"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). "
[AL MULK:1-4]
muhasabah diri di awal pagi,
merenungi tujuan penciptaan dirik...
DLM KELAM KABUT EXAM...
DLM KEKALUTAN MENYELESAIKAN URUSAN HIDUP TANPA HENTI..
jangan sampai lupakan amanah2 mu didunia..
haq2 yang perlu kau lunaskan..
hak diri, hak ibu bapa, keluarga, sahabat..
andai di hitung2,
adakah lebih byk hidup untuk dunia berbanding akhirat?
SEDANG ALLAH MENEGUR:
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"
hidup di dunia sementara..
berlumba2 lah...
untuk mnegejar kebahagiaan di negeri abadi.
wallhulam.
Monday, June 15, 2009
Warkah ke Syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment