Tuesday, July 21, 2009

AUSTRALIA PART 3: sister to sister


ketahuilah bahawa kemenangan itu akan dicapai dengan kesabaran, kesenangan itu akan didapati setelah kesusahan, dan kesedihan itu terletak antara dua kegembiraan. Sebab itu hati-hatilah memelihara amanah Allah dan amanah Rasulullah...
~petikan ulasan imam nawawi di dalam Riyadhus Solihin~ .


.....................

lesson learnt:

1) berfikir rasional dan bukan emosional.

dia cakap, tqa nie selalu mengambil keputusan atas dasar emosi, dan bukan rasional. atas dasar sedih, atas dasar kasihan dan simpati, dan kadang2 tu atas dasar yang tak sepatutnya. Maka, langkah sebaiknya, adalah tqa kna banyakkan syura. banyakkan meminta pendapat orang lain, nescaya akn selamat. die cakap, tqa jangan tergopoh gapah melakukan sesuatu, takut menyesal kemudian hari. RasulAllah saw PESAN, : "BERHATI2 ITU DARI ALLAH, MAKA TERBURU2 ITU DARI SYAITAN".


2) tahu prioriti dan keutamaan.

die cakap, tqa kna utamakan perkara yang UTAMA. PILIH AULAWIYAT. bukan nak buat banyak benda dalam satu masa. hal itu bagus, cuma perlu fokus, agar yang di kendong xberciciran. ye? disinilah letakkan ADIL dan BIJAK MEMILIH. kadang2, dalam melakukan pemilihan, harus perhatikan setiap aspek satu persatu. sertakan kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu, barulah memilih.


3)dalam kelembutan HARUS ada ketegasan.


die cakap lagi...tqa nie terlalu lembut, tak tahu bertegas pada diri sendiri dan orang lain. die pesan, tqa harus belajar itu...HARUS ADA STAND. PRINSIP SENDIRI. dan jangan biarkan orang GOYAHKAN DIRI DAN SEMANGAT TQA. tqa kna kuat! berkata benar. bertindak benar.


4)Berani menerima dan mendengar kritikan.


die tegur: "hey, jangan manje sangat, sayang!". kritikan dan teguran itu perlu, kerana kita bukan maksum. cume, harus berfikir waras..dan berlapang dada. ada kritikan yang harus diterima, namun ada yang harus diketepikan, bukannya menerima atau menolak semua.


5) kembali beristigfar dan bertaubat setelah tersasar.

die nasihat: selepas melakukan kekurangan, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. nanti, tqa akan jatuh dan lemah. sebaiknya, bergegaslah mencari ALLAH..mohonlah ampun dan minta agar ALLAH tunjukkan cara dan jalan terbaik utk membaiki kelemahan itu. PASTI KAU JUMPAI JALAN KELUAR.

......................

jazakillahu khair, YA UKHTI..
bercinta kita hingga ke syurga tertinggi.
hidup mulia dan mati syahid.

insyaALLAH.

No comments: