Ust Fathi Yakan:IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.
"Jalan ini adalah laluan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya.
Jalan ini
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan istirehat dan tuntutan hawa nafsu,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang kesempitan dadanya dan tidak mempunyai kekuatan,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta dan wang ringgit,
Tdk akan sanggup dilalui oleh mereka yang berkeras dan bertegang dengan pendapatnya sendiri sedangkan beliau tidak mengerti.
Jln ini adlh
Jln pembersihan dan mengajar mengekang diri,
Jln rahmat dan jalan kemuliaan,
Jln yang menagih kesabaran dan ketahanan,
Jln kebebasan dan ketinggian,
Jln kejujuran dan keikhlasan…"
Ust Fathi Yakan
Apa ertinya saya menganut Islam
"INILAH JALANKU. MANA JALAN KAMU?"
Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Sewaktu di bangku sekolah, inilah antara kitab terawal yang aku beli. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.
Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.
Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.
.............................................................................................................................................
innalillahi wa inna ilaihi raaaji'un..
teman,
perginya sebutir mutiara harus diganti dengan mutiara yang lain..
tanggungjawab itu tergalas dibahu kite,,
individu2 muslim yang faham
dan yakin bahawa suatu saat..
ISLAM PASTI BANGKIT SEMULA...
teman,
kitalah...
kitalah..
generasi penyambung itu...
kitalah pekerja2 pengangkut batu bata...
yang akan menaikkan,
membangunkan kembali rumah ISLAM,banggunan ISLAM..
islam kini, hanya tinggal tapak..
tiangnya sudah rapuh...semakin rapuh..
bahkan kita..
kita hanya tahu melihat...
menggeleng kepala..
tanpa membuat apa2..
bermulalah dari kita...
sedarlah,
lantas bangkitlah...
kini,
semakin ramai,,,
mujahid dan syeikh2 tersohor kita..
sudah dijemput ALLAH...
malah syurga INDAH sudah menanti mereka..
namun kita?
hanya mampu bersedih dengan kehilangan mereka???
atau kita mahu bangun melakukan sesuatu!
kita?
hanya mahu menghitung hari2 senja..
hitung dan terus menghitung,,,
biar masa berlalu..
berjalan..dengan SIA-SIA.
begitukah?
astagfirullah...
andai diri masih dibelenggu jahiliyyah...
keluarlah dari kepompong itu.,,
andai diri masih berenang2 dengan gembiranya di kolam nista...
kolam maksiat
keluarlah dari kolam bangsat itu..
keluarlah dan keluarlah...
TIADA MASA BERLENGAH LAGI!
jangan lahkita..
hanya menjadi SAMPAH SARAP DUNIA..
hidup tak mendatangkan manfaat..
malah menyusahkan individu lain...
janganlah menjadi seperti itu..
duhai diri atiqah, duhai teman2 atiqah...
kerana hidup ini hanya SEKALI..
JUSTERU, BUATLAH BAKTI..
BAKTI KEPADA TUHAN YANG MAHA KUASA..
bila dijemput TUHAN nnt,
MATI ITU TIDAK SIA2..
andai diri hanya menjadi orang sedar..
lakukanlah sesuatu..
untuk menfaat islam.
sekalipun dirimu tidak mampu membaiki yang lain,
baikilah dirimu sendiri..
kemudian baikilah orang2 yg kamu rapat..
KEMBALIKAN KEMURNIAN, KEBAHGIAAN BERADA DALAM NAFAS ROH ISLAM!
pandanglah dengan MATA HATIMU...
bahawa masa depan islam berada di genggaman kita....
ayoh,
kita lahirkan semula...
fathi yakan dalam HATI kita..
JADILAH SEORANG FATHI YAKAN...
buat akhawat/muslimah,
kita...
kita bakal ibu..
insyaALLAH...
justeru,
persiapkan dirimu...
persiapkan dirimu dengan tarbiyyah islamiah..
persiapkan dirimu...dgn fikrah dai'eyah...
persiapkan dirimu dengan akhlaq muslimah..
kerana kita....
bakal melahirkan SEORANG FATHI YAKAN untuk ISLAM.
insyaALLAH.
bermimpilah...
kerana impian itu, bakal menggerakkan kita.
dan berdoalah..
moga impian itu menyapa hidup kita...
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment