Thursday, October 8, 2009

mereka yang Mufaraqah (keluar) dari Jamaah.

Syarah Penulisan Mustafa Masyur “Persoalan Jamaah dan Komitmen” dan Pesanan Untuk mereka yang Mufaraqah (keluar) dari Jamaah.


renungan buat para duat dan yang mngaku mggabungkan diri..

Urgensi Jamaah
Ustaz Mustafa Masyur menyebut bahawa adalah menjadi mustahil bagi umat Islam yang melakukan dakwh mencapai tujuan dakwah sekiranya dilakukan sedirian (fardi). Maka dari sini, secara logiknya satu organisasi atau jamaah diperlukan dan kerja hendaklah dilakukan secara jamaie.

Ustaz Mustafa menyebut: “Jamaah tidak mungkin ada tanpa adanya kepimpinan (qiyadah). Tidak ada ertinya qiyadah tanpa adanya hal didengar dan ditaati oleh para anggota jamaah. Sedangkan keteraturan anggota dalam jamaah tidak akan wujud tanpa adanya ikatan dan komitmen yang wajib ditaati dan dilaksanakan.”

Ketaatan ini juga menjadi satu intipati rukun baiah mereka yang menyelusuri jalan dakwah Ikhwan Muslimin ini. Malah ketaatan ini ditunjukkan oleh para sahabat sendiri sehingga mereka mendahulukan ketaatan daripada aspek kemenangan dalam peperangan sepertimana yang berlaku kepada Khalid al Walid.

Namun begitu, ustaz Mustafa menyebut mengenai dalam keperluan jamaah ini, akan ada kelompok yang menyeleweng dari jamaah dan kepimpinan. Kemungkinan ini berlaku dalam beberapa bentuk dan penulisan ini akan menyentuh mengenai penyelewengan yang releven dengan apa yang berlaku kini di Malaysia.

i) Pecahan dalam jamaah
Ustaz Mustafa menyebut bahawa wujud blok-blok atau pecahan dalam jamaah bertujuan untuk melemahkan jamaah. Apa yang lebih teruk lagi, mereka ini berkonspirasi bagi menggulingkan jamaah dan “membentuk semacam jamaah tandingan atau tanzim tersendiri yang berotonomi penuh di dalam tanzim umum jamaah”
Golongan seperti ini sekarang ini sudah mulai nyata di dalam kelompoh jamaah kita kini apabila ada dikalangan pecahan atau kutlah ini telah menyeru jamaah agar mengikut pandangan mereka. Malah mereka telah melangkah setapak lagi dengan mengenakan tekanan ke atas jamaah. Ustaz Mustafa menyebut mengenai golongan ini akan mengugut keluar dari barisan jamaah sekiranya pendapat mereka tidak diterima.

Ini adalah satu tindakan yang menyalahi adab jamaah dan adab syura. Seorang ahli jamaah yang telah lama mengikut tarbiyah seharusnya sudah sebati dengan erti kepatuhan dalam mentaatai perintah syura dah qiyadah.


Apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Jamaah telah diugut sehinggalah jamaah dan syura mengikut pendapat mereka.

ii) Bergantung kepada individu lebih kuat
Ini merupakan satu lagi ciri golongan yang menyeleweng. Mereka lebih banyak “bergantung kepada peribadi tertentu berbanding dengan jamaah dan pimpinan jamaah.” Walhal kita telah diajarkan bahawa Islam itu tertegak di atas dasar hujaah bukan syakhsiah.



Ini merupakan antara faktor terbesar penyumbang kepada perpecahan yang berlaku kini apabila golongan pecahan ini lebih banyak menonjolkan syahksi “ustaz” atau “syeikh” berbanding dengan hujaah akan wajibnya mentaati pimpinan dan juga menepati baiah yang telah diberikan.


iii) Menimbulkan perselisihan
Perselisihan di dalam jamaah adalah apa yang dimahukan oleh iblis dan syaitan dan perpaduan adalah sebenar-benar perkara yang ditutunt di dalam Islam. Perpaduan ini hanya akan dapat dikecapi apabila kita mentaati Allah, rasulNya dan pemimpin yang terpilih. Ustaz Mustafa menyebut: “dengan mentaati Allah dan rasulNya akan terwujud istiqomah, persatuan dan kemenangan, sebaliknya mentaat syaitan akan menyebabkan perpecahan dan kegagalan di antara kita (jamaah).


Pesan Ustaz Mustafa: “Setiap anggota jamaah hendaknya menjaga dan melindungi persatuan saf. Menghindari setiap kata atau tindakan yang tepat yang dapat menimbulkan pepecahan atau tindakan yang dapat menimbulkan perpecahan dan pertikaian. “
Bagaimana golongan yang kini telah mengengkari jamaah dan pimpinan mengaku diri mereka masih lagi berada dihujah yang benar sedangkan mereka sendiri telah memencilkan diri dan menimbul perpecahan di dalam jamaah.


iv) Keluar dari Jamaah
Terdapat dikalangan mereka yang telah mengeluarkan diri dari jamaah paling utamanya kerana kepentingan peribadi mereka. Ustaz Mustafa menyebut: “Memisahkan diri dan keluar dari jamaah atau melanggar kesepakatan jamaah kerana nafsu peribadi. Seperti gila pangkat, ingin menang sendiri, kerana kesombongan dan lainnya.”
Mereka berhujah kerana jamaah lemah dalam beberapa aspek seperti tarbiyah. Mereka juga berhujah jamaah salah menentukan beberapa strategi dan mereka berpendapat sebaliknya. Walhal ustaz Mustafa menyebut: “Meskipun berlaku perselisihan di dalam beberapa sudut pandangan, mereka harus tetap beriltizam dengan undang-undang dan aturan-aturan yang dapat menghindari perpecahan”.
Malah ustaz telah memberikan kita panduan: “Bersepakat atas sesuatu yang kurang baik, jauh lebih baik berbanding dengan bersengketa di atas sesuatu yang baik, sebab di bawah naungan jamaah kita akan dapat beralih dari yang baik kepada yang lebih baik”
Kita sudah maklumi bahawa jamaah yang berhimpun di bawah redha Allah swt akan sentiasa di pelihara dari melakukan kesilapan yang memesongkan.



v) Tidak memenuhi Arkan Ba’iah
Rukun baiah adalah untuk dipatuhi bagi mereka yang menelusuri jalan dakwah ini sepertimana yang telah ditetapkan oleh as Syahid Hasan Al Banna. Salah satu rukun baiah tersebut ialah TAAT. Apa yang berlaku kini jelas bahawa golongan kutlah ini tidak memenuhi apa yang telah dibai’atkan dan ustaaz Mustafa berkata: “seseorang yang tidak memenuhi seluruh rukun baiah ini di anggap kurang sempurna.”
Ustaz Mustafa menyambung: “dengan tidak dipenuhi salah satu sahaja dari sepuluh rukun bai’at tersebut, merupakan penyimpangan dari khithah semula dan akan menyeret individu dan jamaah kepada malapetaka dan bencana.



Ketaatan ini diberikan penekanan oleh ustaz apabila beliau menyebut: “Jamaah tidak dibenarkan memaksa seseorang dari bergabung ke dalam safnya, tetapi bagi mereka yang telah bergabung dengan kerelaan, WAJIB dia beriltizam dengan syarat-syarat dan ketetapan jamaah.”

Padahal bai’at kita adalah bai’at kepada Allah swt:


Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’at kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan bai’at kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan bai’at itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’atnya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Al fath : 10)


Kesimpulan
Apa yang telah berlaku kini bukanlah satu yang baru di dalam dakwah. Mereka telah menelusuri jalan dakwah ini bersama-sama dengan kita dan kita sentiasa berdoa agar Allah swt mengembalikan mereka ke landasan tanzim yang benar.



wallahu'alam..
moga kita tidak mnjadi asbab kpd berlakunya perkara yg lebih besar lg in the near future..
credits to 'orang lama'


:> dipetik dari  :

http://qstwhite.blogspot.com/2009/10/pesanan-utk-mereka-yg-murafaqah-keluar.html

No comments: