Tuesday, July 21, 2009

AUSTRALIA PART 2: sister to sisters


Iman Hassan Albasri berkata: “Wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kalian, dan bukan bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku.”

“Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat pada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan & tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah”.


~justeru, jadilah seorang pemberi peringatan~
.....................

ada suatu kisah, A, B , C dan D.

si A, B, C, dan D adalah adik beradik seibu. si ibu membesarkan mereka. dia cuba memberikan kasih sayang secukupnya, mengajarkan ilmu2 agar si anak membesar sebagai orang yang berguna pada masa hadapan.

suatu hari, si ibu merancang suatu perjalanan untuk menguji kesetiaan dan kefahaman anaknya terhadap apa yang mereka pelajari. si ibu melakuakan begitu, kerana baginya...selepas mendapat "sesuatu", si anak harus tahu menggunakannnya. mereka harus tahu mengamalkannya pada masa realiti, kerena si ibu takkan selalu bersama dengan mereka. sampai masa, si ibu akan pergi menyahut seruan yang lain.

MASA AMAT PANTAS BERLALU.si anak makin dewasa. menjadi gadis2 munggil yang cukup anggun.

sampailah masa di saat pengembaraan mereka bermula.

si ibu hanya mahu mendiamkan diri, dan sekadar melihat apa yang akan dilakukan anak2nya.

si ibu mahu melihat kedewasaan dan kematangan mereka saat berfikir dan bertindak, serta sejauh mana mereka bekerjasama dalam melakukan sesuatu hal.

...................................

A: dahulunya dia begini. dahulunya, dia hanya tahu mendengar, tapi di sana, dialah yang banyak
"memulakan" sesuatu. dialah yang paling aktif berbicara, tentang itu dan ini. dialah yang
dahulunya, terkadang menolak kata ibu, tapi sekarang.,.dialah yang melakukan apa yang ibu
pernah lakukan dahulu. die berlari laju dalam medan yang die pilih, laju tanpa menoleh ke
belakang lagi...

B: dia dahulunya tidak mengetahui banyak benda.dia selalu melakukan sesuatu yang besar
masalahnya. tapi sekarang, owh...begitu cepat dia meninggalkan segala yang terlarang itu.
begitu cepat die berubah...hingga menjadi anak yang menyejukkan mata.

C: dia agak senyap dan jarang bersuara. yang dia tahu, hanya tersenyum dan menganngguk
mendengar kata ibu. taat nye die. baik. tapi, akhirnya anak itu sedar juge, taat itu ada
tempatnya,,,dalma sesetengah perkara, si anak berani bersuara dan mengeluarkan pendapat. si
anak harus berfikir demi kemaslahatan orang lain. kadang2 si ibu melakukan salah, dan si
anak harus menegur jua, bukan hanya menerima bulat2 arahan ibu.

D: dia yang lembut, sopan. dia yang manja. walau begitu, dia dulunya, jarang bersama adik
beradiknya yang lain kerana sebab2 tertentu, hasilnya, dia agak kurang rapat dengan yang
lainnya. namun, akhirnya..si ibu melihat wajah gembira dan keceraiian mereka berempat. dia
sudah banyak bicara da tahu bergurau senda dengan mereka. alhamdulillah.

..........................

ketika anak2 nya tidur kepenatan dalam pengembaraan mereka, si ibu merenung anaknya satu persatu.

dia berfikir dan senyum sendiri.

........................

A, B, C, dan D...

bakal dilepaskan berlari tak lama lagi..


.......................

A, B, C dan D...

masa yang ligat berlalu..meninggalkan coretan hati indah.
bak musim bunga tidak lama lagi.
bunga2 mekar, harum mewangi.

......................

A, B, C, dan D...

manusia hebat..golongan logam..

selamat menyertai barisan ibu, sayang..!

.......................


si ibu merenung diri lantas bermonolog sendiri:

"A, B, C dan D..
Andai kalian boleh berubah dari 0 ke level atasan,
maka ibu yang hina dan faqir ini...tentu sekali boleh berubah ke arah yang lebih baik, kan?"

"si ibu mahu semakin baik dari hari ke hari sampai masa ajal menjemput"

"Apa yang penting ialah berani BERUBAH!"

"DAN SEPANJANG JALAN, PASTI MELALUI KESALAHAN DAN KEKURANGAN, namun..itu bukanlah KEJATUHAN..ssebaliknya langkah BERMULA untuk menjadi yang lebih baik..."

"belajarlah dari kesalahanmu!"

"yang salah ialah TIDAK BERGERAK. jika bergerak dan melakukan salah, maka itu bukan satu KESALAHAN"

begitu monolog ibu.

.......................

si ibu mengesat air matanya.

air mata syukur bersulam keinsafan.

.......................



........................

No comments: