Friday, January 29, 2010

di mana nilai bahagia?

kata-kata Hassan Al-Banna ini elok dijadikan renungan kan?
 
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya."

dan juga ini?


madah syed Qutb

Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup seperti orang yang kerdil dan mati sebagai seorang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagi orang yang 'besar' dan mati sebagai orang yang besar juga...
atau yang ini?
 "Kematian itu samada dibunuh atau kerana penyakit adalah perkara sama, kita semua menunggu hari terakhir hidup kita, tiada yang berbeza samada ditembak Apache atau sakit jantung..saya memilih ditembak dengan Apache" - Asy-Syahid Dr.Abd Aziz Ar-Rantisi 


HIDUP MULIA? 
ATAU MATI SYAHID?

Saturday, January 23, 2010

subhanaallah, seorang teman...


 *******************

atiqah: sungguh muni
atiqah: tqa rasa this is my end of world

Murni Hayati Mohd Dollah: bukankah sesuatu ujian yg Allah bagi tu, tqa yakin yg DIA kasih pada tqa

atiqah: i  just feel bad
atiqah: really2 bad
atiqah: sbb semua yg tqa nak
atiqah: tqa xdapat

Murni Hayati Mohd Dollah: tqa isthgfar

atiqah: itu tanda tqa ni buakn org yg bersyukur kan
atiqah: sbb banyak je nikmat ALLAH lain

Murni Hayati Mohd Dollah: tqa ku sayang

Murni Hayati Mohd Dollah: pandanglah sesuatu yg maybe buruk dihadapan kita skrg 

Murni Hayati Mohd Dollah: dgn pandangan iman dan taqwa

Murni Hayati Mohd Dollah: Allah tgh tarbiyah tqa skrg

Murni Hayati Mohd Dollah: tqa seharusnya melakarkan senyuman

Murni Hayati Mohd Dollah: dgn air mata yg bersyukur
kasih dan nikmat Allah pada tqa sentiasa melimpah ruah

Murni Hayati Mohd Dollah: bukankah tqa nk jadi mujahidah yg sejati

Murni Hayati Mohd Dollah: mujahidah sejati yg akhirat yg utama baginya

Murni Hayati Mohd Dollah: dan dunia bukan pilihannya

Murni Hayati Mohd Dollah: knp perlu bersedih sayang

Murni Hayati Mohd Dollah: di mata manusia biasa, tqa x bisa memiliki apa yg mereka miliki

Murni Hayati Mohd Dollah: computer apple

Murni Hayati Mohd Dollah: ipod shuffle
kerete mercedes benz

Murni Hayati Mohd Dollah: tu kan semua dunia, yg kepentingannya melebihi dari keperluan

Murni Hayati Mohd Dollah: hati tqa berbeza dgn mereka

Murni Hayati Mohd Dollah: hati tqa Allah telah asuh dgn iman dan taqwa

Murni Hayati Mohd Dollah: kenapa perlu bersedih lagi

Murni Hayati Mohd Dollah: mesti ada jalan yg Allah permudahkan bila laptop tqa rosak

Murni Hayati Mohd Dollah: Allah lembutkan hati kakak senior tu utk pinjamkan laptop dia pada tqa
 tqa x bersyukur k?

Murni Hayati Mohd Dollah: tqa dapat call mak

Murni Hayati Mohd Dollah: dapat melepaskan rindu pada mak di kampung

Murni Hayati Mohd Dollah: walaupun banyak duit digunakan utk topup

Murni Hayati Mohd Dollah: tapi Allah permudahkan bukan?

Murni Hayati Mohd Dollah: tqa x nak senyum k pada kasih Allah tu?

Murni Hayati Mohd Dollah: tqa ku sayang

Murni Hayati Mohd Dollah: belajar memang susah

Murni Hayati Mohd Dollah: tapi diakhirnya kita merasa kemanisannya

Murni Hayati Mohd Dollah: niatkan belajar tu kerana Allah

Murni Hayati Mohd Dollah: moga mujahadah tqa berjaya

Murni Hayati Mohd Dollah: menjadi muqarrabin spt khadijah, aisyah dan fatimah

Murni Hayati Mohd Dollah: tqa nak jadi spt khadijah kan?

Murni Hayati Mohd Dollah: apatah lagi nk mengikuti langkah aisyah?

Murni Hayati Mohd Dollah: muni ingin menjadi spt fatimah... kasihnya yg penuh pada saudara, family, suami, dan anak2

Murni Hayati Mohd Dollah: rebutla cinta dan kasih Allah tu

Murni Hayati Mohd Dollah: tempislah

Murni Hayati Mohd Dollah: dan BUNUHLAH bisikan syaitan tu

Murni Hayati Mohd Dollah: jadikan seindah suria  
yg menerangi bumi auckland

Murni Hayati Mohd Dollah: bumi yg penuh dgn tarbiyah

Murni Hayati Mohd Dollah: yg menjadi harapan adik2 di sana2

Murni Hayati Mohd Dollah: jgn la sedih lagi sayang

Murni Hayati Mohd Dollah: hidup kita ini berbeza dgn yg lain

Murni Hayati Mohd Dollah: hidup kita sentiasa bersulam dgn pengorbanan

Murni Hayati Mohd Dollah: tapi diakhirnya kita akui yg akan ada kemanisan

Murni Hayati Mohd Dollah: bukankah kita pernah merasai kemanisan tu?

Murni Hayati Mohd Dollah: malah kita berkongsi kemanisan tu dgn yg lain

Murni Hayati Mohd Dollah: kerana kita mengakui kemanisan itu wujud bila adanya pengobanan

Murni Hayati Mohd Dollah: kerana usaha kita yg mungkin kecil di mata manusia tapi besar nilainya di sisi Allah

Murni Hayati Mohd Dollah: boleh menggegarkan isi dunia

Murni Hayati Mohd Dollah: senyumnya la tqa...

********************

Friday, January 22, 2010

BERTENANG BILA DATANG UJIAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Di sini saya ingin mengajak Anda sama-sama kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.


UJIAN IMAN

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

DARJAT DI SISI ALLAH

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

سُوۡرَةُ البَقَرَة
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)


Al-Baqarah
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286)

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)


CARA MENGATASI MASALAH


1. Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)


2. Minta Pertolongan Dari Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)


3. Jangan Sedih dan Kecewa

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.


5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)



Thursday, January 21, 2010

Sudahkah aku?



Sejenak bertafakkur….,

Pada hari ini, sudahkah aku…...



Mengingat Alloh ketika bangun tidur?

Bangun shalat malam?

Mendoakan saudara seiman, para mujahid dan ulama' amilin fi sabilillah?

Berdoa dan beristighfar di seperti malam terakhir?

Shalat lima waktu dengan berjama'ah?

Berdo'a dengan do'a -do'a ma'tsur?

Shalat isroq yang berpahala haji dan umroh, sempuna-sempurna-sempurna?

Membaca Adzkar shobah wal masaa'?

Membaca Al-Qur'an walau hanya satu lembar?

Mentadabburi makna Al-Qur'an dan mengamalkan isinya?

Menambah hafalan Al-Qur'an?

Mendakwahkan Islam?

Berinfak fi sabilillah?

Menambah ilmu dien?

Mendo'akan kedua orangtuaku?

Menyambung tali silaturrahmi?

Menolong saudaraku yang sedang kesusahan?

Menjaga shalat rawatib dan nawafil?

Memuji Alloh atas nikmat pendengaran, penglihatan, hati serta nikmat-nikmat yang lain?

Bershalawat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ?

Beristighfar atas dosa-dosa yang pernah ku lakukan?

Beramarma'ruf nahi munkar?

Menangis karena takut siksa Alloh?

Memohonkan ampunan untuk kaum muslimin dan muslimat seluruhnya?

Mengikuti sunnah nabi dalam perkataan dan perbuatan?

Menundukkan pandangan dari melihat yang diharamkan?

Menjauhkan diri dari ikhtilath?

Mengingat mati, mengingat siksa kubur, hari akhir dan segala mara bahayanya?



JAWABNYA ;; BELUM...BELUM...BELUM...BELUM...BELUM....



Kalau toh sebagian ada yang aku lakukan –misalnya-, maka pertanyaan selanjutnya,
"Apakah aku sudah melakukannya dengan dilandasi khouf, roja' dan
mahabbah?"


Sungguh aku tak pernah berani berpendapat bahwa ada satu amalan yang aku kerjakan itu diterima oleh Allah. Kalau aku tahu ada satu amalanku saja yang diterima oleh Allah, niscaya aku memohon kepada-Nya agar disegerakan saja bersua dengan-Nya……


karena,
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
"Allah hanya akan menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa."
(Al-Maidah; 27).


"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-Hasyr : 18)



Hasan Al-Bashri juga berkata,"Seorang mukmin itu pemimpin bagi dirinya sendiri. Ia bermuhasabah karena Alloh. Sesungguhnya hisab pada hari kiamat nanti akan ringan bagi mereka yang bermuhasabah di dunia. Dan sebaliknya hisab akan berat bagi kaum yang menempuh urusan ini tanpa bermuhasabah diri."

source: dari seorang teman indonesia

Wednesday, January 20, 2010

kepak sayap kami

“Ujian akan terus menimpa seorang mukmin, laki-laki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya, dan hartanya hingga ia berjumpa dengan Alloh tanpa membawa dosa.” (HR. Tirmidzi dari Abu Huroiroh)


Ya Alloh, dua setengah juta… Uang sebanyak itu, dan itu bukan milik kami. Alloh, ampuni hamba kalau sekarang hamba bertanya-tanya, bagaimana hamba mencari gantinya, sementara selama ini hamba meyakini Engkau adalah dzat yang sangat bisa memberi ganti. Segalanya yang hilang, yang kutinggalkan dulu… semua Engkau ganti dengan yang lebih baik.

Dulu, kutinggalkan pekerjaanku demi mempertahankan hidayah-Mu. Meski waktu itu semua orang, termasuk orang tuaku, sempat meyayangkan, aku tetap mantap. Aku lebih sayang kalau harus menanggalkan jilbabku. Apalagi untuk sebuah pekerjaan yang di mata Alloh termasuk riba…

Aku terus berdoa, semoga Kau tunjukkan aku jalan untuk bertahan. Bertahan, karena waktu itu aku memang harus benar-benar bisa berdiri dengan kakiku sendiri. Aku berusaha mencari pekerjaan yang lebih jelas hukumnya di mata-Mu, juga dengan lingkungan yang lebih kondusif. Kemudian ketika tiba-tiba Kau kirim aku seorang teman sejati…

Alhamdulillah, hanya itu yang bisa hamba ucapkan untuk semua nikmat-Mu yang terus mengalir… untuk suami yang baik, untuk anak-anak yang lucu, untuk semuanya. Juga untuk jawaban atas satu doaku selama ini. Keinginanku untuk bisa membantu suamiku agar perjuangannya tidak terganggu, tanpa meninggalkan anak-anak.

Selanjutnya, hari-hariku disibukkan dengan acara membagi waktuku. Alloh, hamba hanya ingin 24 jam waktu hamba menjadi waktu yang benar-benar tak sia-sia.

Suamiku, aku mengerti kebimbanganmu dalam berjuang. Engkau merasa keikhlasanmu selalu teruji setiap melihatku dan tiga anak kita yang sedang tumbuh dan semakin membutuhkan biaya yang tidak sedikit.

Anak-anakku, semoga setiap detik perkembanganmu tidak pernah umi lewatkan kecuali dengan perhatian umi. Karena kalian, keceriaan kalianlah yang membuat lelah ini berubah menjadi energi baru untuk umi. Ya Alloh, bantu hamba…!

Dan sekarang, ketika kami mulai bisa menikmati kesibukan ini bersama, ujian itu datang… Ya Alloh, dimana amplop itu…? Amplop yang hamba, bahkan suami hamba yang menerimanya, belum melihat isinya sama sekali.

Jatuh, rasanya semua runtuh. Bukan hanya karena amplop yang menghilang, tapi dampak selanjutnya…Suamiku, yang selama ini selalu menguatkanku ketika aku limbung, sakit. Dia terlihat sangat terpukul.

Mungkin ini saatnya aku yang harus menguatkannya. Aku mencoba mengerti perasaannya. Amplop itu bukan sekedar amplop, dan uang di dalamnya bukan milik kami sendiri, tapi milik umat yang dititipkan pada suamiku. Amanah yang harus dijaga dan segera disampaikan. Tapi sekarang, amplop itu menghilang, entah kemana…

Suamiku sendiri bingung. Dia yakin, sudah menaruhnya di tempat yang aman dan tidak terjatuh di mana-mana. Apakah mungkin amplop itu ikut terbuang saat kami membersihkan almari…
Sementara aku sendiri tidak tahu kapan suamiku menaruh amplop titipan itu dan ditaruh dimana tepatnya. Wujudnya pun sungguh aku tidak tahu.

Isinya…begitu menerima, suamiku merasa langsung menyimpannya, tidak membukanya sama sekali. Dia pun tahu amplop itu berisi uang dari orang yang menitipkan.

Seluruh isi lemari sudah kami bongkar, tapi amplop itu benar-benar tidak ada. Kulihat suamiku yang semakin terpukul dan tidak berdaya menahan berat kepalanya. Setelah itu, selama hampir satu pekan, suamiku tidak bisa beraktivitas seperti biasanya. Tiap pagi datang, dia tampak menahan sakit yang sangat di kepalanya. Ya Alloh, bantu hamba untuk tetap bisa mengepakkan sayap ini disaat satu sayap yang lain lelah.

Abi, dua setengah juta untuk kita memang sangat berat. Tapi itu ringan, sangat sedikit bagi Alloh yang Maha Kaya. Itu yang terus aku bisikkan di telinga suamiku. Alhamdulillah, di saat suamiku sakit, Kau beri hamba kekuatan dan keyakinan bahwa pasti ada jalan.

Dan Engkau menggantinya begitu banyak. Tiba-tiba saja, Alloh mengirimkan orang-orang yang berniat mengambil dagangan kami untuk dijual lagi. Hari-hariku pun menjadi lebih sibuk menyiapkan pesanan mereka, juga mengantarkan suamiku menjalani terapi. Alhamdulillah, pelan tapi pasti, sayap lelah itu mulai bisa mengepak kuat kembali.

Alhamdulillah ya Alloh, hamba tidak tahu berapa kali harus hamba ulangi kata ini untuk mengungkapkan syukur hamba. Di tengah hari-hari berat yang harus hamba lalui, selalu ada saja hiburan yang Kau beri agar kami yakin bahwa selalu ada Engkau di balik setiap kejadian.

Abi, di tengah sakitmu, Alloh membuka banyak jalan yang sebelumnya terbayangkanpun tidak. Alloh memudahkan anak-anak kita, memberi mereka kesehatan hingga selalu bisa menghibur hati kita. Si kecil, yang biasanya sering terbangun di malam hari seperti tahu kelelahan orang tuanya. Jam delapan malam dia sudah tertidur, lelap hingga pagi. Si sulung yang biasanya hanya mau ke sekolah diantar jemput oleh kita, tiba-tiba mau diantar dan dijemput orang lain seperti kakek atau budhenya.

Alloh mengirim orang-orang, saudara-saudara kita, yang membuat kita merasa tidak sendiri menghadapi beratnya ujian ini. Masih banyak yang lebih berat dari kita. Dan tanpa harus menceritakan masalah kita, apalagi meminta untuk dikasihani, Alloh membukakan begitu banyak pintu rizqi untuk kita. Meski untuk mengganti uang yang hilang itu kami harus merelakan mahar pernikahan dijual. Kami yakin suatu saat Alloh akan menggantinya. Lebih banyak dan lebih baik, Insya Alloh.
.


Subhanalloh, sekali lagi dalam hidup kami ya Alloh, Kau beri kami pengalaman yang mengandung banyak pelajaran yang pasti dapat kita ambil hikmahnya asal kita tidak berputus asa dan mau melalui semua manis pahit hidup dengan sabar dan hanya bersandar kepada-Nya.
Dan dua sayap kamipun kembali mengepak bersama-sama, menuju tujuan kami…Ridlo-Mu, Insya Alloh.


**Diambil dari catatan Ummu Ahmad dengan lisensi suami dan juga penulis sendiri**

Sangat dianjurkan bagi teman-teman untuk ikut berbagi dengan yang lain. Silahkan dishare dan copas.


~Akhukum fillah, Ibnu Abdul Bari el-'Afifi~

Monday, January 18, 2010

duit oh duit.

Alhamdulillah, tadi baru selesai meeting rumah ANSAR.. hurm, after dihitung2 semua perbelanjaan (food, internet, electricity, house rent) , semuanya sekali mencecah NZD 500. Itu belum masuk bond rumah NZD 385, dan bond elektrik NZD80.. waah, mau 1 thousand juge duit yang harus dikeluarkan untuk bulan pertama ni..maklumlah, kami di ansar ni baru pertama kali tinggal bersama..kalau dulu, ,masing2 tinggal di university accommodation. semuanya disediakan..huu.. tapi sekarang, budgeting rumah semuanya kami berempat hitung bersama.

Alhamdulillah, tqa dah bayar duit rent rumah untuk 2 bulan, until FEBRUARI...kalau tidak, memang sesak nafas teramat..sebab, bila di conggak2 duit dalam akaun bank untuk digunakan sampai februari ni hanya tinggal NZD 400+. huu ...nak bayar elektrik, telefon sume lagi..astaghfirullah.. actually, cukup je kot, moga2.. sbb tqa bukanlah seorg yang boros mana.

sepanjang di auckland ni, tak pernah lagi tqa membeli baju, seluar, kasut atau apa2. yang pernah pun, beli beg laptop, sweater, heater dan barang makanan.. selebihnya, tqa gunakan untuk simpanan masa depan (itu yang boleh terbang ke jepun dan australia)..huu. dan lagi, tqa beli sourvenior untuk family dan kawan di malaysia, hadiah2 untuk sahabat2 auckland dan juga sedikit untuk amal akhirat ;)

tapiiiiiii.............
sekarang ni rasa kecut perut, sebabnya...laptop tqa rosak..bila col kedai laptop tu, dia cakap, motherboard laptop rosak..dan if nak ganti..mybe dalam NZD300+. huu, makanya...duit tqa sampai bulan Februari nanti, hanya ada lebih kurang NZD 100+. bagaimanakah? huu. risau nih.

erm..duit tu dari ALLAH kan?
bila sampai masa, mesti ALLAH suruh MOE masukkan duit juge...moga2 cepatlah MOE masukkan duit..if possible, biarlah bulan februari nnt..huu....

duit oh duit..

material tu rupanya penting. memang penting. tapi...
kalau tahu guna, tahu budget dan tahu sabar,
insyaallah...
material xsepenting mana...

pening memang pening,
lagi2 dalam situasi GAWAT sekarang ni..
tapi tak mengapalah..
ALLAH nk kasi tqa kurus sikit kot..hehe..

laptop ku...oh...sedih juge sebab rosak..
sedih sebab terpaksa menyusahkan syira ( roomateku yang comel lagi baik)..
asyik2 je pinjam laptop die..huu...

bertambah sedih bila tahu hardware pulak yang rosak..hmm.
sebab hardware mahal kan?
tapi bila tqa fikir balik...
mungkin ALLAH nk kafarah dosa ni...mungkin ada perkara sia2 yang tqa buat dengan laptop tu..wallahualam...
tqa hope ALLAH bersihkan laptop tu..bersama bersihkan juga dosa pada diri tqa..ameen.
duit? xperlah...moga ALLAH bersihkan juga duit tu..insyaallah.

apa yang lagi BEST melainkan pengampunan/ kafarah dosa dari ALLAH kan?

oh atiqah,
bersabarlah...


(kalau lah tqa boleh tarik DUIT dalam air tu...ngeh2...cukuplah berangan! minta dari ALLAH k?) 

Sunday, January 17, 2010

Antara mengeluh dan sabar?

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. 

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, 

"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?

" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"


Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


Lalu Abul Hassan bertanya, 

"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" 

Wanita itu menjawab, 

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."


Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. 

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:


" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."


Dan sabda Rasulullah s.a.w pula,  

" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

source:  teks asal

mengimbau kenangan

Setiap sesuatu tu memang ade hikmah kan?Disebabkan laptop yang rosak, jadi tqa pon mulalah proses pemunggahan barang2 dalam beg besar-akibat nk mencari guaratee card laptop. guarantee catrd tak jumpe, tapi yang tqa jumpa sebuah diari lama. subhanaallah. xsangka pulak yang selama 2 tahun disini, tqa baru perasan yang diari lama tu tqa bawa ke auckland. OH! mungkin saat mengemas barang2 untuk ke auckald dulu, mak masukkan diari tu dalam beg kot. entahlah!
(hehe, sebabnye anak mak ni...xboley hidup tanpa mencatat kisah suram dalam diari..OH, firasat ibu)

dibelek-belek diari lama itu...senyum sendiri membaca kisah lama. yang derita tu bila dibaca semula dengan perasaan kosong maka hasilnya= senyum sendiri.

hmm..masalah dalam hidup ni memang silih berganti..datang dan pergi..
ah,manusia saja datang dan pergi kan?
hari ni ada, esok xada..

diselak-selak lagi,
banyak sungguh impian tqa kan..yang pasti, banyak yang masih belum tercapai...bila lah nak menggengam semula azam lama? dah kian pudar ni..hmmm.

dilembar ke suatu lembaran,
terselit gambar seseorang yang amat tqa cintai...
oh, dia..sebuah memori.
kenangan terindah, sungguh bersulam air mata..namun, kenangan tetap kenangan..

banyak sungguh noktah-noktah dalam perjalanan hidup tqa..
ada noktah yang terputus..ada yang bersambung-sambung...
noktah kehidupan.

setiap orang punya cerita masing-masing..
setiap kita punya cerita kita..
cerita kita yang berbeza..
kitalah pelakon yang mencorakkan cerita kita.

coraklah kehidupan ini agar hidup sentiasa ceria dan bahagia.
wallahualam

=)
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Saturday, January 16, 2010

status paling meriah: TUNANG.


status facebook seorang adik

 A: Dalam islam bertunang perlu d RAHSIA kan.. tp knp couple(in relationship) pon nak di BERITAHU??? mana islam kita???? ~renungan buat diri

B: oh, kene rahsia ea klu bertunang? ic2x

C: ada hikmah disebalik rahsia itu..demi menjaga maruah dua pihak..masa bertunanglah masa saling mengenali dua pihak..bak kata org, "cinta baru nak berputik"..Knp Islam anjurkan bertunang itu dirahsiakan..kerana salah satu sebab, andai tak jadi berkahwin atau putus tunang, ia tak memalukan dua pihak..wallahu'alam..~: 

D: ye ker??? xtau plak klang..... hehhehe: 

A: alang, islam ni cantikkan sebenarnye..
pasni alang nak terus kawen je la ek..tak yah tunang2,tak yah couple2..hehe: 

E: tp yg sal tunang nie ade 2 pendpt taw..ade jg pendpt ckp perlu hebah sbb tamau bg si pompuan nie kena *kaco* n pendpt satu lg di rahsiakan sbb takot xjd malu la plak kan..heheh..yg couple tu plak tanda chop kot..gagagagag..tamo bg sape2 kaco gewe die la kot:P:

Atiqah Humaira: 

Bertunang tu perlu dihebahkan pada org2 tertentu sahaja, misalannya, jika ada yang bertanya status diri empunya gadis.jadi, si gadis perlu memberitahu bahawa dirinya sudah BERTUNANG, agar tiada yang meminang atas pinangan orang lain. kerana hukum ISLAM haram meminang gadis yang sudah bertunang. jadi, pertunangan itu perlu dirahsiakan dr org umum,hanya dalam beberapa kondisi diharuskan memberitahu. l itu yang dimaksudkan dengan hadis Rasulallah " rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan"

Atiqah humaira:   

Tapi, masyarakat skarg, majoritynya menghebahkan pertunangan, dengan membuat kenduri besar-besaran dan menulis "engaged" di facebook, sedangkan perkara itu tidaklah PERLU dalam ISLAM, jika kita merujuk hadis Rasulallah saw.

Atiqah humaira: 

yang harus dalam ISLAM hanyalah merisik, meminang dan berkahwin. tidak ada ISTILAH COUPLE atau "chop" di dalam ISLAM. bagi seorang lelaki muslim, apabila sudah berkenan pada seseorang gadis, hendaklah segera meminang gadis tersebut dan berkahwin. jika tidak mampu untuk segera ke arah itu, simpanlah dulu niat dan berpuasalah. jangan dirosakkan HATI anak gadis orang dengan cinta yang haram dan xmembawa ke arah mana2. wallahualam.

A: betul2..syukran kak tqa sayang.dgn penjelasan ni sy hrp ramai yg fhm...faham akan nilai islam dan nilai cinta itu sendiri..
betapa setiap yg Allah tetapkan itu mempunyai seribu satu hikmah..
tiada satu nilai yg berharga pon atas dasar couple tu melainkan sebuah perkahwinan yg sah.... See More
ingatlah,cinta tanpa keredhaan Allah hanyalah sia2..penuh dgn tipu daya syaitan yg inginkan kita bersama2 di neraka kelak..jgn sampai kita menyesal pd suatu hr yg kita tak dpt utk berpatah blk kedunia ini.. 

A: Jagalah batasan hubungan lelaki dn perempuan sama ada sudah bertunang mahupon tidak..
ingatlah tiada yg sah melainkan sebuah perkahwinan..
jgn jadikan bertunang itu sudah sbg tiket utk kita keluar berdua2an,study berdua2an,bergayut hingga larut mlm dn melakukan perkara yg sia2 disisi islam.

A: shbt2,jk sudah yakin dgn pilihan hati kita,kahwinlah..jgn ditunggu...tanpa kita sedar,kita akn terus dibelenggu dgn kemaksiatan yg akhirnya kita akn menyesal tak sudah.
bukan antum shj berdosa keluar berdua.insan2 yg melihat pon akan berdosa jg...jgn kerana perkara ini kita diseret ke neraka Allah...memang kita nampak perkara ini kecil shj.tp disisi Allah ttp salah.yg amat sy sayangi...jaga islam itu sebenar2nya,kerana Allah akn menjaga kita dunia dn akhirat..wallahualam

F: adakah mungkin sbb mereka mempersoalkan soal langkah bendol?? adakah itu adat atau sebaliknye. mengapa org zaman skrg terlalu memperlekehkan soal perkahwinan.couple n tunang.
p/s:k tqa hana mnta izin amik kata2 k.tqa ye sdp ble dpt ilmu br.

Atiqah humaira:

insyaallah, silakan hana. soal langkah bendol itu hanyalah ADAT. jangan di "ADAT" kan sebuah IBADAH. perkahwinan itu ibadah dik...maka jika mampu, bersegeralah..jika xmampu..berpuasalah kerana berpuasa itu meyelamatkan diri seseorang dari terus-terusan berkehendakkan kahwin..huhu. terutama bagi teman2 yang masih belajar, ada halangan parents dan ... See Moresebagainya...sucikan hati masing2...jika ada masalah untuk segerakan perkahwinan,maka bertunanglah dahulu. bertunang dengan cara HALAL..bukan bercouple atau chop2 je. dan semua mesti ingat bahawa pertunangan itu bukanlah tiket untuk merasai hubungan suami isteri, manja berlebih2..TIDAK. pertunangan tidak menjanjikan apa2.kerana semuanya di dalam kuasa ALLAH. bertunang, maka bertaaruflah dengan tunang anda sekadarnya, dia bukan suami anda. wallahualam.

  ..............

 think and ponder! (qoutation from mr asraf)

Marriage IS NOT a celebration of LOVE, its a Welcoming party of Burdens and responsibilities. If you feel its a celebration of love than you start with a wrong step in marriage. You might see couples are happy together, yet being happy doesnt mean they achieve the true meaning of marriage. If smiles and laughter are the measures, then you have a small brain who do not understand the true meaning of it.

.....................



YET, LOVE AFTER MARRIAGE IS THE BEST :)

“And among His Signs is that He created for you wives from among yourselves, that you may find repose in them, and He has put between you AFFECTION and MERCY. Verily, in that are indeed signs for people who reflect.: (30:21)

and in one of the hadiths,

“Allah created 100 mercies, the He put one of them among His creatures by which they LOVE one another, and Allah has the other 99,” (Al Bukhari) 

and Allah loves it when we know how to strike a balance between both. He bestowed us with brain, as well as emotions =)

 

Friday, January 15, 2010

hilang

telah hilang dari aku suatu kenikmatan,
telah hilang dari aku sebuah kebahagiaan..

telah hilang dari aku sebuah kegembiraan,
telah hilang dari aku satu kemudahan.

telah hilang.

yang hilang pasti berganti, yakinlah oh jiwa atiqah.

faqir ila ALLAH.

* hamba yang sedang merenung kembali episod kesedihan hati, masalah bertimpa2 serta laptop yang baru rosak..astaghfirullahal 'aziim, ighfirly zunubi ya ALLAH*

KESAT AIR MATA PUTERIKU.

Thursday, January 14, 2010

new year resolution

 

Nothing much to say, 
thanx to Jackie (my lovely lecturer) for making my day,
for bringing the chocolate and blueberry cake to class..
it was wonderful.
hehehe.


but her question,
made me "STUCK".
"what are your new year resolutions???"

erm...ermm..


Adakah sudah terlalu lambat untuk menulis di sini?

...................


2010

JANUARI:
  - Riaydussolihin Jilid 1 bersama Early Summer      Sisters 2
 -Khatam Seerah Perang    dalam  Islam+
 - Fathu Mekah ( Raheeq Makhtum)
 - Habiskan novel sang pemimpi
 - Jaulah ke Howick Historical Village
 - Fruit Picking Epal dan Peach - Albany
 -LAB CompSCI 111 (90-100% MARKS)
   
FEBRUARI: 

-Sambungan Raheeq Makhtum
-Membaca buku "Ku Pinang Dikau dengan Hamdalah"
-Riyadussolihin Jilid 2 bersama ahli ESS 2
-Sambut Juniors+ Program bersama Junior 2010
-Jaulah ke Coromandel
-Black Water Rafting at Waitomo Caves.
-Mentoring session started.
-A+ untuk COMPSCI 111 EXAM
-Hafazan juz 28/29

MARCH :

-ABRAR- "anak-anakku" sudah kembali ke Auckland -Membaca Buku "Kado Pernikahan buat Isteri ku"          
-Semester 1 starts.
-Part Time Job at Forte Convenience Store
-Mentoring at Manurewa School
-Tutoring at Orakei primary School
-Jaulah bersama ABRAR dan "anak-anak baru"

APRIL: 

-Easter breaks?? 
( in mind: Glasier Hiking at Franz Joseph)
- Not planning yet for any programme.
-Reminder:   Tasmi' hafazan juz 28/29
        
MEI&JUN: 

-Winter breaks (6 weeks)
-Melbourne? Adelaide? Bali?
-Ski at Mount Ruapehu with ABRAR.
              

JUN: 

-Semester 2 starts. (SUBJECT TOUGH) ..huu
-Nothing much in mind.
-Juz 28/29
-Bedah buku??

JULY: 

-* nothing in mind.
-Juz 28/29
-Bedah buku????

AUGUST:

- nothing in mind
-spring break (Hot Ballon at Waikato??)

SEPTEMBER:

-Ramadhan.
-21 September: my Birthday.

OCTOBER:

-no idea
- BEDAH BUKU


NOVEMBER:

-Final exams for my third year degree.

DECEMBER:

-  BFG (balik for good).. Malaysia..nantikan kepulanganku..
-Marriage?? (planning in action, Insyaallah :)
-JAKARTA/ BANDUNG??? MESIR? JORDAN??

InsyaALLAH.

**********


hurm...Jackie...
Do i need to tell you all these ..all my new year resolution?????
no need. hehehe.
coz...
If i told u so, u cant understand..
mybe u will give me a weird STARE back.. hehe.

wallahualam.


*merancang dan berdoalah* 
Allah sebaik-sebaik PEMBUAT KEPUTUSAN

Wednesday, January 13, 2010

THINK AND PONDER.


"Think and Ponder"

"Kalau menjaga hati akhawat/ sisters pun xmampu lagi, bagaimana mampu menjaga hati suami agar xdicalari?"

"Kalau masih sukar berlapang dada dengan akhawat/ sisters, bagaimana mampu mudah berlapang dada dengan suami??"

"Kalau dengan akhawat saja mudah merajuk dan terasa hati, bagaimana mahu sabar dengan karenah ego suami?"

"Kalau dengan akhawat saja xmahu bekorban, mana mungkin senang bekorban untuk suami, mertua dan ipar?"

"Kalau menyampaikan kasih pada akhwats pun belum buat lagi, bagaimana mampu menjadi yang terbaik untuk anak-anak?"

"Kalau menunaikan hak pada ibu bapa pun belum terlaksana lagi, bagaimana mampu menunaikan hak pada suami dan mertua?"

easier said than DONE.

Tuesday, January 12, 2010

aku sedang mencuba~



Aku sedang mencuba melupakan manusia
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba menangguhkan cinta
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba melupakan semuanya
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba tidak mengikut rasa
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba tidak melukakan jiwa
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba tidak melukakan sesiapa
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba menjadi lebih perkasa
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba pandai menimbang kecewa
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba menjadi benar-benar manusia
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba memaknakan hidup yang sementara
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba berkelana tanpa sesiapa
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba mewangikan semesta
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba reda dan menerima seadanya
aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

reference: dari AUNI mesir

Monday, January 11, 2010

UMAR oh UMAR oh!


Ada seorang tokoh pemuda.
hebat oh hebat nya dia...
aku kagum, oh kagumnya.
ini dia..
kisah UMAR kita...

khalifah yang satu itu...
dikenal dia dengan keBENGISan, keGARANGan, keTEGASan...
OH TAKUTNYA!

tapi.....
ini dia...aku TERPANA seketika.
kagum.
kisah dia..kisah dia...
Begini ceritanya.....

                                                                   ................


Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si depan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. 

Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: 
“Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!

Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya.

Umar bertanya, “Apakah tujuan kedatnganmu?

Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku lalu berfikir, “Kalau isteri Amirul Mukminin pun seperti itu, apa lagilah isteriku.

Khalifah Umar menjawab: 

“Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku, dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.

“Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku! Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!

Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.

SUBHANAALLAH. hebatnya UMAR..ya ALLAH, jadikan aku seorang UMAR.

............


 Rasulullah SAW bersabda :

“Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita"





Rumah Tangga Islami

Rumah Tangga Islami

Oleh: Mustafa Masyhur

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.
 
Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”

Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.

Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya)

B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Masjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Masjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam masjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:

Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.

Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana 
Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. 

Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:

Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.

Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. 

Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:

” Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:

`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.
(An-Nisa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah

Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. 

Benarlah Allah yang berfirman:

‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala.

Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:
 ” Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:

Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.