Thursday, June 4, 2009

oh HATI...



astagfirullah..
dengan KEBESARAN namaMu OH Tuhan,
aku, hamba yang hina
memohon ampun
atas segala
.................
kehinaan aku.
kekotoran aku.
kebodohan aku.
kecacatan aku.
kebutaan aku.

dengan KEKUATAN kuasaMu OH Tuhan,
aku mohon ampun.
ampunkan aku..
hambaMU yang lemah...
hambaMu yang sering lupa menoleh kebelakang.

dengan RAHMATMu OH Tuhan,
ampuni dosaku.
ampuni aku.
ampuni aku.
ampuni aku.

sesungguhnya aku malu.
aku malu pada KEBESARAN dirimu.
aku malu, kerana aku.........
kerana aku terlalu KERDIL.

sesungguhnya aku malu.
aku malu pada kegopohan tindakanku.
kegopohan hatiku.

sesungguhnya aku malu.
malu dgn segala dosaku..
yang aku lakukan terang dan tersembunyi di dalam hati.

sesungguhnya aku malu..
malu dengan masa2 silamku.
masa2 lalu yang kelam, suram.
aku malu.

lihatlah oh Tuhan,
sudilah KAU kilas sebentar
pada HATI ini...
hati ini...
hati ini yang sedang luka berdarah..
kerana telah lemah..
telah kalah
ditoreh jahiliyyah...
dan kealpaan diri..

sudilah OH TUHAN,
pandang ke mata ini..
mata ini...
mata yang ada padanya..
deruan air mata..

pandanglah aku...
lihatlah ya ALLAH..
sudilah...
sudikanlah...........
.................................
kerana aku sgt HINA.
kerana aku lemah memohon KEKUATANMu.

aku,,
hamba.


**atiqah, kuat hati ye. berusaha!**

No comments: