Sunday, January 10, 2010

Kepada kamu...


Allah, Engkau tahu
Betapa ingin, pada hari ini
aku ingin menatapnya tanpa perantara
Wajah-wajah orang yang aku cintai karena-Mu, ya Wadud

Yang parasnya bercahaya kerana sinar wudhuk, solat dan puasa meneranginya
Yang bola matanya cemerlang kerana air mata taubat membasahinya
Yang suaranya terdengar lembut kerana lantunan zikirnnya
Betapa aku ingin mengunjunginya
Menebar kasih nan tulus
Menyambung silaturahim

Serta mengucapkan kepadanya..
Taqabbalallahu minna wa minkum
Kullu aamin wa antum bi khair

Akan tetapi, ucapan itu
Hanya terwakilkan
Lewat sebait puisi
Semoga kelak
Saat kami berkumpul di surga-Mu ya Rahmaan
Kami selalu bersama
Tak terpisahkan
Merenda kisah nan indah
Dalam lautan kasih-sayang-Mu
Dalam samudera keridhaan-Mu

dalam ingatan,
buat kamu yang dekat di hati.

No comments: