Tuesday, October 13, 2009

MUDAH je KAWIN ni





Sabda Rasullah SAW: “..Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah Taala dengan wanita solehah, maka sesungguhnya ia telah dibantu separuh dari agamanya, maka bertakwalah kepada Allah Taala pada separuh yang baki..”

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi 
(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)


***************


Firman Allah SWT:
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)

Hadith Rasulullah lagi,
Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).

Hadis Sahl bin Saad r.a:
"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.

Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:

Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.

Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. 

Sahabat menjawab: Tidak ada!

Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. 

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".

Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. 

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.

Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?

Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz "

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554





15 comments:

basikal.merah said...

kawin pada asalnya mudah. tapi malang sekali muda mudi kini telah dipaksa oleh masyarakat untuk melihat kawin itu sbg satu yg sgt yg sgt susah tanpa dicadangkan alternatif yg lebih baik. tidak dinafikan komitment slps perkahwinan mmg besar. tapi, musuh telah berjaya menjadikan kita melihat perkahwinan sbg satu yg sgt susah. Kita disogokkan dengan kefahaman hantaran 9 dulang, mas kahwin puluhan ribu dan walimah yang grand2. Lalu, bagaimana pula cara praktikal utk mengubah kembali mentaliti msyrkt ke arah ini?

Wan Nurul Atiqah said...

bagaimana cara mengubah mentaliti masyarakat itu, ana xpasti kerana masih belum ada pengalaman menghadapi situasi ini.

cuma, bila mentaliti masyarakat yang suka "melihat" sesuatu yang ada di "hadapan" (MATERIAL) tanpa perlu menafsir sesuatu yang abstrak, maka mudahlah mereka tertipu dengan materialism ini.

lain di kalangan mereka yang haraki (bergerak), mereka faham tanggungjawab dan soal perkahwinan, sebab itu mereka menggalakkan anak mereka kahwin bila sampai waktu, tanpa mengira duit dan meterial lain yang perlu disiapkan.

jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh melaksanakan. cukup syarat, silakan.

* nak mengubah mentaliti masyarakat BESAR itu payah, tapi mungkin diusahakan perlahan2 oleh INDIVIDU2 yang FAHAM. tunjukkan contoh terbaik pada mereka. moga2 ada hati2 yang tersentuh lalu berfikir soal "KERINGANAN PERKAHWINAN" ini..

wallahu 'alam.

yang malas sign in said...

the only practical way to change the mentality, is to actually practice it. no amount of theorizing could actually change thousands and millions of years of socialization. after all, all we have control over is our own actions, our own mentalities. no control whatsoever over what other people think or do.

but then again, its all easier said than done.

huhu.

p/s: k tqa nak kahwin nnti jemput ye :D

Wan Nurul Atiqah said...

to: yang malas sign in..

ish2, siapa la adik comel yang malas sign in nie..hu hu..

yeap, i agreed...PRACTICE IS EASIER SAID THAN DONE.

just remember, we cant change other people's thought or behaviors, but we CAN CHANGE OURs. Isnt it?

the most important issues here,

do we understand what ISLAM has said about marriage?

do we really internalise the PURPOSE of getting marriage?

point the finger to our heart.
think of it, before take any further step.

wallahualam.

fafa_hani said...

wow.tqah.x penah lg bace ur blog so this is kinda interesting.I dont really wanna comment on what u said cos i have no idea what so ever about weddings...so tqa kate conteng.i conteng..heheh..

Anonymous said...

Syukran Tqa :)
-Lala

Wan Nurul Atiqah said...

to: fafa dan lala

so sweet la both of you..

jazakillah khair sudi ziarah :)

ibnsyaaban said...

salam ziarah...

stuju dgn pandangan ahsani taqwim dan yg malas sign in..the best way is to practice..dan org yg practice tu pastinya dari kalangan mereka yg haraki dan punya fikrah Islam yang suci...itu adalah tanggungjawab mereka utk memberitahu dan menyampaikan kepada masyarakat secara amali.

seharusnya juga ulama' dan fuqaha' dalam masayarakat kita perlu mengulas isu ini secara khusus dalam program2 umum dgn masyarakat (cth:forum perdana ehwal islam etc). sentuhan dari golongan ini pastinya bakal menyentuh pemikiran masyarakat kerana mereka punya pengaruh dalam mencorak masyarakat melalui program2 umum spt ini.

Wan Nurul Atiqah said...

moga2 ada orang HEBAT seperti akh ibn syaaban..memulakan perkara ini..SECARA AMALI. insyaALLAH.

teacherpiqah said...

salam tqa..
nice post..neway,im just coming back from 2 hours talk on Aku Bijak Jauhi Zina..balik2 bace plk ur newest post ni..ngam2 je
am believe that yup2..nikah adalah cara terbaek untuk jauhi zina..tapi jangan nikah hanya semata2 krn nafsu..know d purpose of getting married 1st..
and be ready to get married of course..sediakah kte as individu muslim untuk sterusnye mmbina baitul muslim??..wallahualam..
sama2 la kte mengimprove diri untuk mnjadi yg lbh baek

Wan Nurul Atiqah said...

TO SYAFIQAH: betul2, the point is BACK to the basic, WHAT IS THE PURPOSE OF GETTING MARRIED..

Adakah sekadar MAHU atau betul2 PERLU??

tepuk dada tanya HATI :)

utamakan PERLU.
utamakan perkara PERLU.

bukan sekadar mengikut KEMAHUAN HATI. walaha'alam.

wah, mcm kna wat satu ;post lagi je,
"aku bercinta/ aku menikah di jalan dakwah"..pheweet.......

tapi xperla...belum rasa satu keperluan untuk menulis itu.

heee, wallahu'alam.

k, salam.

bazliahrodzi said...

salam kak tiqa..

we can't blame the society for having such mindset about marriage. in fact, i think they are right to think that way. the situation today is, the value of marriage is being viewed in terms of the ability of the husband to provide material needs for the family. fikrah mmg perlu...mesti... but it is too abstract. nobody can tell how far is your depth of understanding in fikrah. ini bagi org yg tak faham fikrah la kan...org yg faham fikrah pun perlu faham kot...future husbands especially, they needed to be ready and 'competent' in terms of material provisions for their family if they were to consider marriage...that gives that particular marriage its value..isn't it?? Correct me if im wrong kak tiqa =)

Wan Nurul Atiqah said...

t0: zinnirah abrar

yep, u r ABSOLUTELY right, my dear..

ability to provide enuf "so-called" material is kind of a big issue...

but actually, the wife/future wife is responsible to play an important role here. she should help the future husband/ husband in providing enuf food, shelter and so on..
thats what marriage should be. UNDERSTANDING and HELPING each other.

foe example: for mas kahwin/ hantaran..it should not be extremely HIGH. if the girl's parents want "SO", mybe the girl need to kindly discuss this matter. if failed, maybe the girl should support her future husband, fiance..hehe, mybe use her money though. heheh..

thats just my opinion, dear.

wallahualam.

~ummusumayyah~ said...

salam 'alaik..jalan2 baru terjumpa blog nih..btw, bagus entry ni..thumbs up 4 u =)..keep on writing k..barakallahu fiik..

MUNALIZA said...

Nak tahu macamana mudahnya urusan perkahwinan..baca disini http://bhalaqah.blogspot.com/2009/12/permudahkan-urusan-perkahwinan.html

minta izin ambik beberapa hadith berkaitan rendahnya mahar.
dan jomziarah laman ini juga http://halaqah.net/v10/index.php