Wednesday, June 3, 2009

Apa khabar hati hari ini?





Mulutnya sejak dari tadi lagi tidak berhenti-henti bercakap. Terlalu banyak cerita yang ingin diberitahu. Baju barunya, grade assignmentnya, perhiasan yang mahal-mahal. Semuanya menjadi bahan "gerbang". Sambil jari-jarinya bermain-main subang berlian di telinga yang seolah-olah minta dikagumi.

Kemudian cerita berubah kepada bab agama. Orang lain ingin berbincang mengenai isi ceramah ustaz yang didengar semalam, dia pun mahu berbincang sama, tetapi die megah memberitahu betapa khusuknya dia sembahyang, rajin mengerjakan sembahyang sunat tahjjud dan selalu bersedekah.

Ada juga seorang dua dalam kumpulan itu cuba menahannya dengan membawa cerita lain, tetapi suara-suara mereka tenggelam dengan kehebatan ceritanya seorang. Lama-kelamaan yang lain mula sedar mereka membuang masa dan beredar dari situ. Tinggallah dia dengan beberapa orang yang masih mahu mendengar ceritanya yang menggunung tinggi.

namun, yang lebih dasyat ialah..Jika seorang DAIE yang cuba mensucikan hati2 manusia itu sendiri dilembayungi dengan penyakit RIAK ini. Ada yang merasakan bahawa sudah cukup amal,sudah cukup ilmu, bilanga mad'u yang ramai, mad'u yang hebat. Astagfirullah. Para Daie seharusnya merenung kembali, apalah sangat usahanya jika mahu dibandingkan dengan SAHABAT RASULALLAH terdahulu, yang sanggup bermati-matian di medan juang. Lihat saja Sumaiyyah yang sanggup disula, Khabab yang dipanggang dengan api. Apalah sangat kebaikan yang ditaburkan, sedang jalan ini masih panjang?
dan mungkin suatu masa, para DAIE ini gugur dipertengahan jalan.

"BERGERAKLAH..SEPERTI AIR YANG MENGALIR, JANGAN SAMPAI RIAK MENGHALANG JALAN"

secara kesimpulannya,
manusia yang suka berbangga ini tak ubah seperti orang bongkak 'berlagak' besar diri dan sebagainya. Walau apa pun gelaran yang diberikan, sikap bangga diri atau riak merupakan salah satu penyakit hati yang perlu dijauhi.
JAHILIYYAH HATI YANG PATUT DIKIKIS.

Bukan sahaja sikap ini boleh menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari kita, tetapi lebih penting, riak boleh meruntuhkan amal ibadah yang dibina, dan MELAMBATKAN PERJALANAN DAKWAH..
Contohnya sembahyang yang didirikan dengan perasaan riak tidak akan diterima oleh Allah SWT. Begitu juga dengan sedekah jariah atau pekerjaan-pekerjaan kebajikan lain.
NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.

Jika kita berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis, tentulah kita tidak akan bermegah dengan amal dan kebajikan yang dikerjakan. Malah kalau boleh tangan kiripun tidak sedar yang tangan kanan menghulurkan sedekah. Lagipula,amalan yang dikerjakan bukan untuk kita bermegah-megah, tetapi sepatutnya dikerjakan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Jiwa dan roh ibadat ialah kecintaan kepada Allah SWT dan inilah yang merupakan penggerak atau pendorong agar manusia tekun dan tetap melaksanakan ibadah.


Harta benda dan kesenangan hidup pula tidak sepatutnya membuat kita lalai dan lupa kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Dia mengurniakan kesenangan kepada manusia bukan untuk dibanggakan tetapi agar mereka mensyukurinya dan menggunakan pemberian itu untuk mendekatkan diri kepadaNya.

MENGAMBIL DUNIA UNTUK DIJADIKAN TEMPAT MENYUBURKAN BENIH SUPAYA MENDAPAT HABUAN DI NEGERI AKHIRAT.

Maka wajiblah kita menjauhi sikap riak atau berbangga diri agar segala amal ibadah kita diterima Allah. INSYAALLAH, kita boleh lakukannya, jika kita benar-benar memahami bahawa sesungguhnya Allah lah yang lebih Berkuasa. Dia Penyusun segala URUSAN. Dia, Maha Kaya, Maha Mengetahui dan kita cuma hambaNya yang tidak layak bermegah atau berbangga diri walau sedikitpun.

WALLAHUALAM.

*
"Ya Allah, jauhilah hambamu yang hina ini dari segala penyakit yang terang mahupun tersembunyi..kerana selagi aku punya rasa penyakit ini...maka akan LEMBAP aku..KOTOR lah aku..maka Ya Allah, SUCIKANLAH..AGAR AKU terus DISUCIKAN DAN MENSUCIKAN"

No comments: