penolong2 agama ALLAH"..
ade diceritakan tentang hawariiy dalam surah as-soff..

moga-moga bila kami hawariyy nie keluar dari huia,
kami terus menjadi ANSARULLAH..ameen



cuba cari mana bilik tqa??
hehe, dah kelihatan itu..yang terang bercahaya,..
bilik tqa namanya BAITUL'ATIQ.. yakni rumah atiqah dalam bahasa arab sekolah..
tapi dalam ALQURAN,  ALLAH lafazkan baitul atiq dalam surah al-Hajj: 33..yakni BAITULLAH.

moga-moga baitul atiq di huia nie,
telah berjaya menjadi rumah ibadat dan tempat berkumpulnya akhwat untuk majlis ilmu serta menyambut tetamu-tetamu..

alhamdulillah..

siapakah mereka yang bakal menetap di bilik bercahaya ni tahun depan?
hati rasa sangat sayu, sbb risau-risau yang mendiami baitul atiq ini tahun depan adalah mereka yang tak "faham" atau mereka yang kafir pada ALLAH..

astaghfirullah...berlinang sudah air mata :(





kenapa Huia begitu istimewa?

sebab disini, tqa belajar banyak perkara baru...

dan disinilah mengajar tqa erti kekuatan dan jati diri seorang MUSLIM yang memegang imej ISLAM.

................






untuk setiap FLOOR, akan ada satu shared kitchen, laundry, toilet dan common room.
kirenya, semua benda harus dikongsi bersama...lelaki dan perempuan.

kat floor tqa nie,
ada 4 orang je MALAY muslim.



yang selebihnya, Westerners,  ASIAN, serta kiwi Pakeha students (penduduk new zealand)..

kami duduk single room.
jiran sebelah bilik tqa, dua-dua orang kiwi.
tqa xpernah berborak panjang dengan diorang nie, just say "HI" ,  bila jumpe kat kitchen, or toilet.

cuma,
kat sini, tqa rapat dengan Jiane, dan Eve.
Jiane nie orang kiwi, dan Eve orang JERMAN.

Jiane selalu datang bilik tqa, especially bila die ade masalah peribadi.
die selalu minta tolong tqa, dan kadang2 minta nasihat..

apa yang menarik, Jiane selalu tanye tentang ISLAM dan MALAY CULTURE pada tqa.

pernah satu hari, die tanya tqa macam2 soalan bertalu2:

"Why you r not talking to guys in our floor. you are not being friendly to them though.
and when they talked to you, you just smiled and uneager to response..
is that because of your culture or your religion?

............

"why are you wearing this? sambil tunjukkan pada tudung tqa.
dont you feel hot? or uncomfortable?
Are you not allowed to show your hair and body though im a girl? why is it so?

...........

banyak sangat lagi soalan2 lain die tanya.. banyak yang tqa jawab, tapi ada yang tqa diamkan,.sbb susah nak explain..

............

tqa ada impian nak bawa die pada ISLAM, tapi tqa xbanyak masa pun dengan die :( lagipun, tqa tahu fokus tqa mendakwah pada siapa..
tqa mahu tumpukan pada MUSLIM dulu..

sekarang, tqa rasa sedikit sedih bila pk2 balik hubungan kami...
die selalu mesej tqa,
tanye tqa dimana, die nak jumpe, die rindu dan lain2..tapi selalunya tqa xjawab pun..sbb tqa ade banyak program dan jarang di huia..tqa selalu di rumah senior..kira hidup bernomad lah..
if nak explain dan gtau tqa dimana, bimbang die mencari tqa..sedang pada waktu itu, kami ada ISLAMIC programme.

moga2 ALLAH ampuni dosa tqa andai ada haq jiran yang tqa tak tunaikan..ighfirly ya ALLAH..
TERLALU merasakan KEBERTASAN waktu dan ruang di disini.. :(

ada sorang lagi yg tqa rapat,  Eve.
EVE ni kuat kristian..itu saja mampu diungkapkan..heee.
tapi die nie suka mencari dan ambil tahu..

bersyukur sangat sbb ALLAH memilih tqa menjadi MUSLIM tanpa perlu dicari-cari..

tqa sangat sayang Eve dan Jiane, tapi apakan daya..
diri ini terlalu lemah untuk berdakwah pada mereka.
keterbatasan masa dan ruang yang ada...membantutkan usaha tqa.
salah tqa juga, POOR time management.
astaghfirullah 'azim..

adakah ALLAH akn ampuni salah tqa pada mereka??

........

selain bersahabat dengan mereka-mereka yang berbeza AQIDAH dan LATAR BELAKANG,
tqa jugak belajar untuk MUJAHADAH diri.

betapa susah dan kering iman,
jika diri tak kuat di huia.



iyelah..nak ambik wudhuk pun susah..sbb kena keluar bilik ke toilet...
tarbiyyah dzatiyah akn diuji setiap kali mahu qiammullail..
harus memberanikan diri ke toilet dalam suasana gelap dan sunyi,
dan terkadang ALLAH uji, bila terserempak dengan floormate yg sedang mabuk dan ade juga yang berpakaian sangat menjelekkan mata..

astagfirullah...
 terkadang, saat mahu membaca quran, atau mengangkat takbir,
terdengar jiran sebelah sedang menjerit-jerit dan berasmara.

memang HATI harus digagahi jua,
walau apa yang berlaku.

sering hati ini,
menangis..
dan mata senang melinangkan air mata tanpa henti..
masakan tidak,
jahiliyyah pekat diluar sana..
dan perkara mungkar dilihat didepan mata terang-terangan, sedang diri hanya mampu membisu dan menangis sendirian?

nah,
inilah cabaran di HUIA.

harus berani. tatkala lelaki2 asing mengetuk pintu bilik di malam hari..

mungkin mereka mabuk, mungkin tersalah bilik kerana mahu masuk bilik jiran disebelah..

semuanya memerlukan ketahanan diri yang KUAT.

inilah HUIA mengajar atiqah yang dulunya,  penakut dan lemah.

banyak kenangan di HUIA..
sungguh tqa rasa xtenang disini,tapi bila sudah di penghujung, rasa sedih pula..
sebab mungkin semua ini terlalu manis dan beharga..
kenangan-kenangan itu..hanya ALLAH yang tahu :)

ALLAH tak pernah menguji seorang hamba itu dengan hal yang sia-sia bukan?
tiap suatu yang berlaku dan dialami,
semuanya adalah yang terbaik buat diri HAMBA.

terkadang,
kita memijak duri sampai sakit luka berdarah,
rupanya,,,
bila kali kedua memijak duri,
dah kurang rasa SAKIT PEDIH itu,,,kan?
lalu.....masih mampu meneruskan langkahan dengan senyuman ketabahan.

terima kasih ALLAH untuk semua ini :)


MySpace

~menjenguk "rumah mayat" dari jendela baitul atiq~


say NO to COUPLE



LOVE..

LOVE...

LOVE....

if not checked, may mean wasting time, effort and dignity. Islam teaches us to be truthful and realistic. Besides, the concept of love in Islam is very unique, when a Muslim loves something or somebody, it must be . . .

......for the sake of Allah; the same applies to hatred. Islam teaches us that marriage is the finest, purest and permissible relationship that should exist between a male and female; it should be the goal that they both have in mind. 

There is no room in Islam for illicit affairs or the Western vogue-word of SPECIAL boyfriend and girlfriend. All those stories of media and movies are not helpful to make a person comply with the teachings of Islam. 

  The Prophet, peace and blessings be upon him, says: 

"Three qualities, if found in a person, will help him have perfect faith: Having Allah and His Messenger, peace and blessings be upon him, as the most beloved ones, loving a person only for the sake of Allah and hating getting back to Kufr (disbelief) the way one hates to be thrown into fire." 


That means love is a fruit of piety. Love without piety is mischief.



HOWEVER,
There is no concept of "couple" in Islam as it is practiced in the West. There is no dating or living in de facto relationship or trying each other out before committing to each other. There is to be no physical relationship whatsoever before marriage.

 The PROPOSAL


The Quran expects Muslims to act with the utmost propriety and righteousness regarding intention of getting marriage...


here..the PROPOSAL part.

 
From an Islamic perspective, in choosing a partner, the most important factor that should be taken into consideration is Taqwa (piety and consciousness of Allah). 

The Prophet, (peace and blessings be upon him), recommended the suitors to see each other before going through with marriage procedures. 

That is very important because it is unreasonable for two people to be thrown into marriage and be expected to have a successful marital life, full of love and affection, when they know nothing of each other. The couple are permitted to look at each other.



But this "seeing" or "meeting" is not to be taken as a substitute for the "courtship" of the West. 

The man should not gaze passionately at his bride-to-be, but only have a critical look at her face and hands to acquaint himself with her personality and beauty. 

However, if a man so desires, he may appoint a woman to go and interview the proposed bride, so that she may fully describe the type of girl she is.


Since believing men and women are referred to in the Quran, a woman also has the right to look at her potential husband.



This rule does not contradict the Qur'anic verse that says,

“…believing men and women should lower their gaze” (An-Nur: 30).

The special permission for men and women to see each other with a view to matrimony does not contravene the code of conduct for believing men and women to lower their gaze and be modest..


Besides, The couple in this ENGAGEMENNT case, does not permitted to be alone in a closed room or going out together alone. 

As the Hadith says:

"When a man and a woman are together alone, the Shaytan makes their third."
 
THE MARRIAGE




Careful consideration of the Quranic injunctions and the traditions of the Prophet (peace and blessings be upon him) clearly show that marriage is compulsory (wajib) for a man who has the means to easily pay the Mahr (dowry) and to support a wife and children, and is healthy, and fears that if does not marry, he may be tempted to commit fornication (Zina). 

It is also compulsory for a woman who has no other means of maintaining herself and who fears that her sexual urge may push her into fornication. But even for a person who has a strong will to control his sexual desire, who has no wish to have children, and who feels that marriage will keep him away from his devotion to Allah, it is THOUGH..commendable.



Indeed,
Allah has created men and women as company for one another, and so that they can procreate and live in peace and tranquility according to the commandments of Allah and the directions of His Messenger. 

The Quran says:


"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your hearts. Undoubtedly in these are signs for those who reflect." [Noble Quran 30:21]


"And Allah has made for you your mates of your own nature, and made for you, out of them, sons and daughters and grandchildren, and provided for you sustenance of the best." [Noble Quran 16:72]


These verses of the Noble Quran clearly show that in contrast to other religions like Christianity, Buddhism, Judaism etc. which consider celibacy or monasticism as a great virtue and a means of salvation, Islam considers marriage as one of the most virtuous and approved institutions. 

The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) declared, "There is no monasticism in Islam." He further ordained,


"O you young men! Whoever is able to marry should marry, for that will help him to lower his gaze and guard his modesty." [Al-Bukhari]


Modesty was regarded as a great virtue by the Prophet. He said, "Modesty is part of faith." [Al-Bukhari]


The importance of the institution or marriage receives its greatest emphasis from the following Hadith of the Prophet,


"Marriage is my sunnah. Whosoever keeps away from it is not from me."


With these Quranic injunctions and the guidance from the Prophet (peace and blessings be upon him) in mind, we shall examine the institution of marriage in the Shari'ah.


The word Zawaj (mate or pair) is used in the Quran to signify a pair or a mate. But in common parlance it stands for marriage. Since the family is the nucleus of Islamic society, and marriage is the only way to bring families into existence, the Prophet (peace and blessings be upon him) insisted upon his followers entering into marriage The Shari'ah prescribes rules to regulate the functioning of the family so that both spouses can live together in love, security, and tranquility.

Marriage in Islam has aspects of both 'Ibadah (worship) of Allah and mu'amalah (transactions between human beings).


In its 'Ibadah (act of worship) aspect, marriage is an act pleasing to Allah because it is in accordance with his commandments that husband and wife love each other and help each other to make efforts to continue the human race and rear and nurse their children to become true servants of Allah.


In its mu'amalah aspect, marriage being a lawful response to the basic biological instinct to have sexual intercourse and to procreate children, the Shari'ah has prescribed detailed rules for translating this response into a living human institution reinforced by a whole framework of legally enforceable rights and duties, not only of the spouses, but also of their offspring.


These aspects are beautifully explained in a tradition of the Prophet. It is narrated by Anas that the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said,


"When a man marries, he has fulfilled half of his religion, so let him fear Allah regarding the remaining half."


The Prophet considered marriage for a Muslim as half of his religion because it shields him from promiscuity, adultery, fornication, homosexuality etc., which ultimately lead to many other evils like slander, quarreling, homicide, loss of property and disintegration of the family. According to the Prophet (peace and blessings be upon him) the remaining half of the faith can be saved by Taqwa.



MAKING IT BRIEF,
ALL IN ALL,

"THERE IS no term such COUPLE in ISLAM"



Tuesday, November 10, 2009

Proses TAARUF "si Baju Melayu dan Baju Kurung"




Buat sahabatku... moga ia membantu :)



Apabila tiba masanya kau bertemu calonmu…
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..

jadi ke tak jadi..
cepat ke lambat..
dan pelbagai lagi..
Apsal tetiba ada orang lain kacau pula…

menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..
dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…
kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu..
ujiannya bertambah-tambah..

keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak..

dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya…
walaupun tidak ada keperluan pun..
dan disitulah letaknya 

sabar..
tawakal
dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah..

USAH BERBUKA SEBELUM WAKTUNYA..
KERANA BELUM TENTU DIA ADALAH ASAL RUSUK MU!!


di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu…

“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.” 
 ( Hadis)

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani)


Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu…

dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam..

bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita..

Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita….
Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu..

sabar.
tawakal
dan yakin akan ketentuan Allah...

hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..
Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.
Pasti!

“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:


Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”






Seorang lelaki bergegas menuju ke satu tempat. Rupanya beliau ingin bertemu dengan Hassan Bin Ali r.a. dan bertanya "Saya mempunyai seorang anak perempuan dan ramai orang ingin melamarnya,jadi siapakah yg harus saya pilih? Jawab Saidina Hassan ‘ Kahwini dia dgn org yang takutkan Allah,kerana jika dia mencintai anakmu dia akan menghormatinya,jika dia tidak menyukai, dia tidak akan menzaliminya.

MySpace

(ps:// Nasihat ini dipetik dari blog seorang ukhti, lalu ditokok tambah isinya  mengikut kesesuaian..wallahualam :) )
 

Monday, November 9, 2009

Bila rindu berputik...



                           CLOCK TOWER BUILDING (kat sini la belajar EDUC225)


Alhamdulillah, final exam pun dah berakhir dengan rasminya tadi... huhu, paper (EDUC225),  sangatlah tough..erm, yang penting, sudah berusaha sehabis baik pun..itu sahaja REZEKI yang ALLAH bagi ketika menjawab tadi...syukurlah..byk juga rezeki yang dapat..cuma ade beberapa soalan yang main HENTAM je..

                            Hey, usaha+yakin+doa+tawakkal...OK?





On the way balik dari university, hati RASA lain macam...seakan angaukan kampung halaman di Perlis..angin petang tadi pula yang sangatlah kuat, hingga membuatkan memori terus-terusan melayang jauh ke negeri utara yang kecil molek tu.

kotak memori petang tadi, memang ligat membayangkan angin sepoi-sepoi bahasa...angin yang senang membelai dedaun pokok padi..lalu harum pokok padi serta bau tanah perlahan-lahan menusuk hidung,,,aish...ini kes berat ini...angau pula :)

huuu, tapi bayu auckland manakan sama dengan bayu udara beseri.  kan????

Bayu auckland nie, desirannya KUAT dan DINGIN, macam puting beliung kadang-kadang tu...mungkin kah, sebab auckland nie berdekatan dengan pantai???

~~~errrr,,,,MUNGKIN!

cuma...
apa yang melucukan tadi, diri nie terasa mahu melayang ditiup angin deras...subhanaALLAH, kuatnya angin...hampir terjatuh, sampai terpaksa berpaut pada tiang Grafton bridge..

huuu, fenomena biasa AUCKLAND kan...biasakan diri ye!!

dari hujung GRAFTON BRIDGE menuju HUIA residence, jelas kelihatan Rangitoto..Rangitoto, si gunung berapi yang dah tak aktif di NZ :) serta  pantai (yang tak tahu namanya)..

....alhamdulillah, terubat lah sedikit jiwa +otak yang kepenatan dan badan yang memang sedang dalam keletihan.........


             Rangitoto Island



Tapi kemudiannya, bila menjejakkan saja kaki ke tangga depan HUIA residence, argh...hati sesak semula.....mungkin suasana di huia yang kurang menarik, buatkan rindu mencengkam dada pada kampung halaman...heheh...apakah?? macam ternampak pintu gerbang negeri Perlis yang tradisional tu...ish2.. :)




Adik-adik dan keluarga pun dah xsabar-xsabar nak jumpa kakak yang jauh dimata dekat dihati kan??..
Sabarlah...sikit masa je lagi :)..

nanti kite pergi rumah nenek...hehe, rumah nenek memang tempat pertamalah yang harus dituju... rindunya....



\

                                                                Oh, kampungku...

aiii..cik atiqah....
cukup-cukup la mengelamun tu...

sementara menanti 3DISEMBER ni, banyak lagi perkara lain yang harus difikirkan ok??
..tentang jaulah bersama adik-adik, tentang silibus yang masih belum habis dicover juga tentang tarbiyyah dzatiyyah diri..


ish2, sejak sibuk dengan exam nie, terencat juga hafazan juzuk 29, dan hadis pilihan kitab riyadussolihin..


semua nie, memang harus di pulun habis-habisan sebelum diri bermusafir..sebab nanti, bila balik kampung, ada hak-hak lain pula  yang harus diseimbangkan...betul x??

takut-takut terencat lagi hafazan :( 
maklumlah, diri nie...memang ternyata masih dhoif dari setiap inci penjuru  :(



tak mengapalah, masih ada lebih kurang 1 minggu sebelum diri bermusafir panjang..
sebelum melangkah ke negara Jepun 19november ni..
haaa, disana, servis hati betul2, belajar dari akhwat yang mantap2 tu, jangan lepaskan apa2 peluang pun..perhati betul2 dan semat didada...ye??
 


insyaALLAH, barulah  thumuhat dan hamasah tinggi berkobar2 sebelum terbang semula ke Malaysia...dan kembali ke AUCKLAND penghujung tahun nie...


insyaALLAH..


hey, daie..jiwa harus kuat..
walk your talk.







Saturday, November 7, 2009

ayoh HATI, jadi bersYukurlah!




cuba renungkan dalam-dalam duhai hati..

kadang-kadang kamu bersedih hati dan menderita,
bukan kerana kamu TIDAK MEMILIKI sesuatu,
tetapi kerana kamu tak pernah bersyukur dengan APA yang kamu SEDANG MILIKI..

duhai hati,
yakinlah bahawa setiap manusia telah ditaqdirkan rezeki masing-masing,
dan ALLAH AL-'AZIZ telah meLEBIHkan seseorang dalam bahagian masing-masing,
justeru,  usah menghitung dan berkira-kira soal REZEKI.
usah cemburu dengan kurniaan ALLAH pada manusia lainnya..

yakinlah duhai hati..
itu bahagian mereka,
dan kamu juga tentu ada BAHAGIAN kamu yang lebih dari mereka.
bersyukurlah dengan tiap ukuran rezeki tuhan buatmu.

duhai hati,
REZEKI kamu boleh jadi banyak,
boleh juga sedikit,
boleh jadi cepat...
boleh jadi lambat..
ianya sudahpun tertulis di atas sana,
saat pena luh mahfuz dihayunkan...
dan dakwat itu..sudah KERING.
tiada apa yang boleh mengubahnya,
tiada siapa yang mampu menukarnya,
melainkan ALLAH AL-MALIK.

rezeki itu duhai hati,
bukan sekadar wang ringgit..
tapi rezeki itu adalah makna yang lebih luas dari itu..

sesungguhnya,
rezeki itu adalah apa-apa sahaja kurniaan ALLAH padamu..
 MASA, UMUR, JODOH, KASIH SAYANG..
semuapun adalah rezeki..

jadi, duhai hati..
mohonlah keampunan dari TUHANmu yang menciptakan rezeki.
serta pintalah apa sahaja dari DIA yang memberikan rezeki..

andai ITU rezekimu,
maka ia tetap menjadi rezekimu..

usah risau-risau lagi..
yang penting... berusaha!

   
 "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (AN-NISA:32).




Tahu ke saya hilang CINTA hati?



Pernah rasa jatuh cinta?
saya pernah..dan selalu jatuh cinta..

SAYA JATUH CINTA dengan ALLAH..
dan saya sedang berCINTA dengan ALLAH..

tak percaya bukan?

tiada siapa dapat faham RASA ini,
melainkan sesiapa yang turut merasai CINTANYA.

"Sebab hanya sesiapa yang pernah merasai kebahagiaan bermesra dengan ALLAH,  tahu pedihnya bila hilang KEMANISAN itu.. "



saya selalu pelik,
ramai sangat orang bercinta dengan ALLAH,
dan juga ALLAH cintakan mereka..
tapi kan,,,
cinta ALLAH itu..tak pernah HABIS..
macam cukup je untuk semua orang dan semua makhluk yang ada di muka bumi..


memang hebat ALLAH.
pencinta TERHEBAT.

memang SETIA juga..
dan PEMAAF..
ish2, entah ade ke pencinta manusia seperti ini???
MANA ada kan!

ALLAH xboleh disamakan dengan MAKHLUK..
ALLAH xde tandingan lain!!!



kalau ada manusia tu, TIPULAH manusia tu..
BERPURA-PURA kot depan saya...
sbb manusia selalu lemah dan penuh kekurangan...
takkan ada yang SETIA, JUJUR, PEMAAF DAN HEBAT seperti ALLAH ini..



Pernah beberapa hari lalu,
saya sedih dan bermuram durja saja,
hampir setiap jam saya menangis...
menitis air mata tanpa henti..
siapa TAHU?
tentu hanya saya dan pencinta saya yang tahu..kan?


Hhehe, mak saya tahu juga, 
sbb kata mak,
saya ni tak habis2 jadi PUTERI AIR MATA :)


Ramai  SAHABAT tanyakan keadaan saya..
jangan risaukan saya..kerana saya tahu diri saya OK.


SAHABAT saya sayangkan saya,
dan saya juga tentu sayangkan  mereka..
tapi sayang saya ini mesti la LEBIH untuk ALLAH..


maaf, 
TERKADANG itu, saya hanya berdiam diri..
kerana susah untuk saya gambarkan RESAH sesak NAFAS HATI saya..
saya sedang putus cinta SAAT itu..

PUTUS CINTA MANUSIA DAH begitu cukup PEDIH,
inikan pula hilang CINTA ALLAH.
sakit dan derita hanya HATI sendiri yang RASA.


betapa sakit...dan KOSONG jiwa saya.
astaghfirullah..
sakit tenat teramat..




puas  saya mencari HATI saya,
kemana menghilang..
rupanya  HATi saya telah dicuri..
laknat betul KESERONOKAN  DUNIA...
ish2...boleh pulak die curi hati saya sekejap..
geram!!!!!!

saat hati saya dibawa lari,
saya tak perasan pada asalnya..

tapi kemudiannya,
saya rasa saya HILANG sesuatu..
hidup saya KELAM dan TERUMBAND AMBING..
"Tak terurus" perkataan yang lebih tepat...

saya hanya mampu menangis dan minta CINTA HATI saya MAAFkan saya dan terima saya semula...

bagilah HARAPAN pada saya balik..
KERING la saya..kalau begini.



saya mencari-cari..
dan baru saat ini, 
saya rasa..... 
saya bertemu semula dengan CINTA HATI saya..

terima kasih ALLAH kerana menerima saya semula..




moga saya terus bersama cinta ALLAH.
jangan ganggu saya encik DUNIA!!!
SAYA BENCI KAMU.


oh ALLAH,
HATI ini hanya MILIK-MU..
HATI ini KEMBALI padaMu..


Hari ini dan masa ini adalah dan hanyasanya miliknya KAMU.

mohon diberi kecukupan tenaga untuk diri ini terus kuat melangkah.

mohon diberi keberkatan masa agar segala urusan ini dipermudahkan...

mohon diberi kenikmatan hidup agar diri ini terus dalam kebahagiaan..

mohon dan mohon teramat jangan sampai kekurangan diri ini sampai terpaksa menyusahkan yang lain..

dan mohon dengan amat sangat....
agar diri ini diampuni dari segala KEKOTORAN DOSA DAN MAKSIAT..


mohon yang amat-amat sangat...

ameen