Dari Ibnu Abbas r.a., katanya, Nabi s.a.w. bersabda;
"Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), iaitu waktu sihat dan waktu senang."
- Riwayat Bukhari-
****************
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang Mukmin, seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Allah menghapuskan dosa-dosanya kerananya".
(Sahih Muslim)
(Sahih Muslim)
************
Nabi s.a.w. bersabda;
"Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik."
- Sahih Bukhari & Muslim
**************
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).
**************
ceria-ceriakan hatimu, atiqah..
husnu zhon selalu pada ALLAH,
bahawa ALLAH telah memberi yang terbaik untuk urusan hidupmu.
Apa yang baik ialah bukan apa yang kite suka,
tapi apa yang ALLAH dah tetapkan.
selamat berusaha!
ps: siapkan assignment, tawakkal pada ALLAH ye.
No comments:
Post a Comment