Tiada Tuhan selainmu Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Mulia. Maha Sucimu ya Allah, Tuhan yang memiliki singgahsana yang agung. Segala puji bagimu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.. Ku mohon segala amalan yang membuka pintu rahmah dan maghfirahmu. Kumohon lindungan dari dosa, kaya dengan segala kebajikan dan selamat daripada segala dosa. Janganlah Engkau biarkan padaku walau satu dosa kecuali Engkam ampuninya, usah bebani aku walau satu masalah kecuali Engkau selesaikanlah ia.. Dan janganlah kau terbitkan suatu hajat yang Kau Redhai di hatiku kecuali Engkau tunaikan ia. Perdengarkanlah ini, wahai Tuhan yang Maha Pengasih..."
.................
aku rindu naqibah lamaku, kak S.
akk, rindu akk.
akk itu,owh...BESInya dia.
dia...yang mengenalkan aku pada tarbiyyah.dia yang mengenalkan aku pada dakwah. dia yang mengenalkan aku hakikat KARENAH manusia yang memeningkan. dia, kakak itu. kakak S.
.................
kakak itu,
mengajar aku menjadi manusia BERFIKIR.
mengajar aku menjadi manusia WARAS.
mengajar aku, BUKAN MENJADI PENGIKUT BUTA.
mengajar aku, bukan mengikut kawan.
kesiankan kawan.
teman kawan.
bukan.
kakak itu menagajar aku bertindak rasional.
berfikir.
berfikir.
berfikir untuk dunia akhirat aku.
berfikir untuk kemaslahatan umat.
dia, kakak itu.
kakak S.
"tqah, awk kna tau mana yang awk MAHU, mana yang awk PERLU. pandai bezakan antara keduanya. ye?"
"apa maksudnye, kak?"
"ade perkara yang saat ini, awak MAHU...tapi sebenarnya, awk tak PERLU kannya lagi, sbb mungkin perkara itu bukan tepat pada situasi sekarang.jadi, simpan dulu MAHU itu, utamakan yang PERLU. FIKIR IKUT KEPERLUAN, KEUTAMAAN. faham?"
"insyaALLAH..."
.................
kemudian, aku jumpe pula dengan kakak K.
kakak K ajar aku,
"adik, buat sesuatu kena berbincang.berbincang dengan orang yang lebih tua. berbincang dengan orang yang lebih pengalaman. jangan pendam sorang2. kemudian, fikir2 sendiri. itu bahaya".
sebab ape, kak?
"sebab adik masih baru. kalo tak rujuk ramai org, takut adik ambil keputusan salah. Islam pun ajar bersyura, kan?"
betul, kak.
"lagi 1, akk takut, kerana tindakan adik yang tak berfikir panjanga..akan mengeruhkan keadaan yang sudah jernih, membawa masalah, sehingga melibatkan orang lain"
kakak K aku peluk ERAT.menangis di bahunya. sepuas-puasnya.
aku pernah melakukan kesalahan dulu, atas kekurangan aku. betul. kadang2, ape yg kite fikir baik, mungkin sebenarnye tak baik. so, bila bincang...barulah kite nampak yang sebenarnya..kite dah tersasar.huhu.
...........
itulah ceritaku...cerita LAMA. cerita sebelum aku menjejakkan kaki di bumi kiwi ini.
betul.
pengalaman mengajar erti HIDUP!
aku mengutip mutiara mereka.
mutiara beharga kakak S dan kakak K.
sungguh, aku rindukan mereka.
mahu saja ..sekarang juga ...aku mahu terbang pulang ke tanah Malaysia.
"kakak, "baja" kan tqa!
"baja" kan tqa!
tanah tqa gersang.nanti tak de pokok mau hidup.
atau, pokok hidup bakal mati.
bajakan. bajakan!!
kekurangan dah ni!"
"tqa, awk ni manja la!. buat apa minta pada akk. minta pada ALLAH. kemudian, usahakan sendiri baja tu, bila tak mampu baru tanya akk! daie ape awk nie, lembik!"
..........
AKU...
MAHU MENJADI MANUSIA BESI.
TEGAR.
BERMANFAAT.
........
aku bukan manusia BASI.
buruk, memburukkan.
basi...bahaya, membahayakan.
xbermanfaat untuk dicerna.
menyusahkan hidup je.huhu.
.........
YA ALLAH, ikhlaskan hati ini.
ampuni dosa-dosa menggunung tinggi..
dosaku padaMu.
dosaku pada UmatMu.
dosaku pada ibu bapaku.
dosaku pada guruku, murabbiku.
dosaku pada sahabatku...
dan dosaku pada semua...
aku sedar...diri ini HINA.diri ini penuh nista. BUSUK.
maka ampunilah ya ALLAH..akn khilafku.
tsabatkan aku atas jalanMu.
ikatkan hatiku dengan hati2 mereka yang beriman,
dekatkan diriku dengan mereka2 yang beramal soleh...
satukan cinta kami...
agar kami terus bersama di syurgaMu.
KUATkan hatiku.teguhkan pendirianku. lestarikan usahaku, ya ALLAH.
maka berkatilah aku.
terimalah..
dan terimalah...
jangan sesekali semuanya kau lemparkan ke mukaku..
dek kelalaian dan kefaqiran sifatku.
ameen ya RABBAL 'ALAMIN.
......
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)
No comments:
Post a Comment