Sunday, January 10, 2010

ENGKAU TERTIPU dengan MASA

Barang siapa yang membunuh masanya, sesungguhnya sama saja dengan membunuh dirinya sendiri, kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri. (ISHAB, 1938)


summer school sudah bermula minggu lepas...tapi kenapa dada terasa begitu sesak? terasa seperti tidak cukup dengan hanya 24 jam masa sehari..nah, lantas berkurang amal untuk ALLAH..lantas menipis masa kasih bersama ALLAH.. lantas kelu bibir bercanda dengan akhwats/ sisters.

bila dihitung,
produktiviti diri makin berkurang...astaghfirullah.
keluarlah dunia...keluarlah dari kepompong diri ini.
mungkin saja ada benarnya,
kerana lebih banyak utamakan hal lain, maka hal ALLAH kuranglah.
kerana lebih banyak zikir dunia, zikir cinta, zikir study maka kuranglah zikir ALLAH..
kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan dia, maka kuranglah masa untuk ALLAH.
nah...engkau TERTIPU duhai atiqah.

astaghfirullah..
waku up my dear young MUSLIMAH~

masih ada masa sekarang,GUNAKALAH IA untuk ALLAH, kembali kepada ALLAH.

-FAQIR ILA ALLAH-

2 comments:

ibnsyaaban said...

potonglah masa sebelum masa memotong kamu. muslim yang baik adalah yang menjaga masanya. rancang dengan baik dan lakukan segalanya kerana Allah. dengan itu setiap masa kita adalah ibadah.

Anonymous said...

Salam Tiqa

Tak guna menangisi masa yang telah hilang dari kita kerana masa yang terlepas itu tidak mungkin akan kembali menjengok kita.

Seronok baca blog tiqa ini, banyak ilmu yang dapat dipungut dan gambar-gambar diblog tiqa ni pun cantik2.