"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada"
renung-renungkanlah..
sebab itu sukarnya manusia untuk bersyukur sebagaimana termaktub dlm ayat AlQuran:
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur" (al-a'raaf ayat 10)
************
Di sebalik nikmat ada bala
di sebalik bala ada nikmat.
Oleh itu,
bila ditimpa bala,
usah resah
usah resah
kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat..
dan jika,
dilanda nikmat,
usah lupa dan leka
usah lupa dan leka
kerana dari sinilah berpuncanya bala...
********
Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja
semakin dibakar oleh keadaan,
semakin dititik oleh cabaran hidup,
semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.
tetapi,
Seseorang yang berperibadi lemah,
laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup, dia akan berkecai...
ps: terus kuat hati ye, jadi BESI-lah, tqa!
2 comments:
Salam tqah.. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. thanks for sharing.. peringatan buat tqah yang di sini juga.. risau dengan diri sendiri yang masih terumbang ambing.. doakan saya dapat jadi seteguh atiqah ye.. :)
wslm athiqah...
selamat hari raya, maaf zahir batin juge.
insyaALLAH, same2 kite mujahadah diri..
hidup nie mmg xlepas dgn dugaan,
tapi pasti ada hikmah kekuatan yang LEBIH baik.
INSYAALLAH.
Salam sayang.
Post a Comment