Tuesday, June 30, 2009
Tangisan
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
'..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang
tertawa dan menangis.' (An Najm : 43) Jadi, Allah
lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata
telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata
mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu
kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku
setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai
yang mengalir ke laut tidak pernah
berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung
banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang
sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek
pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di
tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa
yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan
siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka 'Rasulullah
saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan
air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir
ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh
debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah
ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka.'
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis
selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit
tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan
air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air
matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu
manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung
telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,
'Manis sungguh air ini.' Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar
dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, 'Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih
lazat daripada air mata taubat mu!.'
Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis
kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan
cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan
tetapkan..
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan
mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat
yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat
bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian
yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang
berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati
hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.
Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di
balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga
ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat
ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda
'Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,
mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut
kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga
pasukan fi sabillah di waktu malam.'
'Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat
naungan Allah di hari qiamat'??seseorang yang
berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.'
'Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut
kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak
gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.'
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para
sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat
malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan
untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara..
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt
untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
'Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang Memilikimu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment