Friday, October 2, 2009

Hanya mampu menangis.




 menangislah......
biar dunia tahu...
kau mahu pergi jauh....

biar dunia tahu...
kesedihan mu..

biar dunia tahu...
kau tak mahu terikat padanya..

menangis..dan menangislah..

***********

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.



2 comments:

ai.suki said...

Salam dear...
doaku smoga kau terus cekal..

~bumi bne

Ahsani Taqwiim said...

wslm..

jazakillah dear aisyah