Wednesday, July 29, 2009

kamu dah buat ke belum??!!



Apa khabar iman kawan2 hari ini?
sehat? atau demam2?
jom kawan2..kite bace ape yang PAKCIK ALBANNA suruh kite buat..

daie kan pantas berlari ke sana sini..
jom kite cek diri kite. jom2!

............

KEWAJIPAN SETIAP PARA DA'I
Baca, Amal dan Faham
by Ustaz Hassan al BANNA

1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang
dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam
masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.

2. Hendaklah kamu memperelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan
mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan
mempelajari seerah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang
dengan membaca kitab 'Hummatul Islam'. Hendaklah juga kamu banyakkan
membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang 40 hadis dan
seboleh-bolehnya hendaklah hadis 40 pilihan Imam Nawawi. Kamu juga
hendaklah mempelajari usul aqidah dan cabang-cabang fiqh.

3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap
penyakit yang dihadapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan
pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.

4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman
penyegar, jangan sekali-kali minum minuman-minuman ini kecuali ketika
darurat. Jangan sekali-kali merokok.

5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam
tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama
dibina atas dasar kebersihan.

6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata.
Janganlah melanggarnya walau apa pun jua keadaan.

8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan.
Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar,
merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf
diri dan mampu mengawal diri ketika marah.

9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan seius. Kewarakan kamu tidak
menghalang kamu dari gurauan benar ataupun dari ketawa melalui senyuman.

10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan
dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan kebaikan dan sedih
dengan keburukan. Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam
perkara yang bukan mendatang kehinaa, ketundukkan dan pendustaan.
Hendaklah meminta kurang dari kedudukan anda agar kamu dapat
mencapainya.

11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang
diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara
janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada. Begitu juga
perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan
yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala
nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh
diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun
perkara yang kamu tidak sukai.

12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam
khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan
khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang
berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa
kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah
bersegera dalam amalan kebaikan.

13. Hendaklah menjadi seorang yang penyayang, memuliakan, pemaaf dan
pengampun dan berlembut dengan manusia mahupan binatang. Hendaklah
mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia,
memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak,
memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak
menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan
bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan lain-lain
lagi.

14. Mampu membaca dan menulis dengan baik, banyak mentelaah
risalah-risalah, akhbar dan majalah 'kita'. Hendaklah membuat
perpustakaan sendiri walaupun kecil. Hendaklah kamu menjadi seorang yang
pakar dalam bidang ilmu dan seni anda jika kamu seorang ahli takhassus.
Hendaklah kamu menguasai hal ehwal am Islam yang membolehkan kamu
memahaminya dan memutuskan sesuatu huku yang bertetapan dengan kehendak
fikrah kita.

15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana
harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan
pendatapan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu
kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.

16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu
menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula kamu
menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya
kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.

17. Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok-eloknya, penuh
ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.

18. Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak
kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna
tidak ada kekurangan dan tidak sekali menangguh-nangguh.

19. Hendaklah menjauhi diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa
tujuan lain disebaliknya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan
yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan
diperolehi.

20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan
diri anda keseluruhannya dari riba.

21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi
Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi
Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar jangan terjatuh ke tangan pihak
bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu makan dan pakai
kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.

22. Hendaklah kamu memberi saham sebahagian dari harta kamu untuk
dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikahlah ia
sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta
benda, walau sekecil manapun pendapatan kamu.

23. Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa
kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya
kepada perkara yang bersifat bermewah-mewah.

24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala ada-adat
Islam dan mengahapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupan.
Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa,
sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makan dan
minum, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukanan dan
sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunnah
Rasulullah s.a.w.

25. Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah sivil dan setiap hukuman
yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media
massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah
kita.

26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan
bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara yang
menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan
keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat
sunat seperti qiamullail, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan,
memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar
dalam setiap keadaan.

27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa
berada dalam keadaan berwuduk kebanyakkan waktu.

28. Perelokkan solah kamu, sentiasa mengerjakannya pada waktunya dan
menjaganya agar ditunaikannya secara berjamaah dan di masjid sekadar
kemampuan kamu.

29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan
berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan
haji.

30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai
syahid dalam hati dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.

31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubat, sentiasa beristighfar,
melepaskan diri dari dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar.
Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalan
samada baik atau tidak sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa
kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang
tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat
supaya kamu tidak terjerumus dalam perkara yang haram.

32. Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu dapat
mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal
perasaan kamu, melawan dorongan nafsu syahwat dalam diri kamu dan
hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang
kamu dari melakukan perbuatan yang haram.

33. Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara
yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.

34. Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat dan
merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.

35. Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih
lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari segala
bentuk kemewahan.

36. Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari
kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu secara
terperinci kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara
sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan
melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hedaklah kamu sentiasa
menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya, kecualilah
dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka
dalam setiap interaksi kamu.

37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan
atau jemaah yang tidak ada hubung kait dengan kepentingan fikrah kamu
khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.

38. Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini
dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang
kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatan yang memberikan kesan yang
besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan
samada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa
menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di bereknya yang sentiasa
bersedia menunggu arahan.

No comments: