Thursday, July 30, 2009
gerimis dan sang pelangi
alhamdulillah..
syukur..syukur..syukur..
kehidupan..
andai boleh diungkapkan makna ertinya.. mendalam..
terlalu mendalam..
selepas habisnya rintik gerimis,
maka muncullah pula sang pelangi.
menghiasi dada langit tenang...
itu erti hidup.
tiap gelora mendatang,
pasti di susuli cantiknya lengkokan tepian..
tiap tangisan,
pasti disusuli gelak ceria berpanjangan.
di penghujung TIAP SESUATU..,, pasti hadirnya sinar bahagia.
musim panas,panas membakar..
luruh seketika..
sejuk menggigil..
aduhh..
BUNGA MEKAR SEMULA...........
subhanaALLAH..
..........
hidup,
hidup indah.
justeru...
apa erti HIDUP?
"MEMBERILAH SEBANYAK-BANYAKNYA..
bukan MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA.."
...........
Wednesday, July 29, 2009
kamu dah buat ke belum??!!
Apa khabar iman kawan2 hari ini?
sehat? atau demam2?
jom kawan2..kite bace ape yang PAKCIK ALBANNA suruh kite buat..
daie kan pantas berlari ke sana sini..
jom kite cek diri kite. jom2!
............
KEWAJIPAN SETIAP PARA DA'I
Baca, Amal dan Faham
by Ustaz Hassan al BANNA
1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang
dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam
masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.
2. Hendaklah kamu memperelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan
mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan
mempelajari seerah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang
dengan membaca kitab 'Hummatul Islam'. Hendaklah juga kamu banyakkan
membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang 40 hadis dan
seboleh-bolehnya hendaklah hadis 40 pilihan Imam Nawawi. Kamu juga
hendaklah mempelajari usul aqidah dan cabang-cabang fiqh.
3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap
penyakit yang dihadapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan
pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.
4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman
penyegar, jangan sekali-kali minum minuman-minuman ini kecuali ketika
darurat. Jangan sekali-kali merokok.
5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam
tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama
dibina atas dasar kebersihan.
6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata.
Janganlah melanggarnya walau apa pun jua keadaan.
8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan.
Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar,
merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf
diri dan mampu mengawal diri ketika marah.
9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan seius. Kewarakan kamu tidak
menghalang kamu dari gurauan benar ataupun dari ketawa melalui senyuman.
10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan
dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan kebaikan dan sedih
dengan keburukan. Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam
perkara yang bukan mendatang kehinaa, ketundukkan dan pendustaan.
Hendaklah meminta kurang dari kedudukan anda agar kamu dapat
mencapainya.
11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang
diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara
janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada. Begitu juga
perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan
yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala
nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh
diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun
perkara yang kamu tidak sukai.
12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam
khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan
khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang
berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa
kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah
bersegera dalam amalan kebaikan.
13. Hendaklah menjadi seorang yang penyayang, memuliakan, pemaaf dan
pengampun dan berlembut dengan manusia mahupan binatang. Hendaklah
mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia,
memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak,
memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak
menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan
bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan lain-lain
lagi.
14. Mampu membaca dan menulis dengan baik, banyak mentelaah
risalah-risalah, akhbar dan majalah 'kita'. Hendaklah membuat
perpustakaan sendiri walaupun kecil. Hendaklah kamu menjadi seorang yang
pakar dalam bidang ilmu dan seni anda jika kamu seorang ahli takhassus.
Hendaklah kamu menguasai hal ehwal am Islam yang membolehkan kamu
memahaminya dan memutuskan sesuatu huku yang bertetapan dengan kehendak
fikrah kita.
15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana
harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan
pendatapan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu
kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.
16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu
menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula kamu
menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya
kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.
17. Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok-eloknya, penuh
ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.
18. Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak
kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna
tidak ada kekurangan dan tidak sekali menangguh-nangguh.
19. Hendaklah menjauhi diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa
tujuan lain disebaliknya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan
yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan
diperolehi.
20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan
diri anda keseluruhannya dari riba.
21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi
Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi
Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar jangan terjatuh ke tangan pihak
bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu makan dan pakai
kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.
22. Hendaklah kamu memberi saham sebahagian dari harta kamu untuk
dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikahlah ia
sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta
benda, walau sekecil manapun pendapatan kamu.
23. Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa
kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya
kepada perkara yang bersifat bermewah-mewah.
24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala ada-adat
Islam dan mengahapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupan.
Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa,
sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makan dan
minum, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukanan dan
sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunnah
Rasulullah s.a.w.
25. Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah sivil dan setiap hukuman
yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media
massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah
kita.
26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan
bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara yang
menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan
keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat
sunat seperti qiamullail, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan,
memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar
dalam setiap keadaan.
27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa
berada dalam keadaan berwuduk kebanyakkan waktu.
28. Perelokkan solah kamu, sentiasa mengerjakannya pada waktunya dan
menjaganya agar ditunaikannya secara berjamaah dan di masjid sekadar
kemampuan kamu.
29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan
berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan
haji.
30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai
syahid dalam hati dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.
31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubat, sentiasa beristighfar,
melepaskan diri dari dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar.
Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalan
samada baik atau tidak sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa
kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang
tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat
supaya kamu tidak terjerumus dalam perkara yang haram.
32. Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu dapat
mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal
perasaan kamu, melawan dorongan nafsu syahwat dalam diri kamu dan
hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang
kamu dari melakukan perbuatan yang haram.
33. Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara
yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.
34. Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat dan
merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.
35. Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih
lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari segala
bentuk kemewahan.
36. Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari
kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu secara
terperinci kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara
sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan
melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hedaklah kamu sentiasa
menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya, kecualilah
dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka
dalam setiap interaksi kamu.
37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan
atau jemaah yang tidak ada hubung kait dengan kepentingan fikrah kamu
khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.
38. Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini
dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang
kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatan yang memberikan kesan yang
besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan
samada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa
menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di bereknya yang sentiasa
bersedia menunggu arahan.
Tuesday, July 28, 2009
PESAN IBU
tadi, sayup2 aku mendengar suara ibu di hujung talian..
"assalamualaikum...mak"
"waalaikumsalam..."
"mak sehat? mak tgh buat ape tu?"
"alhamdulillah, mak sehat je. mak tgh tgk TV ni, eisya ajak."
"hahaha, relax je mak hari ni..bes ke cerita tu?"
"bes sgt..ayah pun ade..tgk sekali kat sebelah mak ni..."
alhamdulillah, mesra sekali mereka..
mesra sekali ayah, ibu dan adik2 ku.
alhamdulillah...
keceriaan dan kebersamaan itu tertempias ke sini.
...........
aku menyambung perbualan..
"mak, ade berita bes untuk mak"
"ape?"
"cek rase hepi sgt2 sekrg, alhamdulillah..kalo mak nak tahu............... cek dah 'ok' dah."
"alhamdulillah, itulah, mak dah nasihat dulu...jgn terlalu fikirkan sesuatu yang di luar kawalan cek. kan semua tu, urusan ALLAH. sampai masa, ALLAH pasti permudahkan. kna sabar byk2. biasa la tu. cume cek kna selalu jaga hubungan denga ALLAH. ingat ALLAh byk2. istigfar byk2. ALLAH pasti tolong cek. kna yakin selalu yang ALLAH bersama cek?"
"insyaALLAH. cik dah hepi dah ni. sbb cek rasa, cek dah dekat dengan ALLAH balik..."
"mak doakan cek ye...kuat2 selalu, tenang2 selalu. ceria2 selalu"
"comel2 selalu kan?? hahaha"
"ape mak nie...perli cek ke?hahaha"
kami ketawa bersama.indah ceria.
............
kira2 1 jam aku berborak dgn ibu tadi. alhamdulillah. puas rasanye. madu itu ku teguk puas.
sungguh,aku rindukan ibu saat ini.
aku rindukan pelukan ibu saat ini.
aku rindukan ciuman ibu di pipiku saat ini.
aku rindukan sentuhan ibu saat ini.
sungguh..WALAU ibuku hanya muslim biasa2. bukan muslim yang tajam fikrah dakwahnya, namun ibuku...
tak pernah lupakan aku tentang pentingnya menjaga hubungan dengan ALLAH. dan ibu, dia seorg yang cukup menjaga qiamullail. saban malam, terkadang aku mendengar esakan tangisnya.
dan aku suke melihat ibu ku saat die solat dan berdoa.erat matanye di pejamkan.terkadang, tangisan membasahi pipi.syahdu saat itu. sebaik itu, aku terus memeluknya, dan mencium kedua pipinya.sungguh indah bersama ibu.
itu ibuku.
ibu yang sangat sabar dan rendah hati.
ibu yang tak pernah putus asa,
ibu yang sanggup bekorban,
ibu yang hebat.
dan aku,
anaknya yang mendapat sentuhan dakwah,
seharusnya lebih hebat dari ibu.kan?
ya..aku harus lebih hebat dari anak ibu.
ya, aku.
mulai hari ini...
harus lebih membaiki diri dan amalanku.
serta memegang nasihat ibu.
genggam, gigit dengan geraham.
itu janjiku pada ibu.
untuk lebih dekat dan ingat ALLAH sentiasa sebab hanya ALLAH tempat perlindungan dan pengharapan seorang hamba.
jazakillahu khairan katseera ibuku sayang.
.................
moga ibu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
"cek sayang mak sampai syurga tau.doakan cek selalu. doakan cek masuk syurga same dgn mak...!"
"insyaALLAH."
"ok mak. cek nak letak fon dulu. kirim salam kat ayah, abg, atik, eiti, epan, eisya,..dan semualah yang rindukan cek."
"insyaALLAH."
ASSALAMUALAIKUM
WAALAIKUMUSSALAM WBKH.
Monday, July 27, 2009
manusia BESI vs manusia BASI
Tiada Tuhan selainmu Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Mulia. Maha Sucimu ya Allah, Tuhan yang memiliki singgahsana yang agung. Segala puji bagimu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.. Ku mohon segala amalan yang membuka pintu rahmah dan maghfirahmu. Kumohon lindungan dari dosa, kaya dengan segala kebajikan dan selamat daripada segala dosa. Janganlah Engkau biarkan padaku walau satu dosa kecuali Engkam ampuninya, usah bebani aku walau satu masalah kecuali Engkau selesaikanlah ia.. Dan janganlah kau terbitkan suatu hajat yang Kau Redhai di hatiku kecuali Engkau tunaikan ia. Perdengarkanlah ini, wahai Tuhan yang Maha Pengasih..."
.................
aku rindu naqibah lamaku, kak S.
akk, rindu akk.
akk itu,owh...BESInya dia.
dia...yang mengenalkan aku pada tarbiyyah.dia yang mengenalkan aku pada dakwah. dia yang mengenalkan aku hakikat KARENAH manusia yang memeningkan. dia, kakak itu. kakak S.
.................
kakak itu,
mengajar aku menjadi manusia BERFIKIR.
mengajar aku menjadi manusia WARAS.
mengajar aku, BUKAN MENJADI PENGIKUT BUTA.
mengajar aku, bukan mengikut kawan.
kesiankan kawan.
teman kawan.
bukan.
kakak itu menagajar aku bertindak rasional.
berfikir.
berfikir.
berfikir untuk dunia akhirat aku.
berfikir untuk kemaslahatan umat.
dia, kakak itu.
kakak S.
"tqah, awk kna tau mana yang awk MAHU, mana yang awk PERLU. pandai bezakan antara keduanya. ye?"
"apa maksudnye, kak?"
"ade perkara yang saat ini, awak MAHU...tapi sebenarnya, awk tak PERLU kannya lagi, sbb mungkin perkara itu bukan tepat pada situasi sekarang.jadi, simpan dulu MAHU itu, utamakan yang PERLU. FIKIR IKUT KEPERLUAN, KEUTAMAAN. faham?"
"insyaALLAH..."
.................
kemudian, aku jumpe pula dengan kakak K.
kakak K ajar aku,
"adik, buat sesuatu kena berbincang.berbincang dengan orang yang lebih tua. berbincang dengan orang yang lebih pengalaman. jangan pendam sorang2. kemudian, fikir2 sendiri. itu bahaya".
sebab ape, kak?
"sebab adik masih baru. kalo tak rujuk ramai org, takut adik ambil keputusan salah. Islam pun ajar bersyura, kan?"
betul, kak.
"lagi 1, akk takut, kerana tindakan adik yang tak berfikir panjanga..akan mengeruhkan keadaan yang sudah jernih, membawa masalah, sehingga melibatkan orang lain"
kakak K aku peluk ERAT.menangis di bahunya. sepuas-puasnya.
aku pernah melakukan kesalahan dulu, atas kekurangan aku. betul. kadang2, ape yg kite fikir baik, mungkin sebenarnye tak baik. so, bila bincang...barulah kite nampak yang sebenarnya..kite dah tersasar.huhu.
...........
itulah ceritaku...cerita LAMA. cerita sebelum aku menjejakkan kaki di bumi kiwi ini.
betul.
pengalaman mengajar erti HIDUP!
aku mengutip mutiara mereka.
mutiara beharga kakak S dan kakak K.
sungguh, aku rindukan mereka.
mahu saja ..sekarang juga ...aku mahu terbang pulang ke tanah Malaysia.
"kakak, "baja" kan tqa!
"baja" kan tqa!
tanah tqa gersang.nanti tak de pokok mau hidup.
atau, pokok hidup bakal mati.
bajakan. bajakan!!
kekurangan dah ni!"
"tqa, awk ni manja la!. buat apa minta pada akk. minta pada ALLAH. kemudian, usahakan sendiri baja tu, bila tak mampu baru tanya akk! daie ape awk nie, lembik!"
..........
AKU...
MAHU MENJADI MANUSIA BESI.
TEGAR.
BERMANFAAT.
........
aku bukan manusia BASI.
buruk, memburukkan.
basi...bahaya, membahayakan.
xbermanfaat untuk dicerna.
menyusahkan hidup je.huhu.
.........
YA ALLAH, ikhlaskan hati ini.
ampuni dosa-dosa menggunung tinggi..
dosaku padaMu.
dosaku pada UmatMu.
dosaku pada ibu bapaku.
dosaku pada guruku, murabbiku.
dosaku pada sahabatku...
dan dosaku pada semua...
aku sedar...diri ini HINA.diri ini penuh nista. BUSUK.
maka ampunilah ya ALLAH..akn khilafku.
tsabatkan aku atas jalanMu.
ikatkan hatiku dengan hati2 mereka yang beriman,
dekatkan diriku dengan mereka2 yang beramal soleh...
satukan cinta kami...
agar kami terus bersama di syurgaMu.
KUATkan hatiku.teguhkan pendirianku. lestarikan usahaku, ya ALLAH.
maka berkatilah aku.
terimalah..
dan terimalah...
jangan sesekali semuanya kau lemparkan ke mukaku..
dek kelalaian dan kefaqiran sifatku.
ameen ya RABBAL 'ALAMIN.
......
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)
Friday, July 24, 2009
sudah PULIH.
alhamdulillah,
JIWA ATIQAH dah kembali KUAT DAN BERTENAGA untuk bergerak menyemarakkan bumi ALLAH.
ayoh ATIQAH,
berlari..dan teruskan berlari...
laju dan semakin laju.
jangan toleh ke belakang lagi.
mara ke hadapan..dan lajukan ayunan langkah..
BERTERBANGAN lah jiwa........
BEBAS!
alhamdulillah.
ATIQAH sudah PULIH.
"ini medan rasa..
ini sekolah hidup..
ini perjuangan tanpa batas usia..
ini bait-bait pengorbanan..
didirikan atas luka dan kegemilangan semalam..
lupakan saja apa2 yg berbau tanah..
lupakan saja apa2 yg menggebu..
ini dunia tnpa hati..
kerana kau mngejar yg pasti.."
(kak wa)
"Janganlah kalian berputus asa, kerana putus asa itu bukan dari akhlak muslim. Hakikat kenyataan hari ini adalah impian semalam, dan mimpi hari ini adalah hakikat dan kenyataan hari esok, dan waktu masih banyak. Anasir kekuatan sentiasa berada dalam jiwa kamu yang beriman, walau bagaimana besar pun kekuasaan kebatilan. Orang-orang yang lemah tidak akan menjadi lemah untuk seumur hidup dan orang yang kuat tidak akan kekal kekuatannya selama-lamanya "
{Hassan al-Banna}
Thursday, July 23, 2009
Mengertilah...
Ada sesuatu yang harus dimengerti. Ada sesuatu yang harus dilakukan.
benar, ALLAH menguji itu tandanya ALLAH sayang dan dekat dengan diri ini. bukan simbol kebencian apatah lagi penghukuman.
ALLAH xmemulaukan diriku, malah ALLAH tahu apa yang terbaik di saat ini.
justeru diri yang hina ini harus tunduk menyerah hanya sanya pada ALLAH.
MEYERAH SEGALA KETENTUAN HIDUP hanyasanya PADA ALLAH.
tiada apa yang perlu dikecewakan, di sedihkan mahupun di mengeluh.
tiada apa.
kerana dari ALLAH ia datang, kepada ALLAH jua ia kembali.
yakinlah!
......................
bila difikir dan dimengerti.
mungkin ALLAH xberi apa yang dihajati..
kerana belum sampai masanya yang sesuai.
mungkin ALLAH xberi apa yang diminati,
kerana ALLAH ingin menguji sejauh mana kesetiaan dan pengharapanku pada ALLAH.
atau mungkin juga ALLAH xmakbulkan permintaan ini,
kerana dia ingin menolak keburukan padaku.
BUKANKAH ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU?
BUKANKAH BARANGSIAPA YANG BERSERAH DIRI, MAKA ALLAH LAH PENOLONG DAN PELINDUNG MEREKA?
yang pasti...
ALLAH punya alasan tersendiri yang sukar dimengerti.
.......................
lantas,
apa yang harus ku lakukan saat sekarang?
1) kembalikan semula niat asalku untuk memiliki perkara itu..pastikan ianya hanya untuk ALLAH
dan untuk kemuliaan agama ini.
2) berserah dan banyakkan berdoa pada ALLAH, kerana mungkin saja ALLAH simpan perkara itu,
dan memberinya pada masa yang sesuai dengan kemampuanku.
3) membunuh pengharapan aku pada perkara itu. tidak bersedih dengan kehilangannya. lalu,
fokuslah pada perkara yang masih utama. terlalu banyak yang harus ku lakukan dan kejari
dalam hidup ini.
4) bergerak dan lakukan sesuatu. jika terus diam dan ber"uzlah" begini, takkan menyelesaikan
apa2, sebaliknya hanya merugikan masa yang sekian bergerak pantas, meninggalkan aku.
5) berbahagialah dengan ujian ini, kerana ia membuatku lebih dekat dengan ALLAH. bukankah itu
lebih baik dari dunia dan seisinya?
.......................
bergembiralah dan hiburkanlah hatimu dengan hal-hal yang tak membebankan.
tangisan yang berterusan hanya melemahkan jiwa ragamu.
......................
kembali ceria dan terbangkanlah jiwamu menuju penguasa sang langit dan bumi.
berdoa..kerana ALLAH maha mendengar dan mengetahui. kan?
usah putus asa dan takut akan sebarang kemungkinan.
lakukan. berbahagialah........
insyaALLAH...
ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit buat orang2 yang kuat imannya dan cekal pengharapannya pada ALLAH.
mengertilah...
kau harus bersangka baik dengan ALLAH dan bersangka baik dengan dirimu sendiri.
mengertilah, duhai jiwa ATIQAH.
berusaha!
benar, ALLAH menguji itu tandanya ALLAH sayang dan dekat dengan diri ini. bukan simbol kebencian apatah lagi penghukuman.
ALLAH xmemulaukan diriku, malah ALLAH tahu apa yang terbaik di saat ini.
justeru diri yang hina ini harus tunduk menyerah hanya sanya pada ALLAH.
MEYERAH SEGALA KETENTUAN HIDUP hanyasanya PADA ALLAH.
tiada apa yang perlu dikecewakan, di sedihkan mahupun di mengeluh.
tiada apa.
kerana dari ALLAH ia datang, kepada ALLAH jua ia kembali.
yakinlah!
......................
bila difikir dan dimengerti.
mungkin ALLAH xberi apa yang dihajati..
kerana belum sampai masanya yang sesuai.
mungkin ALLAH xberi apa yang diminati,
kerana ALLAH ingin menguji sejauh mana kesetiaan dan pengharapanku pada ALLAH.
atau mungkin juga ALLAH xmakbulkan permintaan ini,
kerana dia ingin menolak keburukan padaku.
BUKANKAH ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU?
BUKANKAH BARANGSIAPA YANG BERSERAH DIRI, MAKA ALLAH LAH PENOLONG DAN PELINDUNG MEREKA?
yang pasti...
ALLAH punya alasan tersendiri yang sukar dimengerti.
.......................
lantas,
apa yang harus ku lakukan saat sekarang?
1) kembalikan semula niat asalku untuk memiliki perkara itu..pastikan ianya hanya untuk ALLAH
dan untuk kemuliaan agama ini.
2) berserah dan banyakkan berdoa pada ALLAH, kerana mungkin saja ALLAH simpan perkara itu,
dan memberinya pada masa yang sesuai dengan kemampuanku.
3) membunuh pengharapan aku pada perkara itu. tidak bersedih dengan kehilangannya. lalu,
fokuslah pada perkara yang masih utama. terlalu banyak yang harus ku lakukan dan kejari
dalam hidup ini.
4) bergerak dan lakukan sesuatu. jika terus diam dan ber"uzlah" begini, takkan menyelesaikan
apa2, sebaliknya hanya merugikan masa yang sekian bergerak pantas, meninggalkan aku.
5) berbahagialah dengan ujian ini, kerana ia membuatku lebih dekat dengan ALLAH. bukankah itu
lebih baik dari dunia dan seisinya?
.......................
bergembiralah dan hiburkanlah hatimu dengan hal-hal yang tak membebankan.
tangisan yang berterusan hanya melemahkan jiwa ragamu.
......................
kembali ceria dan terbangkanlah jiwamu menuju penguasa sang langit dan bumi.
berdoa..kerana ALLAH maha mendengar dan mengetahui. kan?
usah putus asa dan takut akan sebarang kemungkinan.
lakukan. berbahagialah........
insyaALLAH...
ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit buat orang2 yang kuat imannya dan cekal pengharapannya pada ALLAH.
mengertilah...
kau harus bersangka baik dengan ALLAH dan bersangka baik dengan dirimu sendiri.
mengertilah, duhai jiwa ATIQAH.
berusaha!
Wednesday, July 22, 2009
kesat air mata mu.
kecewa.
kecewa.
kecewa.
sedih.
sedih.
sedih.
tapi, harus sampai bila?
harus bila berhenti menangis?
harus bila berhenti mengeluh.
bila bahagia di cari tak kutemui.
bila impian itu tak dilunasi.
bila permohonan itu diketepi.
.......................
oh diri.
jiwa atiqah.
bukankah ada ALLAH?
bukankah ALLAH mendengar dan mengetahui?
bukankah ALLAH itu ada?
bukankah ALLAH tahu yang terbaik?
....................
kemana diri harus melangkah membawa diri ini pergi?
ke jalan mana?
jangan toleh belakang.
jangan.jangan.
nanti engkau sakit.
jangan.
...................
oh ALLAH. oh RABBi.
teguhkan hati ini.
kuatkan jiwa ini.
maha KUAT, maha PEMBERI hanya diriMu.
.................
ampuni diri ini.
ampunilah.
sayangi diri ini.
sayangilah.
cintai diri ini.
cintailah.
................
tolonglah......
tolong........
................
ku menangis lagi.
resah tak bertepi.
kembalikan aku pada CAHAYAMU. Pada JANJI mu.
aku merasa sendiri.
resah tak bertepi.
kembalikan aku.
kembalikan aku.
kembalikan.
................
oh ALLAH.
untuk ibuku..
aku mohon bahagianya yang ada bersama bahagiaku.
ampuni dosanya.
dan ampuni dosaku.
kelemahanku.
oh ALLAH,
untuk ayahku.
aku mohon redhanya.
aku mohon kau sayangi dia.
aku mahu membahagiakan mereka seadanya.
..................
aku merasa sendiri.
di persimpangan tak berpenghujung.
sampai bila ku harus menanti?
mohon jawapanmu ya ALLAH.
AKU HAMBA HINA.
Tuesday, July 21, 2009
AUSTRALIA PART 3: sister to sister
ketahuilah bahawa kemenangan itu akan dicapai dengan kesabaran, kesenangan itu akan didapati setelah kesusahan, dan kesedihan itu terletak antara dua kegembiraan. Sebab itu hati-hatilah memelihara amanah Allah dan amanah Rasulullah...
~petikan ulasan imam nawawi di dalam Riyadhus Solihin~ .
.....................
lesson learnt:
1) berfikir rasional dan bukan emosional.
dia cakap, tqa nie selalu mengambil keputusan atas dasar emosi, dan bukan rasional. atas dasar sedih, atas dasar kasihan dan simpati, dan kadang2 tu atas dasar yang tak sepatutnya. Maka, langkah sebaiknya, adalah tqa kna banyakkan syura. banyakkan meminta pendapat orang lain, nescaya akn selamat. die cakap, tqa jangan tergopoh gapah melakukan sesuatu, takut menyesal kemudian hari. RasulAllah saw PESAN, : "BERHATI2 ITU DARI ALLAH, MAKA TERBURU2 ITU DARI SYAITAN".
2) tahu prioriti dan keutamaan.
die cakap, tqa kna utamakan perkara yang UTAMA. PILIH AULAWIYAT. bukan nak buat banyak benda dalam satu masa. hal itu bagus, cuma perlu fokus, agar yang di kendong xberciciran. ye? disinilah letakkan ADIL dan BIJAK MEMILIH. kadang2, dalam melakukan pemilihan, harus perhatikan setiap aspek satu persatu. sertakan kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu, barulah memilih.
3)dalam kelembutan HARUS ada ketegasan.
die cakap lagi...tqa nie terlalu lembut, tak tahu bertegas pada diri sendiri dan orang lain. die pesan, tqa harus belajar itu...HARUS ADA STAND. PRINSIP SENDIRI. dan jangan biarkan orang GOYAHKAN DIRI DAN SEMANGAT TQA. tqa kna kuat! berkata benar. bertindak benar.
4)Berani menerima dan mendengar kritikan.
die tegur: "hey, jangan manje sangat, sayang!". kritikan dan teguran itu perlu, kerana kita bukan maksum. cume, harus berfikir waras..dan berlapang dada. ada kritikan yang harus diterima, namun ada yang harus diketepikan, bukannya menerima atau menolak semua.
5) kembali beristigfar dan bertaubat setelah tersasar.
die nasihat: selepas melakukan kekurangan, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. nanti, tqa akan jatuh dan lemah. sebaiknya, bergegaslah mencari ALLAH..mohonlah ampun dan minta agar ALLAH tunjukkan cara dan jalan terbaik utk membaiki kelemahan itu. PASTI KAU JUMPAI JALAN KELUAR.
......................
jazakillahu khair, YA UKHTI..
bercinta kita hingga ke syurga tertinggi.
hidup mulia dan mati syahid.
insyaALLAH.
AUSTRALIA PART 2: sister to sisters
Iman Hassan Albasri berkata: “Wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kalian, dan bukan bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku.”
“Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat pada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan & tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah”.
~justeru, jadilah seorang pemberi peringatan~
.....................
ada suatu kisah, A, B , C dan D.
si A, B, C, dan D adalah adik beradik seibu. si ibu membesarkan mereka. dia cuba memberikan kasih sayang secukupnya, mengajarkan ilmu2 agar si anak membesar sebagai orang yang berguna pada masa hadapan.
suatu hari, si ibu merancang suatu perjalanan untuk menguji kesetiaan dan kefahaman anaknya terhadap apa yang mereka pelajari. si ibu melakuakan begitu, kerana baginya...selepas mendapat "sesuatu", si anak harus tahu menggunakannnya. mereka harus tahu mengamalkannya pada masa realiti, kerena si ibu takkan selalu bersama dengan mereka. sampai masa, si ibu akan pergi menyahut seruan yang lain.
MASA AMAT PANTAS BERLALU.si anak makin dewasa. menjadi gadis2 munggil yang cukup anggun.
sampailah masa di saat pengembaraan mereka bermula.
si ibu hanya mahu mendiamkan diri, dan sekadar melihat apa yang akan dilakukan anak2nya.
si ibu mahu melihat kedewasaan dan kematangan mereka saat berfikir dan bertindak, serta sejauh mana mereka bekerjasama dalam melakukan sesuatu hal.
...................................
A: dahulunya dia begini. dahulunya, dia hanya tahu mendengar, tapi di sana, dialah yang banyak
"memulakan" sesuatu. dialah yang paling aktif berbicara, tentang itu dan ini. dialah yang
dahulunya, terkadang menolak kata ibu, tapi sekarang.,.dialah yang melakukan apa yang ibu
pernah lakukan dahulu. die berlari laju dalam medan yang die pilih, laju tanpa menoleh ke
belakang lagi...
B: dia dahulunya tidak mengetahui banyak benda.dia selalu melakukan sesuatu yang besar
masalahnya. tapi sekarang, owh...begitu cepat dia meninggalkan segala yang terlarang itu.
begitu cepat die berubah...hingga menjadi anak yang menyejukkan mata.
C: dia agak senyap dan jarang bersuara. yang dia tahu, hanya tersenyum dan menganngguk
mendengar kata ibu. taat nye die. baik. tapi, akhirnya anak itu sedar juge, taat itu ada
tempatnya,,,dalma sesetengah perkara, si anak berani bersuara dan mengeluarkan pendapat. si
anak harus berfikir demi kemaslahatan orang lain. kadang2 si ibu melakukan salah, dan si
anak harus menegur jua, bukan hanya menerima bulat2 arahan ibu.
D: dia yang lembut, sopan. dia yang manja. walau begitu, dia dulunya, jarang bersama adik
beradiknya yang lain kerana sebab2 tertentu, hasilnya, dia agak kurang rapat dengan yang
lainnya. namun, akhirnya..si ibu melihat wajah gembira dan keceraiian mereka berempat. dia
sudah banyak bicara da tahu bergurau senda dengan mereka. alhamdulillah.
..........................
ketika anak2 nya tidur kepenatan dalam pengembaraan mereka, si ibu merenung anaknya satu persatu.
dia berfikir dan senyum sendiri.
........................
A, B, C, dan D...
bakal dilepaskan berlari tak lama lagi..
.......................
A, B, C dan D...
masa yang ligat berlalu..meninggalkan coretan hati indah.
bak musim bunga tidak lama lagi.
bunga2 mekar, harum mewangi.
......................
A, B, C, dan D...
manusia hebat..golongan logam..
selamat menyertai barisan ibu, sayang..!
.......................
si ibu merenung diri lantas bermonolog sendiri:
"A, B, C dan D..
Andai kalian boleh berubah dari 0 ke level atasan,
maka ibu yang hina dan faqir ini...tentu sekali boleh berubah ke arah yang lebih baik, kan?"
"si ibu mahu semakin baik dari hari ke hari sampai masa ajal menjemput"
"Apa yang penting ialah berani BERUBAH!"
"DAN SEPANJANG JALAN, PASTI MELALUI KESALAHAN DAN KEKURANGAN, namun..itu bukanlah KEJATUHAN..ssebaliknya langkah BERMULA untuk menjadi yang lebih baik..."
"belajarlah dari kesalahanmu!"
"yang salah ialah TIDAK BERGERAK. jika bergerak dan melakukan salah, maka itu bukan satu KESALAHAN"
begitu monolog ibu.
.......................
si ibu mengesat air matanya.
air mata syukur bersulam keinsafan.
.......................
........................
Monday, July 20, 2009
AUSTRALIA PART 1: sister to sisters
"wahai rasulALLAH, katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang ISLAM, yang tak mungkin aku tanyakan pada siapapun, selain kepadAMU.Baginda bersabda: katakanlah AKU BERIMAN KEPADA ALLAH, lalu ISTIQAMAH lah" (HR MUSLIM).
...................
AUSTRALIA..
memori semalam segar di ingatan.
bak segarnya kuntuman ros di pagi hari saat sang suria menghadiahkan senyum buat penduduk bumi.
itulah aku, itu desir hatiku.
aku mendapat HAMASAH kalian, wahai pejuang di bumi sana.
aku menggengam SENTUHAN kalian..
aku merasakan PENCERAHAN yang kalian titipkan.
jazakillah khair..
buat akhawat fillah di tanah seberang.
sesampai disana, aku dikejutkan dengan bisikan darinya. seorang ukhti yang lama sudah tak kutemui. adikku. die pernah menjadi adikku dulu. die pernah menjadi sebahagian dariku dulu. dia merapat; sambil berbisik, dia menarik2 bajuku. halus. bererti.
"akk, rindu akk"
" rindu awk juge, dik. ape khabar orang hebat?"
"hebat?"
"ye la, awk kan hebat..akn lebih hebat nnt...kan awk dah mula nak "bergerak" di sana."
"akak, akak kna tolong saya, please."
"ade ape, dik? akk akn cube tolong"
"akk kna ajar saya camne nak mentarbiyyah dan faham dakwah. akk kna tolong kawan2 saya. akk kna tolong kami...akk tolong, ye?"
................
Aku melihat adik itu bersama hamasahnya yang membara.
aku melirik tajam pada matanya...
mata yang bersinar2 saat melihat wajahku muncul di balik orang ramai.
saat itu,
aku merenung ke dalam diri.
layakkah aku mengajar adik itu.
sedangkan aku...
aku juga masih membina hamasahku yg sedikit LUNTUR tika ini.
aku ke sini juga kerna mencari spirit yang hilang....
tapi rupenya...ALLAH menghadiahkan AKU dirinya...
untuk ku bajai HAMASAH itu...menyulamkan BENIH2 IMAN dan UKHUWWAH.
Moga adik kuat di sana, menjadi perintis di bumi asing sana.
.................
"insyaALLAH, dik..akk tolong ye. nnt akak cerita2. nak? jom la ikut akk"
"terima kasih kak. sayang akak...!"
"saye nak dengar tentang A, pastu akk cerita ttg B plak ye, pastu ttg C pulak tau!"
"baik, syg..."
kami berpelukan ERAT.
akn ku cuba sebaiknya.
ALLAH MENGHANTAR AKU KESINI ADALAH UNTUK MENOLONG DIA.
MEMBINA JUNDIY2 DI TEMPATNYA.
berusaha!
desis hati kecilku.
.................
saat ku merapati dia, saat aku bergurau senda dengannya...mesra kami seperti dahulunya..
sahabat2 si adik yang menemani dirinya ke perjumpaan kami turut menjadi sebahagian dari kami juga. SUBHANAALLAH. cinta apekah ini, aku sangat menyayangi kalian semua.
kenangan 8 hari kite...
kenangan itu teramat indah untuk di ungkapkan dengan kata2.
alhamdulillah............
"akk dah ade byk anak sekrg, kitorg nak jadi anak akk juge... tapi jgn jadikan kitorg anak angkat tau..."
"baik2, hahaha...anak akk, cume di bumi lain, haaa...jgn lupa balik rumah ibu. dtg auckland. balik kampung, ye... ingat ye!!!"
aku mencubit pipi mereka satu persatu. dan kami ketawa bersama.
owh....
manisnya.
...................
malam terakhir kami bersama.
aku terpaksa bermalam di airport.
mereka berkeras mahu menemanimu dan adik2 ku yang bakal pulang ke AUCKLAND.
"akk rasa, better korg berehat di sini saja. xprlu ikut akk ke epot ye. lagipula, flight korg hari esoknya...ye?"
"xboley kak. kami xmahu"
kawan2 si adik mengangguk2. setuju.
salah seorang dari mereka bersuara:
"akk, kami nak dengar pengisian akk dengan adik2 akk. kami nak bersama dengan akk.ini kan malam terakhir kite di sini"
muka mereka sedih.
bukanlah niatku untuk xmembenarkan mereka. cume, aku merasakan mereka mungkin terlalu penat kerana seharian kami berjalan2, berkejaran train, ferry dan bas. aku mahu mereka berehat kerana esok, mereka juga bakal meneruskan perjalanan mereka yang masih berbaki. apatah lagi, untuk bermalam di airport, dengan suasana musim dingin yang amat sejuk itu. aku sungguh2 tak sampai hati. membiarkan mereka tidur di lantai kerana kerusi2 di airport sudah penuh. berat hatiku.
aku diam saja saat itu.
kemudian, sahabatku bersuara.
"biarkanlah mereka....."
........................
kite berjaga malam itu.
saat manusia lainnya tidur..
ada yang berselimut di tepi dinding, xkalah juga ada yang berbaring terus dengan sleeping bag masing2..
namun kite...
masih mengalunkan AYAT2 SUCI ALQURAN dari surah AL FURSHILAT.
subhanaALLAH.
ALLAH MENGIZINKAN KITE, KAN ADIK?
BERNAFAS DISINI.
TERUS BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA.
kalam ALLAH itu kami sudahi dengan tafsiran surah MUZAMMIL.
AL MUZZAMMIL yang menggoncangkan JIWA.
Allahukabar!
.......................
adik2 ku di bumi sana..
kalian adalah ASSABIQUNAL AWWALUUN!
berlarilah...
dann teruslah berlari di sana..........
aku yakin,
kalian mampu menjadi printis di sana.
kerana..
kalian orang HEBAT.
dari kejauhan ku merasai..
ku lihat...sinar2 ISLAM di mata bening itu.
CAHAYA ISLAM...
CAHAYA TARBIYYAH ISLAMIAH BERAMALKAN DAKWAH.
moga berjaya, sayang!
terima kasih atas HAMASAH kalian yang acap kali mengobarkan dan menyalakan HAMASAH diriku.
jazakillah duhai adik2 ku...atas riak wajah, senyuman dan senda gurau kalian yang menghiburkan jiwa ini...jazakillah sayang.....
andai kalian tahu...
bahwa hati ini sedang mencari kebahgiaan itulah.
sungguh duhai adik...
ALLAH sayang kalian...
kerana DIA menghadiahkan KEFAHAMAN AD DEEN untuk kalian...
kerana DIA menyusun perjalanan hidup kalian untuk menerima amanah ini.
dan ALLAH sayang kite..
kerana ALLAH temukan kite di jalan ini.
MOGA KITE TSABAT.
DAN BERJUMPE LAGI.
....................
~kasih hingga ke pintu syurga ye, dik..~
........................
POHON
posted by: kak PIJA
Akhir-akhir ini, pelbagai perkara yang berlaku. Perkara yang apabila kita bertenang, kemudian menarik nafas panjang dan meleraikan kekusutan yang berkecamuk di kepala, sebenarnya kita boleh tersenyum kerananya…
Rindunya pada dia yang pernah menunjukkan pada diri ini bahawa kita boleh menjadi pohon yang berbuah rendang. Yang apabila dibaling batu, membalas dengan buah yang masak ranum. Kami bertemu kerana kami punya cita-cita yang sama, walaupun kami ini berbeza kabilah…
Terdapat satu peristiwa yang tidak mungkin terluputkan dari ingatan. Lidah ini, tanpa sedar telah mengguris hatinya dengan kata-kata yang pelik. Kenapa pelik? Kerana (baruku sedar) hanya orang-orang yang pelik-pelik saja yang berkata-kata begitu…
“Astagfirullah! Istigfar ukhti, istigfar!”
Goncangan terasa cukup kuat, bukan sekadar menggegarkan tubuh ini, namun turut sama menggegarkan rasa yang terdalam.
“Terlalu banyak persamaan kita, kenapa hanya perbezaan yang sedikit itu yang enti nampak? Di mana berlapang dada enti?”
Jelas kelihatan air jernih disudut matanya. Dia segera berlalu. Mungkin membawa hati yang luka.
Astagfirullah… kertas dicapai, dan satu garis lurus dibuat. Disudut kiri ditulis SAMA, dan kanan pula BEZA. Benar katamu… bahagian sebelah kanan hampir saja kosong jika bukan kerana satu atau dua perkataan. Namun, perkataan itulah yang dikorek-korek, hingga menjadi luka yang membusung. Sehingga bernanah-nanah dan mengeluarkan bau yang busuk. Bukankah Rasulullah pernah menegur Muhajirin dan Ansor untuk meninggalkan seruan jahiliyah itu? Kenapa tidak diambil pengajaran dan masih menjadi PELIK?
Maafkan wahai ukhti, kiranya diri ini terlupa seketika pesan itu… kiranya, diri ini terlalai pada kata-kata yang selalu diulang-ulang… bekerja sama atas perkara yang disepakati, berlapang dada pada perkara yang diperselisihkan…
Petang itu enti pulang bersama buah tangan yang sangat banyak dan senyum manis yang paling menawan. Jazakillah ukhti, kerana pengertian… kerana sudi memaafkan… kerana memberi peluang…
Alhamdulillah, kita telah dipertemukan seawal menjejakkan kaki ke Negara Antah Berantah ini. Rupanya, itulah antara bekalan yang penting yang diperlukan…
***
Masjid Biru ini memang sentiasa penuh terutamanya pada waktu-waktu solat begini. Tiba-tiba, satu suara yang familiar memberi salam. Rupanya seorang kakak senior dalam kabilah, yang sama-sama baru selesai berjemaah. Selepas bertukar khabar, dia bertanya.
+“Dah mula ‘bekerja’ di sini?”
-“InsyaAllah, Alhamdulillah.”
+“Mesti dah berlaku bertembungan dengan kabilah sebelah.”
-“Ana tak faham.”
+“Belum pernah bergaduh dengan mereka ke? Kalau belum maknanya enti belum betul-betul bekerja lagi.”
Ana tersengih. Aduhai kakakku…
-“InsyaAllah setakat ni ana rasa ana sudah bekerja, tapi belum ada perselisihan macam yang akak cakap tu.”
+“Maknanya belum betul-betul lagilah tu. Indikator bekerja di Negara Antah Berantah ni adalah bila kita sudah bertembung dengan mereka. Barulah betul-betul bekerja namanya.”
-“Kelakarlah akak ni. Indikator tu tak pernah ana dengar. Memang ana faham, siapa yang bekerja dia akan berdepan dengan masalah, tapi bukan bercakar sesama sendiri.”
+“Enti belum faham lagi. Istilah sesama sendiri tu tak sesuai. Waqi’ di sini memang macam tu. Mereka akan cuba bergaduh dengan kita.”
-“Kalau begitu, ana pilih untuk tidak faham sajalah. Jika ada yang mahu bergaduh, biar mereka bergaduh sorang-sorang. Ana nak berkawan. Jika semua orang pun begitu, biarlah ana yang mengubahnya, bermula dengan diri ana sendiri.”
+“Nampak sangat enti masih baru dan tidak faham apa-apa.”
-“Jazakillah kak. Beruntunglah ana sebab masih baru dan tidak faham. Mujur juga sebab kalau tidak mesti ana pun praktikkan benda yang sama…”
Bicara petang itu membuatkan diri teringat pada peristiwa yang membekas dihati ini. Hp menerima mesej yang sangat panjang, penuh dengan kata-kata benci dan meluat.
“…Harap selepas ni enti jgn hubungi ana lagi. Ana sudah ber‘janji’ untuk tidak mendengar dan bercakap dengan enti lagi…”
Kala itu, ukhti yang dirindui sedang bersama menikmati minum petang (yang sebenarnya breakfast, lunch dan dinner kita juga hari itu). Enti tersenyum sambil berkata,
“Islam itukan menganjurkan persaudaraan dan dakwah kita adalah dakwah kasih sayang…” Sambil menepuk bahuku, enti berkata penuh makna;
“Hei Daie… hati jangan sejemput!!!”
Esoknya, di dewan kuliah. Nota pendek tulisan tangan (yang tidak berapa cantik itu) dilipat kemas, kemudian diselitkan pada buku ukhti yang menghantar sms semalam. Nota itu punya dua perenggan, dimulai dengan ayat,
“…enti cuma janji untuk tidak berjumpa dan bercakapkan? Jadi apa kata ana menulis surat?…”
Dan tengah hari itu, kami solat berjemaah bersama-sama disurau fakulti.
Walaupun kami berbeza kabilah, namun kami yakin. Jika suatu hari nanti, tibanya masa untuk kami bekerja bersama, maka perkara itu adalah mudah untuk kami lakukan.
Kerana antara kami,
tiada perselisihan,
tiada luka atau guris yang memedih,
tiada rasa superior atau inferior antara satu dengan yang lain…
yang ada cuma rasa kasih sayang yang mendalam,
kerana ukhuwwah kami fillah…
kerana pada pandangan mata kami yang baru dan mentah ini,
kami adalah ‘sesama sendiri’…
sama ada memandang atau dipandang,
yang jelas tertera pada kami,
adalah kami punya cita yang sama…
***
Teringat kepada adik yang sedang berada jauh di mata. Seringkali bila nombor seberang laut tertera di hp, hati menjadi risau. Musibah apa pula yang melanda kali ini? Dan setiap kali itulah yang mampu dipesan adalah; Sabar, Ikhlas dan perhatikan Akhlak…
Dalam air mata dan sendu kamu itu, kamu diingatkan kepada akhlak…
kenapa ia juga penting? Sepenting sabar dan ikhlas? …
Kerana kita bersaudara dik…
kerana bapa kita adalah ISLAM dik…
insyaAllah kita akan bersatu suatu hari nanti…
dan jika kita menjaga akhlak kita,
insyaAllah, usaha ke arah itu akan lebih mudah.
Kerana kita tidak perlu segan dan malu dengan kesilapan lalu,
dengan terkasar bahasa dan hati yang terguris…
(ke, memang tidak terlintas bahawa suatu hari nanti kita akan bersatu? Huhuhu, nauzubillah…)
Adik sedihkah diri dihina? Adik sedihkah diri diasingkan? Adik sedihkah dikatakan asing? Adik sedihkah dengan semua yang pelik-pelik itu? Hati adik pedihkah dengan kata-kata itu?
Adikku, dengar baik-baik ya…
“Hey daie… hati jangan sejemput!!!”
***
Untuk diri sendiri, jgnlah tutup mata, telinga, dan terutama sekali hati… untuk terus menerus mencari dan mendapatkan kebenaran… kebenaran itu, walaupun pahit, akan tetap benar… teringat seawal-awal mengenal madrasah ini, diri bertanya kepada sorg dia yang dipanggil murobbi… “Kita ini siapa?” jawab dia sambil tersengih, “Kita adalah penegak yg hak, penolak kebatilan!”
Ukhti yang dirindui… Jazakumullah hu khairan jaza untuk mu (dan ramai lagi sebenarnya di luar sana, yang pernah ditemui atau insyaAllah akan ditemui ) kerana menunjukkan bukti bahawa membalas perbuatan buruk dengan balasan baik boleh dilakukan. Dan ianya mudah dilakukan serta memudahkan… jika tidak melihat dengan mata kepala sendiri, entah sampai bila ungkapan-ungkapan itu hanya tinggal teori-teori kosong… Alhamdulillah…
Ana rindu enti, dan sindiran itu…
“Hei daie… hati jangan sejemput!!!”
Australia: A Journey of TARBIYYAH (baz's reflection)
assalamualaikum.
minta maaf kepada sahabat-sahabat yang menunggu tqa ceritakan tentang perjalanan tarbiyyah dan dakwah di bumi kanggaroo.tqa xsempat untuk menulis lagi, kerana ade KERJA2 yang harus disusuli dahulu.merasakan kesingkatan waktu yg amat..huhu, masyaALLAH. maaf jika menunggu lama. cerita dari tqa menyusul kemudian, ye. insyaALLAH.
disini,
tqa sekadar ingin berkONGSI sejenak task yang tqa beri pada adik2 ad dhuha. task kali ini, tentang reflection perjalanan, untuk membiasakan diri mereka berkarya dan menulis.insyaALLAH.
jadi,
jom kite same2 ikuti ape bicara perkongsian adik ad dhuha, bazliah.
jom!
................................................................................
bismillahirrahmanirrahim..
10th july
we departed from auckland to sydney in a 2-hour flight. upon reaching sydney, we went to newcastle to meet our friends. it was a 2-hour drive from sydney airport to newie. we met at the university of newcastle and from there we board a bus towards riverwoods lodge. there was actually a winter gathering going on, organised by FAMSY-NUIMS the islamic society in newcastle university.
winter gathering in newie =)
kayaking at riverwoods lodge
11th july-12th july
the winter gathering ended on 12th of july and we headed back to university of newcastle. ad-duha (me, alia, aida, fiza, and kak tiqa) planned to have a night stay in newcastle before going back to sydney the day after. the next day, 12th july our newie friends brought us sandboarding (yup, surfing on sand =) it was a hilarious experience because i never seemed to get through all teh way down the slope...haha..unlike aida and aliaa. but it was fun, but aida and aliaa got some abrasions, because they attempted to surf while standing =p it was tiring when going up the slope, and also 'sandy' because we have sand all over. haha.. next, we took some pics at the beach nearby. the waves were tremendous, Subhanallah..
sandboarding
the beach
and then we left and went to the university of newcastle. newie uni was actually where i'd like to go when i was in taylors college, because it is situated in a reserved area. so you could imagine seeing greens everywhere when in uni site. it was just lovely and i have to say, the air was fresh and clean =) next stop: city centre in newcastle. the city was not as lively as in auckland. the buildings are quite old and faded, but they have nice beaches =) we walked along the beach for a while, snapping pictures here and there. the breeze was soft, and cold too..
it was already in the evening, and we had to catch a train to sydney at 6. we left our newie friends with a heavy heart and we were hoping to see each other again soon..huhu..we reached sydney at 9.30 pm and took a bus heading to kak tiqa's friend's house in macquarie. it was a uni residence.
13 july
unilodge in canberra
we spent the night in macquarie and the next day we planned to head to canberra, by coach. but before that we went to visit macquarie university. it was very uni-like,on a large site and something like the university of auckland. then we board the 3-hour coach towards canberra. fast forward...we reached canberra 3 hours later, kak tiqa's friend came to meet us at the station (kak lina) and she took us to the Unilodge where another of kak tiqa's friend is residing (kak sapura) we ate lunch and ate the cake baked by kak sapura...haha, sedap2.. =)
Australian National Universtity (ANU)
that night we planned to go to Canberra Islamic Centre, where there were brothers and sisters from Melbourne having their winter gathering. It was a large building, and there were lots of Islamic books in its library. i was quite jealous, because there isn't any Islamic Centre in Auckland..huhu..So, after saying our goodbyes to the Melbourne sisters, we went back to Unilodge. It was a long bus ride home and that night was very cold, and windy. I recalled feeling really exhausted and sleepy. Haura, nina and farah (our James Cook University friends) spent the night at Unilodge. Ad-Duha spent the night at kak lina's house. from unilodge, we had to take a 5-minute bus. everyone didn't say anything much in the bus, all we had in mind was to reach our destination and get some rest.
14-15 july
cockington gardens
we woke up early in the morning to catch the 7 am bus going back to unilodge. after everyone was all ready, we head to the cockington green gardens. it was a garden with miniatures of famous buildings around the world, like Borobudur Temple, Mosques in Jordan and Turkey. There were also miniatures of English houses. i bought a postcard and a fridge magnet. =D it was definitely an interesting place to visit. =)
old parliament house
later on, we took a bus to the Parliament House. there were the old parliament house and the current one. the bus dropped us at the old parliament house. So from there we had to walk to the current parliament house which was not far away. here is where the Senates and the States Representatives assemble for meetings. before entering we had to have our bags screened and stuff like that. in the building we went in to see the Great Hall, the and Parliament Halls. there were two, one for Senate Assembly and the other for the State Reps Assembly. we posed and took some pictures.
After that, we took a bus to the Australian War Memorial. it was built in remembrance of the Australian soldiers who served in wars, the most significant is the Anzac Hall, where respect was paid for the soldiers engaged.
we left and head for the National Museum of Australia. there wasn't much time actually, because it was already 5 pm and we had to catch a coach back to sydney at 6 pm. so we went in there and briefly passing the exhibitions, took some photos and catch a bus back to unilodge, before going to the station to catch our 6 pm coach. we said our goodbyes to kak lina and kak sapura. they helped us a lot during our stay in canberra. we hoped to see them again InsyaAllah..
we reached sydney at 9.30 pm at the station. kak murni was there to take us back to macquarie, where we initially stayed while we were in sydney. fatigued.. exhausted.. zzz
16 july
the next morning we were planning to go to Auburn to visit the Gallipolli Mosque. Auburn is said to be where most Muslims in Aussie reside. but we planned to go to Paddy's Market in Sydney first, before going to Auburn. Paddy's Market is like a heaven for shopping souvenirs. there were lots of cheap stuff there, like key chains, t-shirts, fridge magnets, decorations, lots!! and they were very very cheap. i bought quite a lot of stuff, for everyone back home. i got myself this really cute bag, it's black and there's a kangaroo on it =) later, we took a train to Auburn. the Gallipolli Mosque was really big and beautiful. there were unique carvings of khat on the walls...breathtaking, Subhanallah..Kak tiqa was saying it looked bit like the Sultan Salehuddin al-Ayyubi Mosque. we prayed there and after that we dined at a thai restaurant. =) right after that we went back home, macquarie and settled for the day.
university of sydney
17 july
featherdale wildlife park
that morning we went to featherdale wildlife park where there are many kangaroos and koalas =) it was quite a large park and there were many other animals besides kangaroo and koala, like crocodiles, lizards, birds, goats, sheeps..we posed with the koalas and kangaroos..they're such cuties =)
opera house
after that we went to the renowned Opera House. i was wondering how the inside looked like but we had no time actually, because we had to catch a ferry back to macquarie to get our luggage bags and head straight to the airport. Our flights were scheduled next morning, and we were planning to have the night in airport.
At the airport we had usrah from 12 till morning at around 5.15am, before we check-in our bags.
we reached Auckland at 3 pm, safe and sound, and glad to be home again =)
What i personally gain from this trip was it taught me a lot about being courageous in confronting everyday problems. There isn't a need to fear when we know that Allah is with us at all times to help us in our affairs. i could somehow feel that we were being given tarbiyyah by Allah throughout this journey. every problems and difficulties have their solutions, we just have to be strong and have faith in His Help. there were times when i felt physically and mentally challenged as well, but Alhamdulillah, He gave me strength to endure such situations, Allah is Most Giving =) the first-rated buildings and places i visited in Aussie opened my eyes to how humans could be multi-talented and shrewd in making and designing them...but the Creator of humans, He is much more talented and more brilliant in designing the human minds to be creative in progressing technology, now THAT IS GREAT =)
Posted by Bazliah Rodzi
Thursday, July 16, 2009
Warkah untuk suami ku… by Ummu Ummati
....................................................................
Bismillah
Asalamualikum
Wahai suami ku, aku bukan lah wanita biasa, aku adalah Muslimah yang mempunyai jiwa perindu, seperti Umar Abd Aziz. Beliau rindu menjadi pemimpin, beliau rindu menegakkan khilafah, beliau rindukan syurga.
Begitu juga aku, wahai suami ku. Aku rindu untuk menjadi seorang pemimpin, aku rindu untuk memperbaiki keadaan ummah, aku juga rindu untuk menegakkan khilafah, aku juga rindu kan syahid di jalan Allah (SWT) (SWT), aku rindu akan syurga, aku rindu untuk bertemu dengan Rasullullah SAW.
Mampu kah aku wahai suami ku? Sedangkan aku seorang Muslimah yang mempunyai seribu satu kekurangan. Tapi jiwa ku, semangat ku, sangat rindu untuk mencapai kemenangan Islam. Sangat merindui. Boleh aku katakan, rindu nya lebih dari pada merindui diri mu saat engkau tidak ada berada di sisi ku.
Aku masih ingat apa ku lafazkan kepada mu pada malam yang pertama, aku menerima lamaran mu kerana dakwah, aku mengenal mu kerana dakwah, maka jika engkau menghalangku, niscaya akan hilang cintaku pada mu.
Seperti Imam Ghazali mengatakan “Aku mencintai mu kerana agama yang ada pada diri mu, jika hilang agama pada diri mu, maka hilang cinta ku pada mu.”
Engkau pula membalas sama seperti apa yang aku lafazkan pada mu. Alhamdulilah, engkau seorang suami yang memahami tuntutan dan tanggungjawab ku. Engkau tidak pernah melarangku walaupun aku terpaksa meninggalkan mu seharian.
Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.
............................................
antara yg ku perhati, pelajari di bumi kanggaroo ini.
terkedu, terkesima dgn curhat seoirg ukhti seperti diatas.
journey beyond horizon.
(sydney-new castle-canberra)
~10/7-19/7~
bicara hati di bumi kanggaroo
Menjadi Diriku - edCoustic
Ya Ilahi...
saksikanlah diri ini menyembah
mengabdikan seluruh jiwa dan ragaku buat Deen ini
Ya Ilahi...
saksikanlah
setiap detik dan detak jantungku ini
adalah milik perjuangan
milik kebenaran yang telah kau nyatakan dalam ayat-ayatMu.
Ya Ilahi...
saksikanlah. ..
tiap cita-cita yang mekar di roh ini
adalah cita dan cintaku dalam mengejar RedhaMu
adalah cita, cinta dan rinduku pada FirdausMu
di setiap aliran darah yang mengalir adalah kerana tiada Ilah selainMu..
di setiap nafas yang ku hirup
kerana kecintaanku pada SyariatMu dan sunnah kekasihMu
di setiap derap langkah perjalananku, setiap ayunan tanganku, setiap kerlipan mataku
kerana tiada cita dan cinta tertinggi selain Syahed di jalanMu
kerana keinginanku hidup mulia disisi DeenMu
kerana semua milikku adalah MilikMu semata
jasadku ini telah ku abdikan buat perjuangan ini
sebuah perjuangan tanpa henti
maka Engkaulah yang Maha Kuasa
dalam menentukan segalanya
Kerna itu Ya Ilahi...
Kurniakanlah kemenangan keatas kaum Muslimin!
Kurniakanlah kekuatan sejati kepada Para Mujahidin!
kurniakanlah kemuliaan kepada para Ulama, Solihin, Muttaqin
kurniakanlah para tenteraMu kerendahan hati dengan ketinggian Jiwa
kerendahan hati agar sentiasa tawadhu' kepadaMu
ketinggian jiwa agar tiada kata Menyerah dan mengalah sebelum berjuang!
Ya Ilahi..
cinta ini cinta ukhwah Islamiyah
cinta ini seperti kesatuan tangan kanan dan kiri
kaki kanan dan kiri
mata kanan dan kiri
dan kesempurnaan ukhwah ini seperti kesempurnaan Jasad yang telah kau anugrahkan
begitulah kecintaan dan cintaku pada saudara seaqidah seimanku
maka, jika manusia Jahannam itu bertekad menyentuh jasadku
saksikanlah Ya Robbi!
Perlawanan keranaMu aku lantunkan
saksikanlah!
Genderang Jihad fi Sabilillah aku tabuhkan
saksikanlah, dunia Islam ini akan bangkit!
singa-singa yang tidur itu akan bangun!
anak-anak ayam itu akan menjadi helang!
orang-orang pincang berlari kencang!
semuanya dengan IzinMu
saksikanlah Ya Ilahi..
Deen ini akan terus tertegak dengan IzinMu
sehingga pengakhiran dunia
sehingga malaikat Isrofil meniup sangkakala
perlawanan ini adalah Baku
bagi yang Kaku
dalam mengerti arti syariat dan sunnah perjuangan.
Ya Ilahi..
meraih RedhaMu tidak segampang membalik telapak tangan
meraih SyurgaMu tidak segampang menoleh kehadapan
meraih Syahed di jalanMu tidak semudah memuntahkan perkataan
semuanya butuh PENGORBANAN
kerna syurga itu menagih ujian
sedang neraka berpagar kenikmatan
kerna itu Ya Ilahi..
mantapkanlah hati-hati ini
mantapkanlah hati-hati ini
mantapkanlah hati-hati ini
dalam keistiqomahan berjuang di jalanMu
hanya keranaMu
hanya kerana meraih RedhaMu
jadikalah kami pemburu RedhaMu
jika tidak mampu berlari
dalam keadaan berjalan aku menggapainya
jika tidak mampu berjalan
dalam keadaan bertatih aku meraihnya
jika tidak mampu bertatih
dalam keadaan merangkak aku memeluknya
Ya Ilahi...
saksikanlah
firmanMu ku jadikan pegangan
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta
dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. mereka itulah
orang-orang yang memperoleh kemenangan." (QS At Taubah: 20)
Allahuma Ahyina Su'ada...
wa Amittha Syuhada...
Wa adkhilna fii zumrotil Musthofa Muhammad SAW...
Allahuma Amin...
inilah janji perjuangan tanpa titik
dari seorang Hamba kepada Kholiknya
hanya Kau maha Mengetahui segala isi hati hambaNya...
kerana setiap perjuangan diuji keikhlasan
maka kurniakanlah nikmat ikhlas itu kepada HambaMu yang dhoif ini...
Sunday, July 5, 2009
resah JIWA, iman binasa.
istighfar.
manangis, tangisan kian sinonim hari demi hari.
hari-hari kian mendesahkan nafas kalbu..
makin menyesakkan rongga2 dada.
masalah datang bertalu2..
menyinggah satu persatu..
mungkin itu...itulah tarbiyyah ALLAH buat diriku.
mejadikan aku seorang yang lebih kuat, tenang.
lebih matang.
itulah tarbiyyah supaya diriku lebih kuat menghadapi HIDUP.
rebah aku.
tersungkur.
rupanya...
AMAT SUSAH BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA DAN BERNAFAS DALAM JIWA SEORANG DAIE TULEN.
......................................
sepanjang menyelami maksud tersirat di balik persoalan2 ini...beberapa pengajaran dapat yang ku titip..
cuba ku cambahkn di kotak memori,biar berbekas di sulaman rasa HATI.
1) menyerahkan segala urusan hidup ini HANYA pada ALLAH.ALLAH lebih tahu apa yg ada di HATI. ALLAH lebih knal diri ini. apa yang penting, buatlah apa yang AKU rasa, terbaik untuk tarbiyyah dan dakwah di bumi ini. ALLAH lebih tahu aku. kekadang, aku terlalu ikut kata2 org, cemuhan org sampai akhirnya,..aku takut untuk mengambil sebarang keputusan. kadang2, aku terlalu takut untuk membuat kesalahan, sedangkan KESALAHAN itulah yg bakal mendewasakan aku di JALAN TARBIYYAH DAN DAKWAH ini.
JIKA AKU INGIN UNTUK TAK PUNYA MASALAH,
MAKA AKU BUKANLAH MANUSIA WARAS...
KERANA MANUSIA WARAS...PASTI MENGHADAPI KESUKARAN,pemilihan, MEMBUAT KEPUTUSAN DAN SEBAGAINYA,..
dan JIKA AKU INGIN SEMPURNA, MAKA XMUNGKIN JUGA UNTUK ITU...KERANA YG SEMPURNA HANYALAH SEORANG RASUL.
JUSTERU, TAK PERLU TAKUT UNTUK MENGAMBIL SEBARANG KEPUTUSAN..DAN JANGAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN KESILAPAN... JIKA HAL ITU SALAH, REDHA DAN BERSANGKALAH BAHAWA ITU ADALAH TARBIYYAH TERBAIK ALLAH BUAT DIRIKU YANG HINA.
KERANA ALLAH MENGAJAR APA YANG AKU TAK TAHU.
Kan?
jadi berani, ye ATIQAH?
jgn takut pada sesiapa.
jgn takut pada manusia yg hanya membuatmu jadi bodoh dan lemah.
jangan, sesekali jangan.
kerana ATIQAH kuat!
ALLAH BERSAMA MU..UNTUK MENG "KOREKSI" DIRIMU.
2) berbincang. perlu untuk aku berbincang sesuatu dengan org yang lebih dewasa, dan tidak hanya terikat pada seorang manusia untuk ku amati pendapatnya. aku diberikan AKAL dan HATI oleh ALLAH, maka janganlah diriku terlALU JUMUD. aku kna belajar untuk berfikir sendiri, menimbangkan sesuatu selepas mendENGAR nasihat dari pelbagai manusia.
ada dikalangan manusia, yang mungkin hanya bakal menjatuhkan aku.
maka, berhati2 lah sesuatu, duhai HATI ATIQAH.
kemudian, berlapang dadalah selalu dgn manusia...jgn mengharap bahawa semua sahabat memahami dirimu..dan jgn berfikir bahawa semua sahabat sempurna..mereka juga manusia...ada kekurangan tersendiri.oleh itu, sentiasa beringat bahawa tsiqah itu, ada limitnya...bukan tsiqah...hingga memperkudakan diri sendiri. tsiqah tak bererti mengikut membuta tuli. bukan BUTA MATA. BUKAN BUTA HATI. TP, berfikir. refleks. itu yang ISLAM ajar. KAN?
3)mengakui kesilapan diri dan berlapang dada dengan kelemahan diri. jangan sesekali merasa diri terlalu HINA dgn sesuatu kekurangan. TAUBAT ITU ADA, DAN ALLAH ITU ADA. BERBALIKLAH PADA ALLAH DLM SEGALA HAL. ALLAH LEBIH KENAL DIRI INI, UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH LEBIH DARI PANDANGAN MANUSIA. ye?
4) JGN TAKUT MENDAPAT TSIQAH MANUSIA. TAPI, BERSYUKURLAH. aku terlalu risau dgn tsiqahnya manusia pada diriku, kerana aku merasakan bahawa segala yang aku katakan, aku buat dan sebagainya, akan diperhatikan dan diikut oleh org lain. aku takut untuk itu, kerana aku TAKUT AKU GAGAL UNTUK ACHIEVE THOSE EXPECTATION DAN RESPECT. aku takut, sbb...aku merasakan aku masih CACAT DARI PELBAGAI SUDUT. namun, ALLAH PENYAYANG, ALLAH selalu menutup aib dan kekuranganku, hingga di mata sekian manusia, aku manusia BAIK. aku terlalu takut, dgn kekurangan dan kelemahan aku, hinggakan aku takut untuk berhadapan dengan kesalahan dan masalah. aku jadi fobia berhadapan dengan semua ini. aku fobia. TERUKNYA DIRI INI. terlalu teruk hingga tsiqah itu sebenarnya TELAH MEMAKAN DAN menjejaskan tarbiyyah dan dakwah INI.
namun akhirnya aku sedar,
sesungguhnya tsiqah itu bagus, kerana dengan itu,,,memudahkan aku untuk membawa orang mengenali bahwa ALLAH itu sgt BAIK dan ISLAM itu sgt BEST.
sesungguhnya tsiqah itu bagus...kerana dengan itu,,,aku akn lebih berhati2..
sesungguhnya tsiqah itu bagus,,,kerana ianya membuatkan aku harus lebih banyak berfikir panjang dr bercakap...
sesungguhnya tsiqah itu bagus, kerana aku HARUS menjadi AKU.
SEORANG DAIE ITU..HAKIKATNYA,,,DIRINYA SELALU DIPERHATIKAN, KATA-KATANYA DICONTOHI, MENJADI MOTiVASI BUAT SEKIAN INDIVIDU...AMALNYA, PERBUATANNYA DI IKUTI HARI DEMI HARI.ITULAH JIWA SEORANG DAIE.OLEH ITU, DAIE MESTILAH SEORANG YANG BIJAK DAN BERHATI2 DALAM TIAP DETIK HIDUPNYA.
INGAT ITU, YE?
bergembiralah..kerana ALLAH suka akan DAIE YG SENTIASA MERASAKAN MURAQABAH ALLAH.. JUGA MERASAKAN MURAQABAH MANUSIA DIMANA2. CCTV ALLAH dan CCTV MANUSIA yg canggih.huhuhu.
..........................................................
akhir kata,
diri ini momohon jutaan ampun dan maaf, andai ada khilaf yang pernah dilakukan. andai diri ini pernah mengecewakan sesiapa. ampun dan maaf dipinta.
terima kasih atas semua nasihat, teguran, dan sokongan yang tak pernah putus2 agar diri ini makin baik, membaik dan terus baik hingga akhir masa.
wallahualam.
Wednesday, July 1, 2009
Bukan UNTUK si Manja.
Dari Abu Hurairah r.a. ; Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan masuk syurga orang yang hati mereka bagaikan hati burung, beerti bertawakkal sungguh-sungguh, mempercayai jaminan Allah atas dirinya..
(muslim)
Dari Umar r.a. ; Rasulullah s.a.w bersabda:
Andaikan kamu bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, niscaya Allah akan memberikanmu rizqi sebagaimana burung yang keluar pada pagi hari dengan perut kosong (lapar) dan kembali pada senja hari dalam keadaan kenyang.
(Attirmidzi)
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara`penting' yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)