Thursday, July 16, 2009

Warkah untuk suami ku… by Ummu Ummati



....................................................................

Bismillah

Asalamualikum


Wahai suami ku, aku bukan lah wanita biasa, aku adalah Muslimah yang mempunyai jiwa perindu, seperti Umar Abd Aziz. Beliau rindu menjadi pemimpin, beliau rindu menegakkan khilafah, beliau rindukan syurga.

Begitu juga aku, wahai suami ku. Aku rindu untuk menjadi seorang pemimpin, aku rindu untuk memperbaiki keadaan ummah, aku juga rindu untuk menegakkan khilafah, aku juga rindu kan syahid di jalan Allah (SWT) (SWT), aku rindu akan syurga, aku rindu untuk bertemu dengan Rasullullah SAW.

Mampu kah aku wahai suami ku? Sedangkan aku seorang Muslimah yang mempunyai seribu satu kekurangan. Tapi jiwa ku, semangat ku, sangat rindu untuk mencapai kemenangan Islam. Sangat merindui. Boleh aku katakan, rindu nya lebih dari pada merindui diri mu saat engkau tidak ada berada di sisi ku.

Aku masih ingat apa ku lafazkan kepada mu pada malam yang pertama, aku menerima lamaran mu kerana dakwah, aku mengenal mu kerana dakwah, maka jika engkau menghalangku, niscaya akan hilang cintaku pada mu.

Seperti Imam Ghazali mengatakan “Aku mencintai mu kerana agama yang ada pada diri mu, jika hilang agama pada diri mu, maka hilang cinta ku pada mu.”

Engkau pula membalas sama seperti apa yang aku lafazkan pada mu. Alhamdulilah, engkau seorang suami yang memahami tuntutan dan tanggungjawab ku. Engkau tidak pernah melarangku walaupun aku terpaksa meninggalkan mu seharian.


Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.


............................................


antara yg ku perhati, pelajari di bumi kanggaroo ini.
terkedu, terkesima dgn curhat seoirg ukhti seperti diatas.


journey beyond horizon.
(sydney-new castle-canberra)
~10/7-19/7~

No comments: