Thursday, October 29, 2009

Adik, jangan SEDIH..





Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Buat adikku di TANAH sana..
sebelum akak menuturkan kalimat dari hati ini,
akak mohon kita sama-sama istighfar pada ALLAH..
agar tiada "rasa" mahupun prasangka antara kita...



astaghfirullahal 'azim.
astaghfirullahal 'azim..
astaghfirullahal 'azim...


adik yang akak sayangi kerana ALLAH,

akak susah hati mendengar RESAHmu..
Tolong adik...tolong HENTIKAN esakan itu..

adik,

akak minta maaf, 
andai akak tak mampu memujuk hatimu saat itu..
andai akak tergamam tanpa berkata.
atau berkata sesuatu yang tak sewajarnya padamu saat itu..
akak minta maaf pada dirimu, adik..
sungguh, hati ini pilu..
pilu mendengar bicaramu saat itu..
astagfirullahal 'azim..



adikku sayang,
jangan kau tertipu dengan CINTA manusia,
kerana CINTA MANUSIA itu BUTA..
jangan kau mendekati JAHILIYYAH itu..
usir adik..usir jauh-jauh..perasaan itu.


adikku,
hendaklah kau selalu beringat,

hati manusia selalu berubah-ubah, sayang..
tanpa sebarang pemBUKTIan, 
tanpa sebarang KOMITMEN yakni pertunangan mahupun perkahwinan,
jangan kau PERCAYA pada JANJI dan HARAPAN lelaki itu.

jangan KAU tertipu, adik..
jangan!!



jangan adik,
jangan sesekali jangan..

sungguhpun lelaki itu  BAIK dimatamu,

belum tentu  dia BAIK di mata ALLAH.
ingat itu, adik...!!!
mohonlah pada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang LURUS..
Bukan jalan KELAM, tak berpenghujung...


adik,

Jika lelaki itu, lelaki "FAHAM" yang MATANG,
dia akan  hadir dihadapanmu,
bertindak sebagai seorang yang FAHAM dan MATANG.

 yakni,
Dia akan berusaha menjaga IKATAN kalian agar terus SUCI.

Dia akan lekas meminang dirimu, dengan cara terHORMAT.
bukan beralasan, bukan bertangguh-tangguh.

Dia akan berusaha meyakinkan ibu-bapamu, juga meyakinkan ibu bapanya...
Dia akan berusaha keARAH PERKAHWINAN kalian,
sungguhpun dia seringkali gagal menyakinkan ibu-bapanya,
namun dia TAK AKAN pernah berputus asa..


itulah lelaki sejati, adik..
lelaki yang "FAHAM" jua MATANG.

dia FAHAM apa ERTI PERKAHWINAN.
Dia MATANG dalam BERFIKIR, BERBICARA dan BERTINDAK.



adik,
hendaklah dirimu tahu, faham dan sedar..
BERKAHWIN itu kerana ALLAH..
bukan kerana NAFSU....

jika kerana NAFSU,
atau sekadar MAHU MENJAGA HATI..
takkan kemana dik..
takkan kemana perkahwinan kalian..
kerana ERTI PERKAHWINAN lebih BESAR dari itu semua..
maknanya terlalu besar..




adik memilih dirinya,
atau dia memilih adik,
adalah kerana kalian "faham" erti perkahwinan itu.



Berkahwinlah kerana dia FAHAM, dik..
atau dia sedang BERUSAHA menjadi orang yang FAHAM..

bukan kerana die SAMAR hati, kelabu JIWA.
atau bukan kerana adik SUNYI, dada KOSONG, 


adik,
jangan terus membiarkan dirimu.. 
diselimuti angan-anganan KOSONG...

kerana di dunia ini..
terlalu BESAR MAKNA KEHIDUPAN kita.


masih banyak peranan kita, dik.


CUKUP adik..
lupakan lelaki itu..
kikis dia dari HATI mu...
akak tahu ianya BERAT,
tapi KAU harus.
jangan berlengah lagi,
takut kelak,
makin DALAM luka dihatimu,
takut kelak,
makin tebal tembok harapan, makin payah dirobohkan.



jangan jadi manusia LEMAH, adikku..



kuat hati selalu...
kerana ALLAH dekat denganMU,
kerana ALLAH sedang mengujimu, 
bukan membencimu..


dan kerana akak sayang padamu, dik..
kerana akak tahu menilai harga dirimu..
dan kerana dirimu begitu ISTIMEWA di hati akak..

sabarlah dik..
sabarlah untuk sedikit waktu..
nanti, ALLAH pasti balasi mujahadah dan kesabaranmu..
nantikah hadiah TERMANIS ALLAH buat adik..
yakni,


LELAKI SEJATI,
pemuda FAHAM yang MATANG.


Bukankah itu yang kau NANTIkan, dik?


berdoalah, bersabarlah..
untuk sedikit waktu.


berbaik sangkalah dengan ALLAH selalu,
kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirimu..


ALLAH memberi apa yang kau PERLU,
bukan apa yang kau MAHU.

adik, 
senyum dan cerialah..

akak sayang adik.











 

JAGA HATImu, Adik..

                                                                                  
           
                                                                                  - BINGKISAN HATI-
                                                   ~Kakakmu yang sedang merenung dari jendela HUIA, NZ~


                                                

8 comments:

nurul ain said...

tiqah sgt best dan menarik, huhuhu
thanks sudi share ;)

Wan Nurul Atiqah said...

perkongsian hati, ain...
sama2 doakan moga adik itu, tqa dan ain sama2 kuat menghadapi segala mehnah dengan LELAKI.
insyaALLAH.

Anonymous said...

salam,kak tqah..

huhu..best sgt post ni..
sesuai dgn jiwa2 muda mcm ktorg ni..
yg mdh di kocak dgn ujian lelaki..
huhu..jazakillahu khairan katsira,akk..
syg akk..huhu..

teacherpiqah said...

salam tiqah..
watta deep sharing..
sangat2 menyentuh qalbu ini..
lbey2 disaat disiapa yang mampu mnjadi pndengar, pmberi nasihat n semangat..lg2 dlm ujian seumpamanya
doakan dlm mujahadah ini..kte semua akan lebih tegar..
jazakillah tiqah!!

p/s:nak mntak izin utk ltk dlm notes in fb n tag2 adek2 piqah kat cni..syukran!

Wan Nurul Atiqah said...

waiiyaki buat khazinatul asrar dan syafiqah..

owh, silalah copy dan edarkan kemana-mana...tqa tak kisah...xminta izin pun xper...sbb ianya semua kerana DAKWAH. insyaALLAH..

memang kite, akhwat/ muslimah/ sisters ni, perempuan..kna selalu beringat-ingat...supaya tak mudah digoyahkan jiwa oleh lelaki2 yang xfaham dan xserious...

tqa mmg "PANAS" sikit,
kalo dgr jiwa adik2 tqa,
dimain-mainkan..
dirosakkan perlahan-lahan..

dan tqa lagi "PANAS",
kalo tqa tahu yang adik2 tqa mahupun tqa sendiri menjadi FITNAH bagi lelaki..
kdg2 akhawat nie xsedar yang dirinya itu perlahan-lahan telah menabur titik hitam ke hati lelaki..
jadi, bila ada lelaki atau kakak yang menegur,
terimalah dengan HATI yang redha dan berbaik sangka dengan mereka..

mereka menegur untk kesejahteraan, kebaikan kite..DUNIA AKHIRAT
bukan kerana mereka benci,
bukan kerana mereka cemburu atau apa2..

berbaik sangkalah dengan ALLAH.
dan berbaik sangkalah dengan manusia..

perempuan,
dirimu sungguh beharga..
jangan menjatuhkan nilai sebelum dipetik.

jaga HATI untuk ALLAH,

bersabarlah untuk sedikit masa.

assalamualaikum.

kakSyira said...

Apabila..
kita merasa kita ini jelas melihat,
menilai dan menimbang,
kita sebenarnya kabur..
kabur dek dunia

dunia itu apa?
dunia itu,
apabila..
kita tak boleh bermula
"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah dan Penyayang"
kenapa?
sebab,
neraca ISLAM katakan tidak.
perisai IMAN katakan jangan.

kita rasa,
mungkin..
mungkin bkn slh kita,
mungkin slh mata yg memandang,
mungkin slh bibir yg menutur kata,
mungkin slh sang hati yg beraja..

tapi adik,

mata,bibir dan hati itu,
ibarat boneka..boneka kpd "kita"
ia bukan sekadar TERbuka atau TERtutup begitu saja,
ia DIbuka dan DItutup oleh "kita".
Kalau bukan "kita" yg menggerakkan ia,
siapa lagi bukan?

Percayalah
akan ada satu masa,
diri ini beralasan,
"niatku baik"
"tiada pertemuan"
"diriku kuat"
"tiada kesalahan"
tatkala kita tegas berkata benar
yakin dan percaya,
kita sebenarnya kabur..
kabur dek dunia

*****

salam adik2 kaktiqah(^-^)
akak xbape reti nak bersajak2 ini,
confusekah?heee,akak ni mmg..;p

adik,baca kata2 akak ni perlahan2 ye,
coretan buat adik2 tersayang~(^-^)

adik,hati inilah yg berkasih syg,hati ini jugaklah yg dibolak balikkan..tak mampu kita nak menepuk dada dan mengatakan kita mencintaiNya jika hati kita ini ada cinta dunia manusia.tp keluarga pun cinta dunia bukan?senior2 kita itu pun dah bersuami,mencintai seorang manusia juga bukan?tp yg akak nk tegaskan di sini,tanpa pertimbangan iman,hati kita boleh terlari drpd landasan yg sebenar.
lupakan tentang llki tu sekarang ini,sebaik mana pun dia,sehebat mana pun dia,akak tujukan ayat2 akak ini utk adik(^-^) sb bukan dia yg adik akan bawa di akhirat nanti.tp diri adik,amalan adik,iman adik itu..
bergeraklah dalam dakwah sehebat mana pun,berbuat baiklah sebaik mana pun,beribadahlah semata2 kerana Allah..dgn penuh semangat,tanpa gentar.tapi apabila kita bertanya hati kita...?tiba2...lidah kelu..minda terhenti berfikir..tubuh berpaling drpd kebenaran...

akak faham perasaan adik,faham sgt2.
tp bagaimana mungkin akak memujuk hati adik hanya dgn kata2..
jika boleh dpujuk dgn kehadiran akak di sisi adik,akak akan lakukan sekarang juga..tapi akak tahu diri adik kuat,percayalah pada neraca Islam,teruskan berpegang teguh.ultimate vision adlh mengejar akhirat yg kita tak nampak,yg tak terbukti dgn logik,dll..tp menjanjikan kebahagian infiniti dlm keredhaanNya..dunia ini pula,landasan kita utk beribadah,tak cukup bahagia yg sementara tanpa redhaNya..
~di akhirat ada sang bidadara menanti~
(^-^)

much love,
kakSyira \
aka
"Ainul Atiqah"-->translate Arab eh;)

Wan Nurul Atiqah said...

waaa..syira...
jaazakillah khair, sayang...sbb selalu sokong dan memahami jiwa, tindakan tqa...

betul2..
syira mmg AINUL ATIQAH..dlm arab, mata atiqah..sweeetnyer :)
kna tambah lagi satu, syira..
UZUNUN atiqah (telinga atiqah)..

sbb syira selalu memerhati dan mendengar butir bicara tqa kan?
dan syira banyak menghiburkan hati tqa..
menyejukkan mata tqa,
dan menegur salah silap tqa..

jazakillah khair..
sebab menjadi teman yang BEST!

Anonymous said...

salam..

Sesugguhnya nasihat itu sesuatu yang bermanfaat buat orang-orang mu'min..

p/s : Thanx kak Atiqah. Ana sangat2 memerlukannya sekarang.

"Jika lelaki itu, lelaki "FAHAM" yang MATANG, dia akan hadir dihadapanmu, bertindak sebagai seorang yang FAHAM dan MATANG."